Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Saturday, 30 April 2011

Mari tambah ilmu!

Assalamualaikum.. Pekabo Mr.2nd Diaries and kawan2 semua.. selama ni putri asik lepaskan geram, bubuh yang repek2 macam kerepek je, macam no function je blog putri ni tanpa berkongsi ilmu.. so malam ni putri nak berkongsi ilmu tentang khitbah.. anda tau apa itu khitbah? follow artikel kat bawah ni.. 
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!
Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji
Sumber : Notakaki
p/s: so, renung2 kan dah bape banyak dosa kita buat selama hidup ni.. putri pun apa kurangnya..couple toksah cakap la...start dari form 4 dengan cinta beruk,pastu clash,couple len,clash couple len...macam takde kesudahan.. so amik iktibar dr post putri kali ni ye. Renung-renungkan dan selamat beramal! ^_^

..Kate & Prince William..

Assalamualaikum & morning Mr.2nd Diaries.. Arini putri bangun lewat! oh gosh! malam semalam melalui paper English yang maha mencabar minda dan evolusi bila putri mengarang guna ayat bm dulu baru translate balik ke english..otak wa beku bila sejuk... hehehe.. sejuk kena aircond je-p0n.. at last, madam yang ajar kelas putri pesan jangan padam ayat bm yang putri conteng kat page before essays part.. putri cakap putri malu nak tunjuk kat orang.. pastu madam cakap, "takyah malu..nama pun belajar".. thanks a lot madam! pastu madam siap cakap lagi, "kot la saya tak paham apa yang awak translate kan ni, boleh saya refer ayat bm awak 2..." hehehe wa malu giler beb! btw, thanks a lot madam sebab tolong translate kan word2 english yang putri tak tau.. 1 jelah pesanan kat korang kan, iaitu Jangan Keluar Awal Time Exam Biarpun Korang Dah Siap...sebab, manusia selalu  atau kerap lakukan kesilapan because NOBODY perfect kan? so bila korang keluar awal, korang pasti ke jawapan korang tu betul? yakin sangat? orang lain mungkin putri tak tau tapi putri ni bukan jenis yang yakin sangat.. mesti ada yang tak puas hati.. hahaha & nikmatnya tak keluar awal sebab boleh tanya pengawas yang menjaga sebab kat UniMAP, pengawas yang menjaga exam mostly adalah lecturer yang mengajar kita.. so why not kita tanya apa yang tak paham atau tanya je apa2 sampai rasa2 jawapan untuk soalan sebenar yang kita nak tanya terjawab.. kekeke.. ini bukan taktik jahat tapi berkaliber.. hahahaa..

Arini baca blog adik putri.. she's story about our family jokers.. btw, at the end, i conclude and admit it as I'm not a part of that jokers because i'm a serious & very sensitive person.. maybe ikut mama or sape2 jelah dalam family... kan? btw, sape pun korang, putri tetap sayang eventhough putri ni cepat tacing dengan benda2 kecik.. but i'm still learning, umo dah meningkat, touching cam budak2 tak baligh... kan tak elok.. ape persepsi orang.. betul x? itulah putri. niat hatiku taknak membuka pekung tapi sekadar untuk bagitau sesuatu tentang diri putri ni.. 1 lagi, putri bangun lewat arini pun putri touching sebab takde orang kejut putri solat subuh.. sedih.. putri tak suka tertinggal.. bila tertinggal, menangis.. tak tertinggal tapi solat akhir waktu pun putri nangis.. tah ape kena tah ngan diri ku ni.. hahahaa.. hope kalau putri boleh kenal diri putri, orang lain pun dapat memahami putri seadanya.. 

Ya Ampun! Tajuk lain, story lain! hahaha.. itulah bila dah leka sangat, inilah jadinya.. btw, semalam adalah majlis kawin Prince William & gf dia Catherine Middleton.. sangat meriah (gamaknya la!) majlis mereka.. Prince William ni kalau nak tau masa dia kecik amat la tak berapa nak comel muka dia.. comel lagi adik dia si Harry tu.. tapi bila dah beso, hensem plak.. tegap lak tu badan.. maybe sebab dia join army kot kan? so tak tau nak citer ape pasal Prince and his beloved Wife ni... ape pun congratulation to both of u, semoga dapat meneruskan warisan Raja England itu & to Kate, u're so lucky and i'm truly deeply jealous with ur happiness and i hope u will give a lot of cute baby to William... hehehe.. So tak meriah rasanya kalau blog putri takde gambar/video kan? so kenal2 lah.. ^_^ klik sini untuk cerita pasal perkahwinan mereka..^_^

sweet!
u're so lucky person babe! 


p/s: Adik, aku pun rindu ko..takkan ko rindu ur jokers je..uhuk2! hahaaa... Oke, mau pegi makan.. lapo! teringin nak makan sambal petai + udang mama buat..uwaaa! homesick!

Thursday, 28 April 2011

...The NEW of Me....

Assalamualaikum...Hye Mr.2nd Diaries! btw, takde ape nak hapdet pun selain nak mengisi post ni ngan gambar2 terkini putri.. macam artis lak kawe ni! kekeke.. Gambar2 ni masa jogging ngan kawan baik putri iaitu Cik Asma Izwana a.k.a Mek As..hehehee..dia panggil putri pun mek.. putri pun panggil dia mek.. so digabungkan kami berdua jadinya MEK KUASA 2..hahaha... Chow lu!

penat joging kita minum dulu!! 
peace is my trademark..hahaha
p/s: itu je yang boleh nak letak pun.. hehee..

:: Anugerah ~ Azlan & The Typewriter ::

Actually lagu ni housemate putri iaitu Kak Balqis & Farah pening ngan lagu ni sebenarnya.. sebab tau2 jelah azlan ni kalau nyanyi asik nak jerit jer.. jerit lak bukan semua kita boleh jangka dia cakap ape sebenarnya kan.. so atas keprihatinan dan kebosanan putri study sorang2 ni, putri post lirik lagu ni supaya kalau dimainkan kat radio lagi, depa takdelah rasa pelik or tertanya2 dia cakap apa sebenarnya..moh kita enjoy! kekekeke.... =p

Anugerah : Azlan and The Typewriter

Tersimpul satu nama
Rahasia tentang kita
Gambaran hati sunyi sepi
Terlimpas kata kata
Dekat diantara kecil dan masih ada
Walau hari berganti masa hari nanti
Genggaman wajah-wajah
Tersenak di dada
Hingga akhir hayatku
Hingga akhir hayatku
Sentiasa selalu
Bila bersua gurau senda
Ku ingat selalu
Genggaman wajah-wajah
Tersenak di dada
Genggaman wajah-wajah
Hingga akhir hayatku

credit tolirik lagu

Si Dia.... Si Buah Hati... ^_^

fahrin: syg, jap oke.. i'm on my way..luv u..
me: oke b.. i'm waiting for u...luv u too..
..hahahaha..
Assalamualaikum... Hehehe.. sori Mr. 2nd diaries.. Putri terCurang pulak... hahaha... kenapa dan mengapa muka dia sebesar2 post putri letak? sebab dia icon lelaki idaman putri.. semua org ade idaman masing2. dan dia adalah one of my dream.. dream je, belum tentu ade jodoh. kalo ade jodoh, Alhamdulillah.. kalo takde pun putri redha. (Aiceh!) .. putri peminat dia... minat sangat ngan dia.. most of his photos ade dalam simpanan putri.. Gilakan? itulah Putri. Dream only just come without anything. But i love to dream about something that make me happiness.. sebab putri ni selalu berduka.. selalu tak kena emosinya. inilah cara putri pulihkan hati putri yang sakit.. iaitu dengan melihat keindahan ciptaan Allah.. Fahrin ni pun kira indah jugaklah kan? sebab dia kacak, cukup solat (insyaAllah), bertanggungjawab.. ada ciri2 seorang pemimpin.. itu yang putri suka.. berangan itu perlu.. sebagai pemulih hati dan sebagai satu inspirasi... 

p/s: actually putri pening baca hydrology.. itu yang post gambar yang dah jadi wallpaper lappy putri.. Miss u Encik Fahrin Ahmad.. ^_^

Tuesday, 26 April 2011

:::ketidakpuashatian:::

Putri nak blaja buat keputusan sendiri boleh x??

jangan nak arah2 putri! putri bukan budak kecik lagi! aiyooooo!!!!! 

btw, tegur sekali sudaa.. usah diperli2 macam diri tu baik sangat.. nak tau macam apa teguran tu? macam cirit + gundik sakai! 

kalo nak dikirakan, banyak benda putri nak condemn tapi sebab KAU tu manjang nak sentap pastu story morry benda yang kau tak tau pasal putri kat orang lain sampai orang lain lak benci kat putri memang KAU dah sangap nak dapat kaki saiz 9! 

terguris terhiris rasa nak gilis individu berkenaan.. tapi putri takder lori, keretapi atau apa2 kenderaan yang sedap nak gilis si mulut longkang ni..

Sunday, 24 April 2011

Kenangan Gunung Perlis - 10/4/2011

Assalamualaikum Mr.2nd Diaries.. hari ni putri taknak post apa-apa sebab takde idea nak hapdet.. btw, ni sebenarnya nak post lama dah. tapi terlupa. so ini yang dapat di capture kan masa panjat gunung aritu. abis 3 ekoq pacat-pacat gelenyar melekat kat kaki aku. dah sampai bawah balik, kaki kejang, tarik seluar, tengok 3 pacat udah gemok,tunggu masa nak bako je suh jatuh.. hahaha.. tapi terima kasih encik-encik pacat semua sebab amik darah kotor yang ada dalam badan aku ni.. oke tatapilah gambar-gambar kenangan kat bawah ni. insyaAllah, ada lagi,akan ku hapdet lagi bagi tatapan semua. ^_*
cik misni, mek as, aziz
sesudah sampai..
mereka2 yang menjayakan program ini..
kami boleh!!
group kami...


Friday, 22 April 2011

~hapDet dan hapDet~

Assalamualaikum..hye Mr.2nd Diaries...

Terlalu lama rasanya xmenghapdet benda ni..mesti mr.2nd diaries pelik kenapa aku tulis penuh kan?semuanya sebab aku ada terbaca sesuatu kat satu blog ni..blog awek khairul fahmi..dia ada mention kenapa dia tulis penuh..statement dia memang best--sebab yang baca blog ni bukan budak-budak skolah jer tapi mak pak cik-cik sume pun baca..so x sume paham bahasa singkat2 atau lebih dikenali short word(eh yeke?hehee)..

Btw, sekarang tengah minggu exam and FYI! SAYA XDAPAT JAWAB SOALAN MECHANICS LAST 20/4/2011. kenapa aku bold,macam suka je kan,padahal x pun? sebab masa xcukup. bagi aku la. xtau la bagi orang lain...seriously subjek tu subjek calculation, if nak buat soalan describe,explain,briefly..buat time test/kuiz la...time final buat calculation jer..haiyoo! tapi serius aku x buat soalan no 1 iaitu soalan wajib! haiyoo!!! rasa macam AKAN carry je sem depan...takut sangat.. huhu.^_^

Now, baru la rasa agak lengang sikit badan ni. sebab tadi baru submit lab report yang dah bersawang dari awal tahun. hahaha. now kena fokus. yang mechanic lantak la sebab dah lepas kan, now bagi cantek sikit slip result exam nanti untuk fokus kat 4 subjek lain..

Now jugak aku dah mula rapat dengan someone. tapi nantilah bila dah confirm, aku akan inform and mention kat sini yang aku akan tamatkan zaman bujang ni bila. haha firstly,maybe aku macam dah expert tang kawin-kawin ni. so should be kawin with somebody la kanz? tapi malangnya calon ada pun milik orang lain. apa nak buat. milik orang jangan dirampas sebab one day orang yang kita sayang pun dirampas. nak-nak lagi time tu kita betul-betul sayang kat orang tu...huhuhu--Ini pesan Opah kesayangan aku iaitu HAJAH TAKSIAH HAJI MAT AKHIR..rindu opah and mak andak sangat2. double-double rindu. =(

Oke lah. ini je mampu aku post untuk kala ini. nanti ada masa kita jumpa lagi. Before that aku post kan gambar terkini aku buat tatapan korang semua(sebut tatapan bior ade qalqalah oke!) Adi0s! ^_^


~tutup bebior yang tobe~