Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ
Showing posts with label Kayak. Show all posts
Showing posts with label Kayak. Show all posts

Thursday, 26 April 2012

1st Post Untuk Sem 4 yang Bakal Berakhir!


Assalamualaikum. Hai Mr. 2nd Diaries and all readers and stalkers. hehehe..


Lama giler tak update blog. Biasa la, sibuk memanjang. Dah masuk sem baru, now lagi 2 bulan nak abih sem 4, tahun 2. huhuhu. Apa berlaku pada aku? no-no-no.. join masum last minute, krisis dengan pelbagai orang.. buat aku bertambah-tambah stress. Ya, this sem banyak sangat masalah. Mungkin masalah tu datang dari diri aku sendiri atau ia sekadar ujian kecil / teguran dari Allah SWT untuk aku istiqamah dalam perubahan...

Oke berbalik pada MASUM, actually tak plan pun nak masuk sem nih. sebabnya cuti midsem nak g umah angah sebab anak buah aku baru lahir 10 Mac 2012 hari tu. Tapi aku takleh g tengok sebab terikat dengan kuliah yang berduyun-duyun. So, nak dijadikan cerita, start cuti 6hb aku terus g Johor sebab nak tengok anak buah punya pasal. Pastu banyak bengang dan cuti aku jadi suram sebab coach tak abih-abih call sebab katanya tak cukup orang.. 8hb balik kajang dengan last minute tiket yang angah aku beli, buat aku rasa penat sangat-sangat. balik rumah, rindu, tapi mama selalu tak lekat rumah, ada saje aktivitinya.. i wanna see my mum coz i miss her a lot.. then coach pulak duk call-call, rimas aku, then aku cakap aku masuk. pegi jelah masuk. datang berbondong-bondong kat putrajaya. tak syok langsung. Ini semua sebab hati memang taknak main, kena paksa plak, memang aku takleh ler.. pastu terpaksa balik awal sebab nak bajet duit tiket balik perlis..then aku balik nek bus unimap.. oke kat bawah ni team aku yang selalu bertukar tiap-tiap sem...
ini team kawe. setiap semester tukar orang. hahaha. :)

Oke apa lagi? huhuu oke nak gambar 2nd anak buah aku tak? jap-jap...

Raja Maryam Elysha binti Raja Mohd Norfahmie
And also my 1st anak buah. Rindu si kecik ni jugak. ;(

Oke sebenarnya aku dah mula nangis.. sob-sob-sob... oke stop drama cerekarama ni... haha.
Sem ni so complicated... banyak sangat chemist.. Ya Allah tolong aku, Berikan minda dan otak ku untuk mudah menerima ilmu....Ameen..

Oke stop untuk ini. Terima kasih.

Yang benar,
Puteri. =)




p/s: rindu adik angkat aku. serius. putus sudah persahabatan. Allahuakbar! aku tau Kau telah merencanakan yang terbaik untukku.. Maafkan aku kerana aku terpaksa menangis lagi. =(

Monday, 31 October 2011

Takde Tajuk. Buang Masa Sahaja. =p

Assalamualaikum Mr. 2nd Diaries! Lama giler siot aku tak hapdet ini blog.. Sibuk la derr..ngan esaimen berlambak..ni sume gara-gara pegi Varsity Boat aritu.. sume kerja jadi terbengkalai...and start after game kayak aritu, aku memang tak cukup tido langsung. sebab pas game, exam sana sini.. kuiz sinun sinan. hahaha ayat baru. power x? oke x. huhuhu. oke lah. nak cerita apa ek? mood aku kadang-kadang hepi kadang-kadang tak.. duit plak makin tak cukup. gara-gara amik lesen + tak reti berbelanja. mama sendiri bagitau aku ni jenis boros. adoy, kat perlis ni nak boros? boros kat topup bleh la. tapi ntah la. sekarang dah berubah. ada orang suruh aku tukar dari maxis ke celcom. aku malas. hahaha. banyak-banyak henpon or nombor buat apa? henpon yang dolu-dolu pun elok lagi cuma kena format. lebih tepat lagi dia memang mintak beli baru. hahahahaa.

oke peristiwa kat varsity tak banyak. paling tepat, kitorang kalah. kalah yang memang kalah. entah, aku tak faham. ada salah sorang mamat ni memang menyinga la pada pendapat aku. masa training dia memang lembik. aku ingat kenapa la. pastu dia ada gitau aku yang dia bukannya nak sangat masuk game. tapi sebab nak jalan-jalan g putrajaya. umo dah 22. tapi pemikiran still budak-budak. budak-budak pun tau pikir. serius la. kalo sem-sem depan punya game, if dia masuk aku taknak masuk. g mampus la nak jadi ape. i hate him. pastu cakap lengan dia sakit. mungkin tisu terkoyak. time training, nak kayuh lembik. tapi kat putrajaya,masa training, laju giler dia kayuh. sebab? ada ramai perempuan-perempuan kat putrajaya tu.. means aweks universiti lain la. macam taik tak perangai dia? yes. memang mintak dikaki-kaki.

oke subjek pulak? setakat ni hanya subjek autocad je aku tak dapat nak catch up. arghhhh!!! tension kot bila masuk bab 3D. Aku time tu faham. bila nak buat kat umah aku jadi blur. ngan lecturer plak? arggghh ada la sorang lecture ni. sem ni most of subject taken, dia ajar. oke la lagi. tapi entah la. bila ada tak kena ngan cara mengajarnya aku terus teringat lecturer-lecturer poly. lecturer-lecturer poly best. bila kita jumpa personal, dia memang ajar macam kita ni anak dia. memang penuh ilmu di dada. memang bersemangat. so no wonder la pointer aku kat poly sentiasa naik sebab bantuan lecturer-lecturer begini lah buat aku semangat nak belajar. dekat sini aku takde mak angkat taraf lecturer. dulu kat poly, best giler. hahaha. 
*memang best kan bila dapat compare kan orang? dasar tak reti bersyukur. Astaghfirullahalazim..*

oke kawan-kawan plak? so far semua oke. kalau ada yang messy pun lantak lah. aku ikut cakap mama. biarkan. pikir depa ni memang semak. hahaha. best kan ayat mama? mama the best. mama the only in my heart. nobody can replace her. huhuhu...Oke-oke. chow lu. nak tido awal. esok test autocad. doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan?? luv uols. assalamualaikum/..

p/s: dengar lagu syahdu dari sinar fm. hak hak hak!!!!! 

Thursday, 30 June 2011

MASUM 2011- Part 2

Assalamualaikum.. Hye! Bertemu kita lagi dalam slot MASUM tak abih-abih. hahaha. So, semalam dah explain pasal kayak. Ini plak nak post gambar + nak citer benda yang menarik yang putri alami sepanjang masum ini berlangsung. Hehehe. 

\





my team
 



Benda best semasa berlangsungnya MASUM 2011 ni?

  1. Capsize 5x..
  2. Encik PD jemput putri kat UPM, pegi tesco and terus bawak ke umah. *baguskan?* Pastu sampai umah putri tak layan dia sebab kabut nak makan + basuh baju + masak nugget sebagai permintaan atlit-atlit lain.. tapi malangnya time nak balik kereta dia buat hal.. so terpaksalah naik kereta ayah.. "hahaha, selalu nak adjust side mirror tekan bawah. Ni kena buat manual. Hahaha", kata dia... yelah. orang dah biasa naik sportage, mana nak naik viva plak kan. hahaha.
  3. Masa training memang rasa nak give up. Sebab apa tau? kena dera kayak pusing pulau 5km. Kau mampu? sakit sangat lengan ku. bawak seribu pun tak sakit pun macam tu. on the way nak bagi perabih 5km tu, putri nangis. siap zikir-zikir apa yang putri ingat supaya bagi cepat seksaan tu berakhir. meraung panggil nama mama sebab sakit lengan... dengan takut ngan biawaknya.
  4. For the first time, saya pulun kayak dengan menggunakan 201% tenaga yang ada dalam badan ni. Pulun la makan coklat tak sedap iaitu Power Bar, Air Power Energy...semata-mata nak kekalkan semua tenaga dalam badan..
p/s: apsal kau asik cerita pasal encik PD? ehem-ehem-ehem, suka ati aku la. ang sibuk pasai pa? wa muka rock beb, dalam hati ada taman......... ♥_

Wednesday, 29 June 2011

MASUM 2011- Part 1

Assalamualaikum. Hai Everybody! Whoaaaaah! lama Giler saya tak hapdet entry entry yang menarik. hahaha. By the way, after last entry yang saya post tu, saya TERAMAT sibuk dengan training kayak untuk melayakkan diri memasuki sukan MASUM 2011. MASUM tu apa makcik? MASUM tu sayang, ialah Majlis Sukan Universiti Malaysia. Haa. Ini program sukan pertama yang saya attend sejak 2 semester jadi student UniMAP. Haa.. Apa yang best? takde ape yang best sebab muka + tangan + kaki kau jadi macam ayam hangit terbakar! hahaha. nak wat camno? training dari pagi sampai petang and for your information, air laut akan jadi panas bila terdedah pada matahari. bila kita rasa memang tak panas. tapi bila kita main air + time cuaca tengah hangat memukau, memang kulit kau akan legam. pakai la sunblock berlayer-layer. kalau dah nama main kayak, tak itam, tak sah. hahahaha.

Pengalaman? yeah! segala pengalaman ada. terjumpa biawak masa training kayak dalam air. Nak tau? time tu kami diberi peluang untuk cuba lawan antara pemain. huh? ape benda aku cuba bagitau ni? ala, macam kita try race sesama pemain pasukan kita lah! so time tu, saya dan Raihan jer yang mai awal. so kitorang race bersama-sama lah! then masa nak dekat sampai ke penghujung, saya dan raihan cuba pulun time yang diberi oleh coach, and at the same time saya nampak dengan jelas biawak itu sedang melintas antara kami, so saya dengan ketakutan yang ada, pulun la bagi sampai kat coach... tapi Raihan la paling kesian! dia capsize (kayak terbalik) kat tempat biawak tu melintas. saya pulun lagi sebab saya takut sangat. tapi budak-budak lelaki la, Raihan dah la tak tau berenang, dah terkapai-kapai lama, baru depa dengar coach suruh budak laki tolong dia. Kesian kan? but i'm proud of u Raihan! sebab dapat bertahan lama macam tu. Tapi kesian dia. dah la capsize, kena plak pumping sebab coach cakap, race ni kalo capsize kena denda.

Other pengalaman? pengalaman tengok atlit-atlit yang dah lama dalam sukan kayak ni. baru saya tau, sukan kayak ni ada macam-macam jenis. K- Kayak. tirus, sesuai untuk orang yang punggung bersaiz S/M dan ringan tapi bertenaga. TK- Touring Kayak. Sesuai utk punggung bersaiz S/M/L/XL dan bertenaga. Selain tu saya nak perkenalkan jugak sukan Rowing. Rowing ni beramai-ramai, tapi kalau Kayak-drive ke depan, Rowing pulak drive mengundur. Dia ada banyak kategori, ada untuk 4orang( takde conductor), 6orang dan 8 orang ( 6 & 8 ada conductor)...tapi yang pasti sukan ni memerlukan kekuatan tangan dan kaki yang kuat. Sebab tu dicipta Rowing Machine untuk sukan Rowing ni. Memang best sebab sape join Rowing ni peha dan betis mereka amatlah cantik! *tahun depan nak try sukan rowing boleh tak coach? hikhikhik...*

Lastly? Kayak double Lelaki dan Perempuan UniMAP sempat bertahan sampai semiFinal jer. takpelah mungkin kami tak cukup pengalaman + latihan. Tapi maaflah. ini teguran dari saya sebagai kakak yang paling tua dalam atlit-atlit ni ye. Buktikan dulu, baru mintak macam-macam. Sebab akak rasa masa training, semua yang diminta, semua dapat. Tapi coach nak pingat even Gangsa pun takleh nak bagi. Akak terkilan jugak tapi nak wat camne. bukan takdir kita untuk kuasai semua pingat itu. Maaflah ya. Ini teguran. Next game jangan buat macam ni lagi ye. *Peace*

Oke dah-dah la merepek Cik Putri oiii! banyak lagi nak post ni. Hahahaha. Oke, after this entry, saya akan cuba masukkan gambar-gambar sepanjang sukan ni berlangsung oke? Lets go bebeh!


p/s: eh encik PD, awak sekarang banyak loyar buruk ek. takpe2 ada hari wa balas balik.! hahaha..