Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Wednesday 30 November 2011

Its Not Goodbye

Now what if I never kiss your lips again
Or feel the touch of your sweet embrace
How would I ever go on?
Without you there’s no place to belong

Well someday love is going to lead you back to me
But till it does I'll have an empty heart
So I'll just have to believe
Some where out there you're thinkin' of me

Till the day I let you go
Until we say our next hello its not goodbye
Till I see you again
I'll be right here remembering when
And if time is on our side
There will be no tears to cry on down the road

There is one thing I can't deny its not goodbye

You think I'd be strong enough to make it through
And rise above when the rain falls down
But it’s so hard to be strong
When you've been missing somebody so long

It’s just a matter of time I'm sure
Well time takes time and I can't hold on
So won't you try as hard as you can
Put my broken heart together again?

Aku masih setia

Kini telah tiba masanya
Untuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi


Teman-teman ku membawa berita
Berita kecuranganmu
Namun aku masih mampu
Masih ku bertahan kerana


Aku masih setia
Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna
Aku masih menyintai


Bukan ku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkan mu
Agar cinta ini
Kembali bahagia


Semakin kusut ku rasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu


Apakah aku yang keliru
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya dirimu
Sebenarnya begitu


Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini
Ku bertahan


Dan kerana
Aku masih setia..
Di sudut hatiku
Masih percaya
Dikau kembali seperti semula
Dikaukan kembali…
Sayang..



♥ MoToR ♥

Assalamualaikum everibadi! hahaha badi=mayat... fobia-fobia... hahaha

oke, today i want to tell of u that 
i feel heaven when i ride a bike!!!
hahahaha. macam batak...
yes, macam batak...
batak batak pun, wa bawak penuh berhemah der even wa laju...terbaek...
tapi tadi ada satu kereta tu..
wa tak cam nombor plat dia..
but dia memang langsi..
mujur wa selamat handle baik punyer moto wa...
hahahaha...
dan ketakutan membawa moto di kawasan roundabout tidak lagi menjadi ketara....
kerana sememangnya mungkin wa dilahirkan sebagai jagoan lumba motor...hakhakhak!
perasan itu la wa... so jangan banyak bunyi...
oke, chow lu!! sok wa ada presentation geomatic + test 2 untuk math..
wish me luck ya kawan-kawan!
Luv uols lah!!!

Tuesday 29 November 2011

Assalamualaikum. Hye Mr.2nd Diaries, readers dan bloggers sekalian..

Oke, now my condition is not very well. Got fever+flu+cough in one time. VERY2 GUD COMBINATION!! takpe, saya tau saya sakit sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil dalam diri saya. Dosa-dosa kecil yang dah jadi dosa-dosa besar pun mungkin Allah nak lupuskan dengan kesakitan ini... Alhamdulillah, dah bertambah pulih sebab tak layan sangat sakit ni. Tetiber teringat kata-kata lecturer subjek Malay University dulu. Sakit ni sebenarnya mental kita yang control. Kalau duk cakap sakit-sakit, so sakit la dia. Kalau cakap oke, i need to reduce the negative thinking of this sick... so everything would be oke. ngee~~~

So sorry because lama tak update sesawang blog nih...coz of what? coz i need few time to think what the best word i have to write...lagi satu, aku busy dengan banyaknya assignment dan kabut nak pegi lawatan kem geomatic yang berlangsung selama 2 hari 1 malam pada 24-25 November 2011 di Timah Tasoh Lake, tempat biasa aku berkayak...

Benda paling best yang banyak aku dapat dan pelajari selama berada di kem tersebut....
  • release tension à yeah! selalu buat experiment geomatic kat sungai Chucuh, dekat ngan Padang Besar, Perlis...kat sana agak tension sebab selalu kena kejar masa untuk ke kelas semua...bila dalam kem ni, dapat buat real situation dimana alat-alat geomatic ni digunakan...other than that, aku dapat berkayak and mengajar budak-budak ni berkayak...seronok bukan kepalang sebab aktiviti yang dekat 2 bulan aku tinggalkan...then main balik.....pastu seronok ajar budak-budak ni...cepat belajar...thanks to all!!
  • dapat rapat hubungan yang jarang nak rapat à yezza!! budak-budak kelas ni oke je dengan aku...so far boleh la kalau nak mintak tolong or anything in our subject kan... tapi lemahnya sebab tak berapa nak rapat sebab lain-lain blok, lain-lain bilik..so bila dalam kem ni, kita kenal each other dengan lebih rapat.. termasuk lecturer jugak... sebab nak jumpa lecturer ni, nak coorperate ngan lecturer ni sangatlah payah....so in this camp, banyak benda yang aku tau, banyak benda yang aku share..so far, this camp give me more experince!!
  • kenal siapa lawan siapa kawan à oke.. yang ni aku lebih arif untuk menilai... HAHAHAHAA... sebab aku dah MERASA lama sangat! dekat sini, on the way to be here, i know who want and really want to be my friend or my enemy... nasihat aku, usah nak berlagak sangat... Allah itu Maha Adil, Maha Berkuasa, sekejap jer kalau Dia nak tunjukkan kuasaNya....and for me, aku boleh menilai di mana, seteruk-teruk orang yang kita menyampah, mengutuk dan segala pelbagai hinaan dilemparkan, teruk lagi perangai KAU yang tak sedar diri bila hidup ni macam roda..sekarang roda ada kat atas, tengah senang, otak masih bijak, masih boleh melawan...tapi bila roda berputar ke arah bawah, sila jilat sendiri kesilapan yang pernah KAU buat... pada masa tu aku mampu? terdiam, dan mengucapkan Allahuakbar!! 
oke, rasanya itu je kot yang boleh dicoretkan kat sini....kat sana banyak motivasi yang diberikan...dari situ jugak aku rasa bersemangat...InsyaAllah biarlah semangat ini kekal dalam diri aku untuk berjaya...Lagu Gemuruh yang menjadi lagu tema kem ini diadakan membuat aku rasa betul-betul bersemangat...bersemangat untuk melawan segala anasir-anasir yang pernah menjadi kegagalan dan kelemahan dalam diri aku...Thanks to that ANASIR! sebab kerana anda, saya berjaya berdiri atas kaki sendiri....InsyaAllah kejayaan itu akan kubuktikan demi keluargaku! InsyaAllah!!

nak gambar banyak-banyak, tengok dalam fesbuk jelah ye. hahaha

p/s: semangat giler dengar lagu Gemuruh.. jom dengar lagu ni bila anda rasa ditindas... sebab orang dengki ngan kita yang pernah susah... dia tak pernah susah sebab tu dia tindas orang... Mama!!! i need you!! 

Wednesday 16 November 2011

Petua dan Doa semasa Belajar....


Assalamualaikum readers & bloggers tegar!! 

Oke-oke nak tau apa aku rasa sekarang? SANGAT MALAS! hahahaa. sebab tulang belakang aku sakit. Dunno why its getting hurt and hurt. Apa-apa pun kena kuat semangat. Final exam ada lagi sebulan lebih, test 2 bakal menanti seminggu lebih je lagi. Dan paling utama? assignment dan presentation bakal bertubi-tubi menghempap otak. Oke-oke, lecturer-lecturer aku nak bagi kitorang latih tubi. Sebab teori dalam kelas mungkin tak berapa clear so dengan adanya latihan, teori tu boleh dipraktikkan.. 

Kat sini aku nak story beberapa petua dan doa untuk belajar. Yelah, aku student, dan korang yang readers, bloggers and stalkers ni mesti di kalangan student jugak kan? so, jom try check it out, and JOM PRAKTIK skali oke! 

SEBELUM BELAJAR 
1) Berdoa.
2) Tarik nafas: Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak. Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.
3) Cara duduk: Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik
4) Tentukan tajuk: Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada satu masa.
5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.
6) Tentukan tempoh masa: Berapa lama hendak membaca.

SEMASA BELAJAR
1) Tunjuk dengan jariSeperti mengaji Al-Qur’an.
2) Fahamkan dan bayangkan 
  • Otak akan sentiasa aktif. Contoh: membaca mengenai HAJIDapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah. Seolah-olah berbual dengan jemaah. Menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan.
3) Selang-selikan dengan rehat: 
  • Setiap 30 minit berehat 5 minit.
  • JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio.
  • Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.


Doa Memohon Pertambahan Ilmu
.

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ


Maksudnya : “ Ya Allah berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.


Keterangan & Petua Beramal
Hati tak kusyuk --> Lalai dalam urusan dunia --> Takde kelazatan beribadah --> Doa dipanjatkan takde roh, keazaman dan kekuatan --> Jiwa penuh dengan sifat mazmumah --> Jauh dari keredhaan Allah S.W.T. ------> semua ini faktor kelalaian. Ianya saling berkait antara satu sama lain.

Menurut Ibnul Jauzi , antara taktik yang dirancang oleh iblis ialah menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam bidang tersebut. Sedangkan umat Islam tidak mendapat apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya, kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.

Sumber: Akuislam

p/s: so apa lagi? jom praktikkan! 

Tuesday 15 November 2011

Train~ Marry Me

Forever can never be long enough for me 
Feel like I've had long enough with you 
Forget the world now we won't let them see 
But there's one thing left to do 
Now that the weight has lifted 
Love has surely shifted my way 


#Chorus#
Marry Me 
Today and every day 
Marry Me 
If I ever get the nerve to say hello in this cafe 
Say you will 
Mm-hmm 
Say you will 
Mm-hmm 


Together can never be close enough for me 
Feel like I am close enough to you 
You wear white and I'll wear out the words I love 
And you're beautiful 
Now that the wait is over 
And love and has finally shown her my way 


Promise me 
You'll always be 
Happy by my side 
I promise to 
Sing to you 
When all the music dies, And 


#Repeat Chorus#

p/s: i really luv this song. Hope Encik Mimpi can sing this song for me. hahaha. Abih la kau encik mimpi. haha.

Sunday 13 November 2011

Selamat Malam Hari Yang Sakit!


..bila hati sakit, kena tido..
..bila sakit kepala, kena tido..
..bila sedih, kena tido..
..so sleep is the best thing to forget all the sickness..
..and tomorrow morning wake up with the happiness..
..hope i will forget all the thing that happen today..
..i want happy. i hate u. so u just a clown that play into my subconscious mind..
..best word for u is blah! blah! blah!
..seems like keisya song bla bla bla... 
..gudnite world..
..hopefully Allah will give us a happiness tomorrow until end of our life..
..Love Allah so much coz i know Allah always knows the better for my life..
..i just plan all the thing, and He will guide me, and choose the better for me..
..Thanks Allah for everything.. 

sad

yes. now i'm really sad. very-very sad.
no need anybody because i'm scared when they betrayed me.




p/s: and when i'm feel stress or sad, i'm glad to hear any music with the higher sound. 

Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu
#Ulang Chorus
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

p/s: aku tak tau kenapa aku suka sangat lagu ni. macam ada related. hurm. *wondering*

Perlis Oh Perlis!

Assalamualaikum..gud afternoon Teacher! *hahaha ayat selalu keluar bila dalam kelas masa sekolah dulu-dulu kan!* oke readers and bloggers semua... i wanna tell u all that I'm In Perlis now! 
"bapak bangga giler statement!"

******************************************************************

Oke-oke, now dah sampai Perlis. Tadi sampai Kangar jam 6.15 pagi. Call mama yang aku dah sampai. Pastu tunggu punya tunggu.. dalam hati berharap sangat ada student unimap yang nak naik teksi bersama. Lepas 1 teksi, malangnya student Uitm Arau. So blah dulu. Pastu datang 1 teksi, ada two hindu's girl yang nak balik simpang empat. Pakcik tu yang tanya aku nak pegi mana...Aku cakap wang ulu.. Ohh seronok bukan kepalang sebab yang tadi ada student unimap dah ada geng, tunggu lama. tapi aku yang baru sampai dah dapat dulu. sori adik, beri laluan pada hakak-hakak dulu ye. hehehe..

So, sampai-sampai hostel, First time sepanjang aku menjadi student UniMAP ni, waktu pagi buta subuh-subuh macam tu, pintu pagar bukak besar giler! Macam menunggu ketibaan orang-orang besar. oke aku besar. eh taklah. sebab aku kacak, sebab tu depa bukak besaq-besaq bagi aku lalu. hahaha. *perasan*.. Waktu tu dah 6.30pagi. Laju giler pakcik tu bawak. Montang-montang takdo mato-mato. hahahaa. Dan sesampainya di blok, pagi-pagi buta tu la ada orang duk basuh kain lagi. Depa ni tak balik ke? seminggu duduk, tak basuh kain? giler kentang bertimbun. *memang best kalau dapat ngumpat orang kan? Astaghfirullahalazim. Apa la kau ni Putri. Kata nak berubah. Mulut tu cuba diam. Hati tu cuba rasa yang baik-baik..* Huhuhu..sori mulut. =(

So, my duty in that morning is solat subuh dulu. Sebab ayah dah bising, lambat sangat jalan, kang waktu abih, meraung kena buat qada' subuh...hahahaa...ayah-ayah..So, pas subuh, betapa rajinnya saya memunggah semua baju-baju dalam beg, susun dalam loker.. ngantuk tahap gaban tapi nak basuh baju minggu lepas punya hal, sanggup ku tahan...sebab kat hostel ni, nak basuh kain guna mesin kena tunggu turn.. tak tepat turn, orang lain sambar..so aku pun tunggu laa.. dan dah siap semua, orang yang basuh tu tak siap-siap lagi.. oke, detik hati "baju dia dah sebulan tak basuh kot. itu yang lama"....hahaaa. so, apa lagi nak buat? pasang cadar, pastu landing main komputer...pastu sambil berchatting-chatting ngan ex roomate, ex housemate dan classmate iaitu Cik Farah tentang lab report soil & water...so after this nak pegi makan...sorang-sorang sebab Mek As balik malam nanti...huuhuhu... 

Now? hahahaa baca blog orang lain, ada yang baik dan harus dikongsi, aku copy paste dan link kan blog depa...itu jer setakat ni...hahahaa

****************************************************************

p/s: ada bf pun hati tak tenang. takde bf pun hati tak tenang. Wth?? ni mesti duit takde. aish!! Ya Allah, permudahkan segala urusanku..Amin..

Surat Buat Aku..

"Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? 

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain. Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga."
"Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!"


p/s: Ya Allah! Bimbinglah aku dalam redhaMu! Sesungguhnya aku amat khilaf untuk hidup di dunia ini..aku menyesal Ya Allah! aku jahil dalam percintaan dunia ini Ya Allah! Bantulah hambaMu ini Ya Allah! =(