Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Tuesday 20 November 2012

Busy_Bizi_Sibuk

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua!

Today? not feeling very well.... Too much assignment to be submitted.... Semalam aje 8jam ke kelas...sangat penat sampai nak buat assignment pun tak larat..alih-alih seusai solat isyak tadi, aku sujud then tertido sambil sujud...sangat buruklah perangainya...tapi dek terlalu letih dan penat, itulah jadinya..dah lah kurang tido...then aku terbangun sebab rasa sakit kat lutut and bahagian belakang...aku bangun jer terus kejang dua-dua kaki....haaaa...aku dah lama tak kejang dan bila ianya terjadi semula, aku rasa perit sangat sampai gigit kain telekung sebab nak bagi oke balik kaki tu bukan senang...rasa nak menangis dan menjerit jer.. bila agak-agak dah oke, aku tertido sambil berpakaian telekung dari sujud tadi... HAHAHA! sangat indah..kalau orang luar tengok mesti macam ingat dah mati...mana taknya, dah la tido Qiam...pastu tegak jer.. hahaha..letih punya pasal aku tak heran dah........... ^_~

Aku peliklah, kenapa matematik ni susah sangat nak lekat kat dalam otak aku... bangun tadi, bancuh kopi, konon-konon nak buat assignment matematik...buat soalan jelah...jawapannya takde sebab aku tak reti... hurm....kenapa dan kenapa??? sudahnya selepas dekat 2jam aku ngadap benda yang aku tak reti,aku cuba banyak kali tak dapat, aku tutup buku, ambik kertas test pad, write down draft result untuk experiment soil esok....al-Maklumlah, subjek ni subjek repeat, so dah ada la kelengkapannya macam lab manual semua..lab manual pulak kekal tak berubah-ubah setiap semester... so then, aku salin yang tu jer..dah siap salin, update blog ni kejap...rindu rasanya....

emmm dah la...cukup-cukup-sudah! hehehe...
bosanlah sorang-sorang..
serius....
but after this entry, nak sambung balik buat mathematics...
mana tau dapat jawapan.. ye dop??? =)

selamat malam guys and girls..
semoga lena mu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T.
jaga iman, jaga pertuturan, bataskan sempadan persengketaan..
insyaAllah, semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan untuk diri kita, masyarakat dan seluruh isi alam....
Assalamualaikum.. (',)




p/s: doakan aku dapat buat test rabu nih (21/11/2012), presentation I-Project rabu nih jugak (21/11/2012) dan juga presentation instrument jumaat nih (23/11/2012)... Rindu awok. Sangat-sangat. Hurm....

Thursday 15 November 2012

berdosakah aku?

aku anak mak ayah.
mak: alang, duit cukup tak?
aku: cukup kot. *padahal rasa macam tak cukup.

aku anak mak ayah.
ayah: kau camne belajar? boleh dapat 4.00 tak?
aku: ayah doakan jelah. alang pun tengah berusaha lagi.
ayah: amin. ayah tau anak ayah.
aku: *terdiam. sebab sebak.
ayah: *batuk kecilnya berbunyi.
aku: ayah batuk lagi?
ayah: a'ah, dah nak mati kot. Hahaha.
aku: janganlah. alang tak puas lagi nak bahagiakan ayah.
ayah: alang belajar bagi berjaya, naik pentas, ambik scroll, dah cukup buat ayah bahagia.
aku: *aku tahan airmata.

aku anak mak ayah.
mak: alang, duit cukup tak?
aku: tak, mak boleh masukkan tak?
mak: tengok la kalau ada rezeki sikit masa lagi, mak masukkan. kau jangan susah hati k. fokus belajar tu.
aku: terkelu. sedih. sebak.

aku anak mak ayah.
aku: mak, mak masuk banyak-banyak, mak ada duit ke? kalau takde, alang bank in balik.
mak: takpe, kau guna jer. tau la mak nak cari duit kat mana.
aku: mak....

aku anak mak ayah.
aku: mak, mak ada duit lagi tak? duit alang tinggal sikit.
mak: alang, duit ptptn alang mana?
aku: abih dah mak. banyak nak guna. entah sem nih banyak lak nak gunanya. buku-buku mahal.
mak: takpelah. mak usahakan. *pastu mak diam sekejap.*
aku: mak, takpe kalau mak takde duit, alang try mintak kat angah and along. depa kan abang-abang alang.
mak: kau jangan susahkan deme. deme dah berkeluarga.
aku: pastu?
mak: takpe, alang mogok lapar je.
aku: hahahaha. mak ni. ngarut je.
mak: dah betul. takpelah, kau diam-diam je. esok lusa mak masukkan. jangan berjoli sangat. jangan beli tudung, barang dalam semua. jimat sikit. orang rumah ni semua sakit-sakit belaka. takde yang larat nak drive.
aku: oke takpe,alang try jimat. mak doakan la anak mak yang selalu boros ni.
mak: ye, hari-hari, tak penah lupa.
aku: terdiam dan terima kasih mak!



*then confirm after phone conversation, aku nangis..aku hanya tahu meminta. Tapi kasihan mereka.

"Ya Allah, Kau titipkan rasa kasihMu itu pada ayah dan ibuku.. berikan mereka kesihatan yang baik, luaskan rezeki mereka Ya Rabbi. Bahagiakan hati-hati mereka Ya Allah. Sesungguhnya mereka adalah manusia-manusia yang paling aku sayang. Panjangkan umur mereka. Berkati dan rahmati mereka wahai Tuhan Sekalian Alam.. Amin amin Ya Robb..

mak dan ayah. aku sayangkan mereka. semoga Allah sayang dan redhai mereka juga. Amin!

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum. Nothing much to say. *kita tengok banyak tak banyak oke! =)

Today, 15 November 2012, 1st Muharram 1434H, umat Islam seluruh dunia menyambutnya, meraikan detik itu. Alhamdulillah, masih diberi pinjaman untuk menghirup udara segar. Alhamdulillah, Allah izinkan lagi untuk peluang bertaubat, mencari redhaNYA, manfaat dan sediakan bekalan-bekalan untuk ke "sana". Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tidak ternilai harganya pemberian Allah yang Maha Besar ini..

Sila lihat NIAT dan PERANCANGAN ini... INGATKAN AKU sebab aku mudah lupa. Selalu makan semut ramping kot....gegege.. Please ! dan please! dan pehlis lagi! =)
  • eratkan hubungan kekeluargaan..
  • Ikhlas untuk belajar untuk jadi solehah setiap masa, setiap hari, setiap minit, setiap saat. Semuanya kerana Allah..
  • baca Al-Quran at least sehelai muka untuk sehari. 
  • belajar untuk tutup Aurat.. 
  • cuba diam bila takde benda nak cakap. JANGAN SEKADAR CUBA TAPI BUAT!
  • berhati-hati ketika berkata-kata, bercakap guna otak bukan guna spontan.. 
  • belajar dan belajar dan belajar. REVIEW balik niat masa mula-mula masuk belajar.
  • pakwe? lupakan je dulu. Ada jodoh ada, tak de pun Allah je Maha Mengetahui. 
  • JANGAN MENANGIS. lupakan perkara-perkara lepas terutama yang merosakkan hati. InsyaAllah hati lebih bahagia.
  • moga diberi kesabaran, kekuatan dan ketabahan untuk hadapi masa-masa hadapan.
setakat itu je kot. Kang buat banyak-banyak tak terbuat pulak kang. 1st point- yeah. aku adalah anak yang jarang sekali ada dirumah kerana hijrah mencari ilmu di setiap genap negeri.. aku adalah anak perempuan 1st iaitu anak ke 3 dari 7 beradik yang boleh orang kata kurang kasih sayang sebab jelas terlihat mencari cinta yang tah hape-hape sebab nakkan kasih sayang, padahal kasih sayang keluarga tak pernah nak raih. apetah lagi kasih sayang Allah yang  aku susah sangat nak sedar sebab LEKA. 2nd point- yeah. aku masih cuba sehingga sekarang. aku akui AKU CEMBURU melihat mereka yang mampu berhijrah, mampu menutup aurat dengan sempurna, mampu kuat untuk tolak tohmahan orang, mampu itu mampu ini tapi aku??? alhamdulillah sedikit demi sedikit perubahan yang aku buat walau hati kadang-kadang goyah dek nafsu.. dan insyaAllah berniqab itu niat aku juga. Tapi belum tiba masa. InsyaAllah,doakan aku ya? 3rd,4th,5th - sedang buat. Doakan aku ye? 6th-10th - baru sedar. dan sedang belajar. Doakan k! almaklumlah aku ni pakar menangis. yeah, baca apa-apa yang menyayat hati, aku try taknak nangis but at last mesti bergenang. "Ape punya Ironlady la, benda kecik pun nak nangis." yeah, adnin selalu pesan gitu. Hahaha. 

Oke for this moment again and again, i forgive all of your fault and sins at me. Banyak ke? Entah. Tapi aku harap anda-anda juga ikhlas dan redha untuk memaafkan saya yang banyak dosa, banyak salah silap ni. 

Last but not least, doakan aku ya? InsyaAllah aku pun akan doakan kalian. InsyaAllah.
Bye. Take care. Nak sambung buat report. =)



p/s: awak, saya dah off cerita pasal awak yang melampau tu. bukan saya taknak publish. ada lagi tapi terkesan dalam draft jer. bukan apa, kesian kat awak. kalau orang lain baca mesti maki awak habis-habisan. padahal saya cakap saya doa yang baik-baik untuk awak. maafkan saya ye? saya insan yang selalu lupa pesan awak, selalu lupa teguran awak. maafkan saya. and we'll be frens until jannah biarpun bukan dalam fb. doakan saya ye. Tabarakallah. =)

Tuesday 13 November 2012

........andai masa boleh diundur......

Quotes VS Kuota.. ngehngehngeh!

"I'm selfish, impatient, and a little insecure.. I make mistakes, I'm out of control and at times hard to handle.. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.."
- Marilyn Monroe-





#eh! macam sama jer... tapi as hell tu taklah kan.. kejam bebenor...  =) 

SeMeStEr Lima (5)

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Pagi ni bangun awal, start enjin kereta ain supaya tak berhabuk biar tuannya meninggalkan amanah itu kepada ku sepanjang ketiadaannya di bumi Perlis. Then basuh baju--untuk nih, aku rasa pagi ni aku terlebih rajin.. Sebabnya kelaziman aku mesti basuh baju guna mesin..tapi disebabkan aku tak suka tunggu turn lama-lama plus budak-budak sini kalau basuh baju macam 2 bulan tak basuh, banyak turn tapi dia sorang, so aku basuh guna tangan...puas hati jugak sebenarnya basuh guna tangan nih..selain dari jimat, kita tau sebersih mana kita basuh..kalau mesin, kita tak nampak..ye dop? hehe..berpagi-pagian tengok facebook, tengok blog.. macam la keje takde kan! Oke fine, ni baru mukaddimah. huhuhu..

Alhamdulillah, aku dah masuk tahun 3, semester 5..iaitu semester yang aku kira agak mencabar even subjek tak banyak..tapi course aku nih (Kejuruteraan Biosistem) memerlukan kami masuk lab beberapa kali untuk melakukan ujikaji, untuk membuat hipotesis, merangka model supaya sistem pengairan, sumber tanah, terjamin dan selamat digunakan..*macam la itu jer aku belajar kan!* 

Semester nih aku kira, aku banyak keluar duit..beli buku, bayar minyak (tumpang orang ke tempat yang bas tersedia taknak pegi. Sadis!)dan ada lagi untuk print, photostat segala..sebab printer aku rosak...tak berkesempatan lagi untuk pegi jumpa doctor dia...semester nih jugak terjadi perlambakan mini project yang kadangkala aku pelik kenapa banyak sangat...musykil-musykil..*sambil geleng-geleng kepala*

Semester nih jugak semester sakit..sakit kerana orang bukan buatan orang..entah..pelik...orang lain boleh happy warak wirik ke hulu ke heliaq berjimba-jimba, tapi aku pulak kena sakit sebab mereka..such a ridiculous tapi itulah yang sebenarnya...

Also, this semester i have broke some people's heart.. Maybe, sebab kita tak sedar..syok gelak-gelak tapi at the same time kita dah lukakan hati kawan-kawan kita..Moga Allah ampunkan aku dan Allah lembutkan hati mereka-mereka yang kusakiti untuk memaafkan aku.. Ameen.. =')

Anyway, today is Dewali, and i wish all my readers who are Hindus, Happy Dewali... and in this week also Islam will celebrate Awal Muharram which a new year in Islam Calendar...dan aku berazam, tiada lagi kesedihan lepas....cukuplah luka yang aku dapat berkali-kali...cukup sudah aku bersabar beberapa kali..aku takkan berpaling ke belakang lagi...biar ianya menjadi kenangan yang paling manis dalam hidup aku...tahun baru ini juga akan ku kutip teguran-teguran lepas bagi mematangkan diri untuk kemajuan diri sendiri dan masyarakat yang lain.. InsyaAllah. Doakan aku ye? 

oke rasanya cukup kot setakat nih.. ops! another 1month more, final exam menjelang;..doakan aku..nescaya aku pun akan doakan kalian... ini pun cuti tak balik....bajet katenyer... =) cuti-cuti pun kena siapkan segala lab report, segala report, prepare presentation...macam tak cuti....hehehe
Oke dah-dah-dah-dah! ini la akibatnya, mengomel sorang-sorang....tak sodar-sodar dah panjang melilit...hehehe.. Doakan aku kuat, tabah, sabar dalam menghadapi hari-hari mendatang...insyaAllah aku pun akan doakan kalian juga bahgia, gembira, sihat, dan mampu untuk mengumpul bekalan untuk ke "sana"... InsyaAllah, sama-samalah kita memanjatkan rasa kasih cinta sayang kita pada kekasih kita yang sejati iaitu Yang Maha Esa...TabarakAllah..

Jaga iman, jaga pertuturan, bataskan sempadan persengketaan.
InsyaAllah, hanya redha Allah yang dicari...syurga Jannah yang dinanti...
kurangkan bergantung kepada manusia, lebihkan kebergantungan kepada Sang Pencipta..
InsyaAllah, kasih yang kita rasa...
Salam sayang....



p/s> untuk reader "itu", aku tau kau baca. Terpulang bagaimana kau nak menilai diri aku.. siapalah aku untuk menilai kau kerna aku sendiri tidak terkira banyaknya dosa, aku sendiri tidaklah sempurna mana--sentiasa berfikiran -ve, mazmumah jer banyak..Moga Allah ampunkan aku, moga Allah redhai kau. InsyaAllah..walau jauh, aku tetap doakan kau...uhibbukafillah! =)

Monday 12 November 2012

Sahabat dulu, kini dan selamanya..

dari Assalamualaikum pembuka bicara....
dengan langkah kanan kaki terhayun....
menitipkan butir-butir perkenalan...
dari "situ" aku dan kau bertemu...
mendekatkan tali tak bernama..
lantas di simpul dengan nama "Persahabatan"...

kita tidak pernah bersua..
tidak juga "bersama"
kerana kita ibarat burung yang terbang sekawan..
meraikan rasa gembira bersama..
biarpun jauh..
beribu batu...membelah awan..
tapi kita tetap sama. 
seia sekata..

Namun.. 
langit tidak selalu cerah..
mendung juga sering berbayu..
kita terpisah oleh jurang perselisihan..
kurang persefahaman..
tiada toleransi..
lalu jarak tercipta..
kita simpul..
terlerai..
kita samakan..
terbuka lagi..
pengakhirannya...
haluan telah ditentukan..
tanpa pertemuan pertama..
tidak juga wujud pertemuan akhir..

Ku berdoa..
agar kau dan aku sentiasa kuat..
dalam berjuang di bumi Tuhan..
tiada lagi gelak ketawa..
musnah keriangan lepas..
kerana egois melanda..
kita terpisah..
walau dekat..

lantas...
kuhulurkan kata sejuta kemaafan..
lahir dari hati yang selalu alpa..
jiwa yang selalu daif..
minda yang selalu leka..
akan kehadiranmu yang membawa 1000 cerita..
terima kasih Sahabat..
moga bertemu di Syurga.
InsyaAllah.

(puteri, 12112012, 9:57pm)

Redha

aku terhiris,
aku terluka,
namun jurang makin dalam..
menitipkan rasa benci.

benci vs sayang.
apa ertinya sayang jika benci dicari,
apa maknanya benci jika masih sayang..

namun,
bukan redha manusia yang aku cari..
tapi  cinta dan redha Tuhan Sekalian Alam yang ku dambakan..

siapa engkau?
hanya manusia.
bertopengkan hati nurani.
mencari kesempurnaan hakiki.
sedangkan yang sempurna itu hanya DIA..

Allahuakbar!
Aku kuat.
Punya minda yang jauh.
Takkan terpesong dengan pemikiran luar muda.
yang hanya inginkan kasih sayang,
yang dambakan keseronokan,
namun tidak pernah menghayati isinya..

kasihan..
Moga ALLAH redha. .
InsyaALLAH...
TabarakALLAH...


Saturday 26 May 2012

Seronok VS Malu

Assalamualaikum semua.. This post could be the shortest or might be the longest. hehe.. First of all, tengok statement sahabat FB saya kat bawah ni.. *eh kejap guna saya kejap guna aku. hahaha, ikut mood okay!* huhuhu.. 

"bangga pernah meniduri ramai wanita? haiwan juga begitu, suka bertukar-tukar pasangan.
bangga kerana direbut ramai lelaki dan mempunyai ramai teman lelaki? barang murah, selalunya begitu." (via syahirul.com, 2012)

so whats my response? terkesima sekejap. ye, aku terkesima sekejap. kenapa? sebab aku rasa macam diri aku seperti statement yang no 2.. "why? i tot u're very kind person!".. suara-suara itu mungkin berkumandang.. kenapa dan mengapa aku mengatakan sedemikian? sebab aku mempunyai ramaiiiiiii kawan lelaki.. kawan oke. kawan. direbut ramai lelaki? ya, pernah. tapi suami orang, balak orang, tunang orang. bukan aku nak. bukan aku paksa. tapi entah, lain orang lain perspektifnya. begitu juga lelaki-lelaki yang pandang aku dan tersuka dekat aku. mungkin aku peramah. mungkin juga aku inginkan perhatian. tapi insyaAllah, aku try slow-slow untuk berubah. yelah, sampai bila nak macam tu? sampai kawin? untunglah kalau ada lelaki sanggup tengok bini dia bersuka ria bergelak ketawa bergurau senda dengan kawan-kawan lelaki.. FYI, wahai LELAKI! jika anda membiarkan isteri-isteri/ anak-anak/ saudara anda bergaul bebas dengan lelaki-lelaki bukan ajnabi, anda dikira DAYUS dan DAYUS itu salah satu langkah ke NERAKA! so sanggupkah aku nak lempar ayah, abang-abang dan adik-adik lelaki aku ke dalam neraka? OF COS NOT! apa kejenis anaklah aku ni sanggup lempar orang yang aku sayang dalam lautan api yang confirm-confirm panas menggelegak tu kan? 

thats why i mean to CHANGE! orang boleh cakap apa sahaja, aku dengar, aku sakit hati, tapi aku cuba pekakkan telinga. sebab? aku dah nekad nak berubah. "eh perempuan, kenapa baru sekarang kau nak berubah? nak berlagak jadi alim? macam kau baik sangat."... ye, sebab aku tak baik, aku nak berubah jadi baik. Alhamdulillah, ada teman-teman sudi membimbing, menegur mana salah silap aku. Aku jugak sekarang mula belajar nak rajin-rajin g usrah. 1st, ke usrah di Masjid Alwi setiap rabu lepas asar. Even jauh, tapi aku rasa seronok.. 

mama pulak pernah pesan, "mana pegi maruah alang bila asik menepek kat rumah keluarga si boifren, tapi si boifren tak pernah nak menepek even jumpa sekejap dengan mama ayah? alang aje yang tunjuk kesungguhan, dia takde pun. siapa lelaki siapa perempuan sekarang? jangan sampai jatuh maruah kita sebagai perempuan lang!"... kata-kata itu masih terngiang-ngiang di cuping telingaku...sungguh, aku tak sangka mama yang keluarkan statement macam tu dekat aku.. mama, i'm sorry coz everyday i'm hurting u.. 

adik pulak pernah mention, "alang, aku kan sebenarnya nak cakap.. kau ni role model aku. tapi bila kau asik terluka, dipermainkan, dikecewakan, aku macam takut nak bercinta dan dicintai. aku takut jadi macam kau. berubahlah lang. berubah."....masih dan terpahat lagi ayat tu masa kami on the way balik kajang naik kereta ayah dari penang. 

so, benda-benda ni masih lagi aku ingat dan takkan aku lupa sampai bila-bila.. Yelah, orang tersayang bagi teguran.. memang terguris tapi cuba fikir sejenak.. betul atau tak? pada aku, ianya betul belaka.. sebab depa takkan tegur macam tu kalau depa tak sayang kat aku.. am i right? hurmmmm

So, aku slow-slow untuk berubah, berubah kerana Allah S.W.T. itu yang aku harapkan.. orang boleh cakap apa sahaja, tapi aku ada mama, ada ayah, ada adik beradik, ada teman-teman yang sudi menegur dan menasihati aku. aku tak perlukan cakap-cakap belakang. sebab bagi aku cakap-cakap belakang tu yang boleh buat aku jadi rapuh. Nyah kau kata-kata sindiran! 

Doakan saya, insyaALLAH, saya juga akan doakan anda semua. Luv uols, Luv Allah dan Rasulullah, Luv My Family, Luv my Sahabat. Mari menjadi hamba Allah!


p/s1: Kan aku dah cakap, confirm panjang punya. Doakan aku nescaya aku juga akan doakan kalian!

p/s2: niqab. insyaAllah. next entry. =)

Monday 21 May 2012

MARDI - 17mei2012

oke ni budak-budak kelas aku. 3 orang je tak datang sebab ada hal.
p/s: oh encik baju batik ungu, kenapa kita tak kenal dulu?? haha. poyo. eh putri, itu laki orang k! haha oke-oke-oke! ngee~

Sunday 20 May 2012

Field Visit (16-19may2012)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh for all my readers, stalkers and especially for my only FRIEND in this world, Mr. 2nd Diaries..

*****
16 mei yang lepas, telah berlepaslah kelas aku iaitu 2nd year of Biosystems Engineering ke Putrajaya. Actually, ini lawatan under subject Hydrology and Water Resources yang diambil semester nih. Tapi aku and 7 student ex-diploma dah ambik masa sem 2.. so disebabkan atas nama 1 kelas, so kena + wajib untuk join sekali. So kitorang bertolak dalam kul 6pm dari Wang Ulu.. Ceh! dalam tentatif cakap kul 5 nak blah, tapi alih-alih kul 6 gak.. tau tak barang aku banyak. Mujur ade si chinese's twin tolong angkatkan sikit.. nak harapkan bebudak umah yang lain? aishh nak mintak tolong pun payah. Siap nak ade upah lagi.. huhuhu. so dipendekkan citer, kul 2 a.m jugak sampai.. cadangnya nak suruh mama ayah amik kotak buku tu kat putrajaya, tapi tau jelah orang tua... mana nak nampak memalam buta.. oke disebabkan itu, aku mintak tolong kawan aku merangkap kawan angah iaitu encik Firdaus JPAM untuk tolong amik barang-barang aku. Eh jap! nak tau ape benda yang buat aku risau sangat malam tu? storage box aku ilang.. serius aku letak paling awal dalam bonet bas, tapi camno boleh ilang? abih semua orang jadi suspek aku. aku dah macam pegawai polis duk siasat mana box aku tu.. sampai mandi pun macam tak rasa mandi sebab kepala duk ligat pikir mana box tu...

*****
17mei yang lepas, telah berlepaslah kami-kami ini ke MARDI Serdang. Ok, tentatif untuk hari ni ialah seharian dari pagi ke petang di MARDI. oke first of all, pasal masa, aku memang tak puas hati. konon-konon si ketua cakap kul 7 mesti dah ada kat bas. tapi aku, kak qis, fara, dayah, ain, ecah dah terpacak berpeluh-peluh depan bas, sorang pun takde. ape kehenye tu? haaa. pastu bergerak g cafe, tengok ramai bebenor group chinese + ex-matric g cafe, nak makan la konon.. laki pun tak turun lagi, so kita makan dulu, kul 8 baru bertolak. Tapi mulut-mulut cimpanzi memekak. Sape yang lambat ek? huhuhu. next trip, biar kitorang conquer. kau tengok macamana keje orang perempuan + matang. jangan pandai nak condemn je!

Oke berbalik pada cerita MARDI, 1st of all, p kat unit mekanisasi dan automasi. kat pusat ni depa explain pasal mardi, pasal unit ni and apa projek-projek yang depa dah + tengah buat. so, banyak la persoalan-persoalannya dan seperti biasa, aku bercadang untuk buat latihan industri kat mardi sebab banyak alatan + pengetahuan untuk aku kutip even LI nanti 3 bulan jer. Huhuhu encik tu ensem. Hahahaha. Tapi dah kawin, reject teros. hahaha. Lepas minum pagi around 10am, ada ceramah lagi pasal unit ni dan benda-benda yang kitorang boleh belajar yang takde dalam syllabus biosistem. meaning, kitorang tak belajar pasal nak bajak macamana, nak tanam macamana, nak design mesin tu macamana sebab kitorang belajar pasal air, tanah, kitaran hidrologi, dan sistem-sistem pertanian BUKAN sistem-sistem mekanikal yang melibatkan pertanian. hope korang paham ape aku cuba cakap. after slot 2 tu, kitorang dibawa ke bengkel-bengkel mekanisasi yang mana menempatkan pelbagai alatan pertanian macam bajak, traktor, alat kupas buah kelapa, alat itu ini.. macam-macamlah! hehehe tapi semestinya yang design and create tu memang otak dia bergeliga. aku sendiri pun tak dapat nak pikir sejauh yang depa pikir.. huhuhu.

Oke, after lunch + solat Zohor, kitorang dibawa ke ladang-ladang. 1st kat ladang yang menempatkan greenhouse-greenhouse yang telah diadaptasi, direkabentuk oleh lecturer-lecturer aku yang ex-staf Mardi. Besar giler. ada 2 orang Fasilitator, dia bagitau greenhouse ni ada macam-macam jenis. sekarang depa tengah buat research untuk tanaman cili dalam greenhouse. nak masuk dalam research greenhouse ni kemain cerewetnya. tak pernah aku masuk greenhouse kena bukak kasut + tak boleh sentuh everything. Ok takpe, kita kena faham kenapa dia buat rules macam tu.. 1st, sebab kena bukak kasut ialah, mungkin apa yang kita pijak tu mengandungi parasit-parasit yang halus giler dimana kebarangkalian untuk masuk ke dalam medium tanaman adalah tinggi. So, logik tak? for me, it is logic. 2nd, sebab tak boleh sentuh everything ialah mungkin dari tangan kita mengandungi bakteria yang bisa untuk merosakkan tanaman. kita tak tau sebab bakteria ni banyak jenis dan FYI, ianya sangat halus, hanya dengan microscope je boleh nampak that kind of bacteria. so agak bagus tak? for me, it is truly deeply good. FYI again, nak masuk greenhouse ni selain dari kena bukak kasut + takleh sentuh apa-apa, masuk tempat bukak kasut tu pun ada kipas. Untuk apa? yela, mana kita tau,kita kat luar, tak tau bakteria celah mana yang melekat kat baju kita, so dengan adanya kipas angin ni, dia akan menerbangkan semula bakteria-bakteria pemusnah itu keluar dari pintu greenhouse.. so amacam? hehe. kat sini jugak aku dapat tau orang yang duk jaga pokok-pokok ni jumlah pendapatan bersih dia untuk sebulan adalah RM 25K. So kau bayangkan, yang jaga greenhouse sebesar ni sorang je dan dia mampu raih 25K in 1 month. So sape kata farmer takleh kaya? that is y i'm taking agriculture coz i luv to hear + to earn my own money in my own efforts. 2nd kat ladang buah-buahan. Best, luas. Pastu disaji pulak dengan buah-buahan fresh. Perghhhhh! jilat jari beb! 
ade bran? haha. kat mardi, aku makan banyak. rosak diet. sebab makanan dia sedap-sedap. free lak tu. so aku bedal jelah. hahahahahaha. Aku nak LI kat MARDI. This is my 1st choice. #note# 

malamnya pulak, ke I-City Shah Alam.. oke sini bila tengok pokok-pokok bercahaya, for me dia biasa jer. orang lain aku tak tau ape pandangan kome. tapi pada aku ianya terlalu biasa. cuma jumlah pokoknya banyak berbanding pokok kat negeri-negeri lain. Ada, cuma tak banyak. Kat sini aku rasa rimas sebab kena ikut bontot orang.. budak tu nak aku jaga hati dia, tapi komplen MasyaAllah! sabar jelah. Letih aje yang dapat, seronok haram jadah ade. Naik giant wheel, alahai.... macam !@##$$% jer. korang faham jelah kan? haa... membazir rm10 aku.. rm10 boleh beli makan tau?? tapi sebab siangnya dah terlalu banyak aku makan, so malamnya aku cadang taknak makan, nak rehat perut.. cadangnya nak masuk snow walk, tapi duit ciput, takde. so ingat nak menikmati suasana cahaya-cahaya malam kat I-City nih.. datang sorang budak nih, anggap aku kakak, so kena la bertolak ansur dan bertimbang rasa.. ni tak, pentingkan diri sendiri. oke, thats was my fault coz i'm too difficult to said "NO"... but keep saying,"OKE, TAKPE, I TAK KISAH"... macam hape jer... last-last aku yang penat... adoyai.. balik apartment, letih gila.. terus tertido..

*****
18mei yang lepas. paginya ke JPS or Jabatan Pengairan dan Saliran. HQ dia terletak di jalan ampang, KL. disebabkan kelewatan lagi, so terpaksa meredah jem. cam biasa, si Ketua nak berlagak, marah-marah orang, tapi dia and his gang lambat, takpe plak? huh! oke. done with them, now continue with the story. so dekat sini dia briefing serba sedikit. apa yang dapat aku rumuskan dekat sini, kitorang dapat tau macamana banjir tu depa detect. macamana kadar air hujan tu depa estimate. yela, kitorang kat UniMAP belajar dalam kelas je, tidak dipraktikkan secara terus menerus. So, dengan adanya pengetahuan ini, maka aku rasa berbesar hati untuk p LI kat sini. huhuhu. after minum petang, kitorang dibahagi pada 2 group. so aku dalam 1st group, p la kat site, tengok segala macam alat-alat pengukur air dan hujan. perghhh inovatif giler! berteknologi tinggi! sebab ape, after g site ni, kitorang masuk dalam bilik gerakan yang mana dalam bilik ni terletaknya segala sistem- map+kamera rakaman yang menempatkan kawasan-kawasan diseluruh lembah kelang terutama di kawasan sungai.. ada kawasan sungai dia tunjuk, aku agak itu sungai gombak. terus teringat adnin. tapi adnin ada teringat aku? wallahuallam. bilik gerakan ni sangat berteknologi sebab skrin dia besar, panjang dan boleh menempatkan segala aktiviti dari 10 komputer yang  berlainan data. kau bayangkan betapa canggihnya skrin itu? hahahaa. Oke, this JPS will be my 2nd choice for chosen places for LI. hehehe. #note#

petangnye pulak, ke FRIM or Forestry Research Institute of Malaysia.. dah la bas mai lambat nak fetch kitorang kat JPS, nak cari benda nak lunch pulak. disebabkan itu jugak, kitorang lambat sampai ke JPS. janji kul 2.30, sampai sana kul 3.30.. kau bayangkan?? haa. lambat giler. tolak lunch dulu, briefing sume. kul 4 lebih baru start jungle tracking. tapi serius, pegi jungle tracking tu, diberitahu pulak dengan info-info pasal semua pokok, so membuatkan aku lebih mencintai alam sekitar. dekat situ jugak aku dapat info yang mana ada fenomena "Crown Shyness" pokok Kapur atau daun pokok tak bersentuhan yang 1st and only at FRIM. hanya boleh didapati di FRIM sahaja. Hebatkan? ye, memang hebat ciptaan Allah S.W.T.. Mencipta manusia yang cintakan alam sekitar. Oke FRIM will be my 3rd Choice untuk LI. #note#

this is what we called "Crown Shyness" pokok kapur
malamnya ada BBQ khas dari Prof Dr Mahammud iaitu lecturer subject hidrologi nih.. sedap.. tapi kitorang dah terlewat, sampai sana pun dah 8 lebih.. tak mandi pun.. basuh-basuh muka, bakar-bakar ayam, makan sama-sama. pelik, budak tu macam taknak lepaskan aku.. arghhh! stress gila.. tapi sebab makan jer, oke fine.. aku pulak tak tau kenapa terlebih peramah. hahahah. sampai anak ngan menantu prof pun dah tertukar aku buat.. malu giler! hahaha. tapi anak dia tu macam muka 1 of my Fb's fren named Fayruzz. hurm biarlah.. bukan dia, sebab fayruzz now kat borneo.. mana mungkin dia ada kat semenanjung.. so sementelah kul 9.30, abih la program BBQ nih yang diakhiri dengan nyanyian oleh bufday girl, Rohani.. hehehe sedap suara dia.. sampai apartment, aku lepak-lepak jap.. call mama ayah untuk ensure boleh balik or tak, tapi depa taknak amik.. sedih woo... uhuhhuu... so duk apartment, lepak-lepak kat katil konon nak baring jer, terus tertido sampai pagi dengan baju bau asap bbq.. hahaha.

*****
19mei yang semalam. huhu! hari yang amat-amat mencabar.. check out dari apartment kul 9.30.. blah dari putrajaya kul 9.45.. sampai KLCC kul 11 @ 12 lebih.. aku tak sure.. pastu kena jalan cepat g pusat konvensyen yang ada I-Tex menempatkan student UniMAP present and bertanding projek-projek depa.. kitorang dapat gold tapi gold untuk ape taktau sebab banyak orang dapat gold.. untuk kategori ape tah.. sekali lagi aku terpaksa ikut bontot budak tu.. aiyaaa!! memang dia ni suka mencabar keimanan aku kot. adoyai! sepanjang dalam i-Tex, aku cakap dia langsung taknak dengar.. pastu aku cakap, before g makan, aku nak solat dulu. dia yang hindu, dia leh plak cakap kalau aku g solat, dia tinggal sorang-sorang, dia nak shopping tapi aku taknak shopping.. dah aku takde duit, takkan nak shopping jugak.. bila cakap banyak kali, taknak dengar.. takut sangat tinggal sorang-sorang.. relax jer sudah. hormat la sikit waktu solat aku even kau bukan islam.. aiyoo! last-last dia call classmate yang lain agama, tanya kat mana, then aku hantar dia kat kinokuniya tempat classmate tu ada pastu aku tinggalkan dia.. masa on the way nak g kinokuniya tu, ya ampun, sape ikut sape sebenarnya.. dia nak aku yang jaga dia, pimpin dia sebab dia tak biasa dengan kawasan tu. hello?? be matured la.. kau nak ikut aku, kau kena follow aku, bukan aku follow kau. oke fine, kata-kata itu hanya tersemat dalam hati, aku malas nak bertekak kat tempat aku sendiri even aku jarang-jarang g KLCC tu. lepas tinggalkan dia, aku blah, cari haluan aku sendiri which is ke surau before g makan. sorang-sorang aku cari surau sebabnya aku lupa sebab dah lama takgi.. mujur mulut ni ringan nak tanya orang, kalau tak, sampai ke sudah tak jumpa surau.. after that g food court makan sorang-sorang, ikut bontot aku sendiri.. bebas giler. tapi before that, terserempak dengan budak tu, konon nak tunggu aku sekali makan, ni bila terjumpa siap makan dah, siap ada air take away kat tangan lagi. so now, who r selfish? macam haram. then pas boring giler jalan sorang-sorang, aku g tasik belakang klcc. tengok gelagat orang sambil baca buku cerpen tarbiah, MATAHARI... berkenalan dengan orang-orang yang baru jumpa, terserempak dengan pemuzik jalanan.. budak muzik tu tak lekang senyuman dia.. bagus-bagus..

dijanjikan kul 3 berkumpul semula tapi Fatin selaku exco aktiviti cakap bus tengah repair dan mungkin lewat untuk dia sampai klcc.. nak tau apa rosak kat bas tu? aircond dia tak berfungsi. dan kitorang ada 2 options di mana 1st kitorang naik je bas tu balik perlis selama 8jam tanpa aircond @ 2nd kitorang naik bas express tapi belanja sendiri tanpa claim apa-apa. Aku cuba call and discuss ngan mama.. sampai hampir bertegang uratlah.. sebab emosi aku pun dibawa sekali dalam discussion tu.. ayah suruh balik kajang.. arghhh dah la jauh klcc ngan kajang.. naik tren, ohhh tak sanggup aku nak redah jalan panjang nak ke tren tu... penat sangat-sangat.. ayah offer nak hantar balik, tapi aku tolak sebab 1st- aku penat sangat-sangat, taknak redah tren.. 2nd- taknak susahkan ayah even mama mereka cerita dimana dan-dan tu jugak ada urusan kat ipoh.. alahai! hahaha. mama, nak tipu, bukan ngan alang mama.. hehe.. btw, "Mama, Ayah, alang mintak maaf sebab terkasar bahasa. Alang keliru + runsing + serabut ngan masalah ni..Ampunkan alang."

lastly we're decide untuk naik je bas biarpun kena redah kepanasan selama 8jam tanpa aircond.. 1st, berhenti kat rawang, sebab ain tak larat sangat, pening katanya, dia suruh sepupu dia ambik.. kedua, sebab shahida ada athma. memang tak larat, aku tengok pun dah berjurai-jurai air mata dia.. so dia suruh abang dia mai ambik.. lepak situ, aku basuh muka bagi ilang panas.. then dalam kul 11 lebih, benti kat RnR Sg Perak.. whoaaaa! pegi toilet, tanggal tudung, basahkan rambut+muka+leher.. pening sangat-sangat... tak cukup oksigen kan.. haa kau bayangkan kitorang survive without oxygen in about 6-8hours journey to Perlis.. sampai hostel kul 2.30am. balik hostel, kemas barang, mandi then sampai now aku tak dapat tido.. aiyoo!

Ini merupakan pengalaman paling mencabar yang takleh aku lupakan sepanjang idup aku.. sejak bergelar mahasiswi UniMAP, ini pertama kali berlaku dalam idup aku.. dan memang takkan aku lupakan memori ni even dah grad nanti... uwaa!!

*****
oke abih dah story untuk lawatan 3hari 2 malam + 1 malam mencabar aku dan kawan-kawan sekelas. InsyaAllah ada cerita-cerita menarik, akan dikongsi bersama. InsyaAllah. Then bye everybody! Assalamualaikum. =)

Monday 30 April 2012

..pandangan hati..



Pandangan mata selalu tertipu. 

Pandangan Akal selalu tersalah. 

Pandangan nafsu selalu melulu. 
Pandangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih.
Hati kalau selalu bersih pandangannya akan menembusi hijab firasatnya tepat kehendak Allah. 
Tapi hati bila dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran..


+_+


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Hye Mr.2nd Diaries, stalker, blogger, reader skalian...

Why i woke up too early? owh bukan-bukan. tiada niat pun nak puasa sunat. sebab aku tak sihat. donno why. tapi takpe, mungkin aku boleh cuba untuk puasa sunat memandangkan hari ni kelas aku cuti sebab esok is Labour Day. So, lecturer was cancelled all classes for today. Terbaik kan? huhu. By the way, what i want to story here is i was dream about my step brother dan sebab tu jugak la aku terbangun terlalu awal pagi ni iaitu kul 3a.m tadi. I don't know why. Dalam mimpi tu, dia pandang aku, dia menangis. I ask why, but he said its all about me. Teresak-esak dia menangis. Allahuakbar!! Besar sangat ke silap aku sampai dia terlalu sedih? mungkin itu juga penyebab jurang antara kami jadi terlalu besar dan perpisahan itu pengakhirannya. Aku panggil dia, then dia cakap suruh aku jaga diri sebab dia tak dapat jaga aku lagi. Did u know how i feel? sedih gila. Aku ikut nangis sama.. aku panggil dia, dia nangis tapi dia tak sahut panggilan aku.. sampai la aku terjaga. Aku tengok memang sungguh aku menangis. "Ya Allah, jika benar ini dosaku padanya, Kau titipkanlah rasa maaf dari ku dalam hatinya.. lembutkan hatinya untuk memaafkan aku dan menerima aku semula. Bantu aku Ya Allah, jika ini kebahagiaan yang telah Kau catatkan untukku..Ameen.."......Oke. Tadi on9 facebook jap. Someone yang aku kira rapat dengan aku was fren with him actually. So dia ada send private message kat aku.. dia cakap dia copy status tu dari wall adik angkat aku tu.. what actually he said? 
"..Dlm dunia ni..bnda paling kite kene jaga adalah pertuturan kita..coz dari pertuturan la bole tercetusnye berjuta masalah..so jaga la pertuturan anda walaupun sesama kawan baik..kerana tidak sume org bole kite percaya wlaupun kwn sendiri.."
So what do i expect? oke. aku ni perasa orangnya. So macam orang cakap, "dah makan cili, sendiri rasa pedas"..so ni yang aku rasa masa mula-mula aku baca mesej tu.. from my pertuturan. Oke fine. I admit kadang-kadang bila kita bercakap, kita tak sedar kita dah sakitkan hati orang tu.. for the first view, minda negative aku cakap, "Eh, macam kau tak pernah sakitkan ati aku kan? kau pernah buat aku nangis. bila salah, kau susah nak mengaku, balik-balik aku jer yang kena beralah..aku taknak ungkit sebab kau adik aku."...oke itu negative..i REPEAT it was my negative thinking for the first view. Nampak selfish gila kan? Yes, sometimes  i'm selfish.  But at the second view, aku istighfar.. aku tafakur, aku fikir. Aku flashback balik ape yang dia maksudkan dengan pertuturan aku sampai dia sakit hati sangat-sangat.. aku check inbox + sent mesej dalam henpon, aku check comment-comment + inbox mesej dalam facebook.. check segala.. dalam henpon takde masalah.. I guess.. sebab last mesej tu aku luah kat dia pasal aku sedih dan sakit hati sangat sebab sorang kawan aku sanggup putuskan hubungan kawan kami sebab gf dia tak suka aku kawan ngan dia.. itu jela.. kalau dalam facebook plak, aku kira dah dekat seminggu tak chat.. masa tu la... aku check komen-komen.. dup-dap-dup-dap... ada 1 komen aku ngan kawan baik aku si Joker tu.. sebab joker tanya aku marah dengan sape.. aku cakap 3 orang yang aku sayang yang buat aku marah sangat-sangat.. aku tak tau apa silap aku sampai depa buat aku macam tu.. thats all and the comment and post was deleted already.. so itu buat aku terdetik, ini ke? sebab after do that, tak lama lepas tu, i saw at family list, nama dia dah tulis as pending request.. means no longer in my wall dah.. memang sebelum ni dia ada buat, tapi dia just deactive.. tapi benda tu dia akan mention kat aku dulu.. tapi ni tak, bahkan nak search nama dia pun dah tak boleh.. means dia block aku.. memang hebat penangan facebook.. sampai macam tu sekali... so until now i don't know which silap tentang pertuturan yang aku dah buat kat dia sampai dia sedih sangat-sangat.. So, don't u think is .........? ya, aku tak apa-apa.. for me, if tak puas hati sangat-sangat, cakap direct.. yang tak puas hati sikit-sikit kalau nak pendam takpe, sebab kalau hari ni aku tak puas hati benda kecik, esok dah oke dah.. tapi ntah la.. hati orang susah kita nak duga.. but i hope, he will forgive me one day and before i die (if ditakdirkan aku mati awallah..)...
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

(edCoustic- Muhasabah Cinta)
And for M.A.S.. i'm so sorry for any mistake i've done to u.. sometimes putri tak sedar bila dah rancak berbual. Maafkan putri untuk kesekian kalinya.. hope we can be friend like before. InsyaALLAH.. I really hope that u can forgive me..


p/s: +_______+

Thursday 26 April 2012

1st Post Untuk Sem 4 yang Bakal Berakhir!


Assalamualaikum. Hai Mr. 2nd Diaries and all readers and stalkers. hehehe..


Lama giler tak update blog. Biasa la, sibuk memanjang. Dah masuk sem baru, now lagi 2 bulan nak abih sem 4, tahun 2. huhuhu. Apa berlaku pada aku? no-no-no.. join masum last minute, krisis dengan pelbagai orang.. buat aku bertambah-tambah stress. Ya, this sem banyak sangat masalah. Mungkin masalah tu datang dari diri aku sendiri atau ia sekadar ujian kecil / teguran dari Allah SWT untuk aku istiqamah dalam perubahan...

Oke berbalik pada MASUM, actually tak plan pun nak masuk sem nih. sebabnya cuti midsem nak g umah angah sebab anak buah aku baru lahir 10 Mac 2012 hari tu. Tapi aku takleh g tengok sebab terikat dengan kuliah yang berduyun-duyun. So, nak dijadikan cerita, start cuti 6hb aku terus g Johor sebab nak tengok anak buah punya pasal. Pastu banyak bengang dan cuti aku jadi suram sebab coach tak abih-abih call sebab katanya tak cukup orang.. 8hb balik kajang dengan last minute tiket yang angah aku beli, buat aku rasa penat sangat-sangat. balik rumah, rindu, tapi mama selalu tak lekat rumah, ada saje aktivitinya.. i wanna see my mum coz i miss her a lot.. then coach pulak duk call-call, rimas aku, then aku cakap aku masuk. pegi jelah masuk. datang berbondong-bondong kat putrajaya. tak syok langsung. Ini semua sebab hati memang taknak main, kena paksa plak, memang aku takleh ler.. pastu terpaksa balik awal sebab nak bajet duit tiket balik perlis..then aku balik nek bus unimap.. oke kat bawah ni team aku yang selalu bertukar tiap-tiap sem...
ini team kawe. setiap semester tukar orang. hahaha. :)

Oke apa lagi? huhuu oke nak gambar 2nd anak buah aku tak? jap-jap...

Raja Maryam Elysha binti Raja Mohd Norfahmie
And also my 1st anak buah. Rindu si kecik ni jugak. ;(

Oke sebenarnya aku dah mula nangis.. sob-sob-sob... oke stop drama cerekarama ni... haha.
Sem ni so complicated... banyak sangat chemist.. Ya Allah tolong aku, Berikan minda dan otak ku untuk mudah menerima ilmu....Ameen..

Oke stop untuk ini. Terima kasih.

Yang benar,
Puteri. =)




p/s: rindu adik angkat aku. serius. putus sudah persahabatan. Allahuakbar! aku tau Kau telah merencanakan yang terbaik untukku.. Maafkan aku kerana aku terpaksa menangis lagi. =(

Sunday 8 January 2012

Final Exam dan Emosi

Assalamualaikum. Hye Mr.2nd Diaries, all bloggers, readers and stalkers..

Lama giler rasanya tak update blog. Sori der... Wa teramat-amat-amat-amatlah busy with my mini project, tests, assignments, reports...agak penat bila menjadi student engineering nih.. and now pulak tengah struggle for my final exam..

Sebut pasal FINAL EXAM, what do u aspect from that word? for me, final exam ni menentukan sejauh mana kita faham selepas 5 bulan p kuliah tak abih-abih, attend lab sana sini...korang kalau jadi student unimap, korang tau la camne.. bukan aku nak kata azab tapi itulah yang korang akan hadapi kat perlis ni sebagai salah satu cara untuk motivate diri supaya try rasa susah orang-orang sini, baru korang akan rasa bersyukur dalam hidup..

Oke, my first paper was done with Mathematics Engineering III.. kenapa 3? sebab itu la yang depa plan..wa ikut arus kemajuan je.. arus kemajuan la sangatkan! hahaha...so far, alhamdulillah.. tapi aku hanya tawakal jer.. sebab dekat seminggu aku pulun math tu.. padahal ada 2 subjek lagi menyusul iaitu Ethnic Relation and Soil and Water Engineering.. mujur ethnic, member merangkap roomate aku, Mek As dah pulun..so time aku nak solat and pas solat, aku dengar dia duk menghafal..so time tu la aku tanya and hafal sekali ngan dia..at least dalam pulun-pulun untuk math, aku ada isi sikit untuk next paper punya..

Tapi untuk subjek soil, truly deeply aku hanya study time classmate aku si Mek Dayah tu ajak jumpa lecturer  kitorang dengan amin and k-rol... time tu jelah..pastu pulun buat math.. serious i'm not ready enough for this sem final exam...sebab this sem agak tough, because of i got a lot of mini project, full of lab and need to do report.. banyak sangat-sangat sampai tak terkejar.. and alhamdulillah, aku dapat harunginya tapi aku agak kecewa sebab carry mark agak rendah sem ni.. aku ulang, AGAK rendah.. so kau tau apa maknanya tu? aku kena struggle and pulun abih-abih untuk final ni.....

Untuk subjek soil yang DAH berlaku semalam, the conclusion is? aku tak dapat jawab.. banyak kosong.. kak balqis tanya betul ke aku takleh jawab, aku jujur jer.. and instinct aku sangat-sangat kuat bila keluar dari dewan exam, aku rasa macam aku akan repeat paper ni sem depan, aku rasa macam nak nangis..tapi nangis kat rumah jer sebab kalau boleh aku taknak budak-budak ni nampak aku sangat LEMAH.. *ego giler dowh!* bukan ego, tapi itu memang aku...

Oke, balik-balik rumah jer, aku call mama...seriously i need my mum rite now..sebab aku rasa macam aku dah kecewakan dia, dah hancurkan harapan dia..tapi dia cool jer even suara dia dah lain...my mum just like me..eh silap-silap aku macam dia...tak suka tunjuk kat orang yang kita ni lemah... kalau dah lemah betul-betul baru tunjuk...hehehee...dia cakap, "itu la mama cakap, minggu ni takyah lah balik even gap untuk next paper 2 minggu jauhnya..ni ada cuti panjang ni, struggle betul-betul...jangan buat silap lagi.."..yes,my mum was the best! dia memang motivator yang paling bagus! hehehee....maafkan alang, mama..alang akan buat yang terbaik untuk next paper ni..Ini janji alang.. =(

Oke, semalam aku ignore sape-sape yang call aku, yang mesej aku hanya kerana perasaan aku tak menentu... cuma orang-orang paling rapat jer aku mesej termasuk my boifee.. dia terkejut aku tak dapat jawab padahal 2-3 hari ni nak borak or mesej dalam fon punyalah payah...siap ada time-time lagi...sori sayang, i have to struggle for this exam..mujur dia faham.... semalam abih exam, mujur ada pasar dekat ngan kampus aku..beli makanan sebab aku tak makan lagi tengahari.... so angin dah naik kepala, buat kepala aku sakit sangat-sangat.. malam tu aku makan ngan mek as, dalam bilik... sambil tengok citer tentang dhia yang orang duk meraban merepek kat FB cakap citer ni syok...hahahaha...susah nak ku cakapkan...ombak rindu pun aku boleh tak nangis, inikan pulak tentang dhia... tapi dia banyak sangat part.. so, aku sempat tengok sampai part 3 jer, pastu aku terlena...sebabnye? mata tengok citer, dalam kepala duk pikir lagi soalan-soalan yang takleh jawab tadinya...nangis.. yes, aku menangis.. menangis dalam hati...sedih tau tak? 

oke, now stop citer pasal semalam.. because semalam was history.. now create some good mood, good effort for next paper... huhuhuhu.... pagi ni aku terbangun lambat, ekoran beberapa hari tak cukup tido... so conclusion yang betul-betul conclusion yang aku dapat dari peristiwa semalam ialah, belajar uruskan masa sendiri, biar orang cakap kau skema tahap gaban sebab mata kat buku jer, taknak enjoy-enjoy... eh, wa manusia biasa beb! haruslah enjoy-enjoy but before nak enjoy, harus siapkan semua kerja-kerja yang mungkin terbengkalai if aku seronok seronik nak enjoy... Amik contoh cara belajar housemate aku yang sekarang iaitu Twin, which is Yoon Ling, Yoon Sing (taktau la betul ke tak ejaannya)...depa student pintar kat dalam rumah ni... nak enjoy g langkawi, penang, sanggup tak tidur siapkan semua assignment and report.. I salute kat both of u lah! Thanks coz selalu secara tak langsung teman i study and selalu buat i rasa nak study..sebab i ni nak study susah sikit... oke, untuk semalam jugak, study smart, not study hard... because? macam yang aku duk pulun math tu la...pulun-pulun math, sampai tak tido..pulun ethnic pun tak tido, pulun soil lagilah bertambah-tambah tak tido..ada la tido sekejap tapi tak lama...

pagi ni aje korang try tengok kat wall FB aku, banyak yang aku share dari pelbagai blog yang aku visit... so, terpulang nak share jugak or what....itu sekadar apa yang aku baca..hurm rindu my mum, my family....semalam dengar suara boboy and azam, dah cukup buat aku rindu sangat-sangat kat depa....dengan gelak ketawa depa lagi..i miss them so much! tunggu aku balik nanti k?? aku ada lesen dah, nanti kita g makan sama-sama.. 

Oke, thats all for today... nak g makan and continue to study... Please pray for me k?