Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Thursday 30 June 2011

MASUM 2011- Part 2

Assalamualaikum.. Hye! Bertemu kita lagi dalam slot MASUM tak abih-abih. hahaha. So, semalam dah explain pasal kayak. Ini plak nak post gambar + nak citer benda yang menarik yang putri alami sepanjang masum ini berlangsung. Hehehe. 

\





my team
 



Benda best semasa berlangsungnya MASUM 2011 ni?

  1. Capsize 5x..
  2. Encik PD jemput putri kat UPM, pegi tesco and terus bawak ke umah. *baguskan?* Pastu sampai umah putri tak layan dia sebab kabut nak makan + basuh baju + masak nugget sebagai permintaan atlit-atlit lain.. tapi malangnya time nak balik kereta dia buat hal.. so terpaksalah naik kereta ayah.. "hahaha, selalu nak adjust side mirror tekan bawah. Ni kena buat manual. Hahaha", kata dia... yelah. orang dah biasa naik sportage, mana nak naik viva plak kan. hahaha.
  3. Masa training memang rasa nak give up. Sebab apa tau? kena dera kayak pusing pulau 5km. Kau mampu? sakit sangat lengan ku. bawak seribu pun tak sakit pun macam tu. on the way nak bagi perabih 5km tu, putri nangis. siap zikir-zikir apa yang putri ingat supaya bagi cepat seksaan tu berakhir. meraung panggil nama mama sebab sakit lengan... dengan takut ngan biawaknya.
  4. For the first time, saya pulun kayak dengan menggunakan 201% tenaga yang ada dalam badan ni. Pulun la makan coklat tak sedap iaitu Power Bar, Air Power Energy...semata-mata nak kekalkan semua tenaga dalam badan..
p/s: apsal kau asik cerita pasal encik PD? ehem-ehem-ehem, suka ati aku la. ang sibuk pasai pa? wa muka rock beb, dalam hati ada taman......... ♥_

Wednesday 29 June 2011

MASUM 2011- Part 1

Assalamualaikum. Hai Everybody! Whoaaaaah! lama Giler saya tak hapdet entry entry yang menarik. hahaha. By the way, after last entry yang saya post tu, saya TERAMAT sibuk dengan training kayak untuk melayakkan diri memasuki sukan MASUM 2011. MASUM tu apa makcik? MASUM tu sayang, ialah Majlis Sukan Universiti Malaysia. Haa. Ini program sukan pertama yang saya attend sejak 2 semester jadi student UniMAP. Haa.. Apa yang best? takde ape yang best sebab muka + tangan + kaki kau jadi macam ayam hangit terbakar! hahaha. nak wat camno? training dari pagi sampai petang and for your information, air laut akan jadi panas bila terdedah pada matahari. bila kita rasa memang tak panas. tapi bila kita main air + time cuaca tengah hangat memukau, memang kulit kau akan legam. pakai la sunblock berlayer-layer. kalau dah nama main kayak, tak itam, tak sah. hahahaha.

Pengalaman? yeah! segala pengalaman ada. terjumpa biawak masa training kayak dalam air. Nak tau? time tu kami diberi peluang untuk cuba lawan antara pemain. huh? ape benda aku cuba bagitau ni? ala, macam kita try race sesama pemain pasukan kita lah! so time tu, saya dan Raihan jer yang mai awal. so kitorang race bersama-sama lah! then masa nak dekat sampai ke penghujung, saya dan raihan cuba pulun time yang diberi oleh coach, and at the same time saya nampak dengan jelas biawak itu sedang melintas antara kami, so saya dengan ketakutan yang ada, pulun la bagi sampai kat coach... tapi Raihan la paling kesian! dia capsize (kayak terbalik) kat tempat biawak tu melintas. saya pulun lagi sebab saya takut sangat. tapi budak-budak lelaki la, Raihan dah la tak tau berenang, dah terkapai-kapai lama, baru depa dengar coach suruh budak laki tolong dia. Kesian kan? but i'm proud of u Raihan! sebab dapat bertahan lama macam tu. Tapi kesian dia. dah la capsize, kena plak pumping sebab coach cakap, race ni kalo capsize kena denda.

Other pengalaman? pengalaman tengok atlit-atlit yang dah lama dalam sukan kayak ni. baru saya tau, sukan kayak ni ada macam-macam jenis. K- Kayak. tirus, sesuai untuk orang yang punggung bersaiz S/M dan ringan tapi bertenaga. TK- Touring Kayak. Sesuai utk punggung bersaiz S/M/L/XL dan bertenaga. Selain tu saya nak perkenalkan jugak sukan Rowing. Rowing ni beramai-ramai, tapi kalau Kayak-drive ke depan, Rowing pulak drive mengundur. Dia ada banyak kategori, ada untuk 4orang( takde conductor), 6orang dan 8 orang ( 6 & 8 ada conductor)...tapi yang pasti sukan ni memerlukan kekuatan tangan dan kaki yang kuat. Sebab tu dicipta Rowing Machine untuk sukan Rowing ni. Memang best sebab sape join Rowing ni peha dan betis mereka amatlah cantik! *tahun depan nak try sukan rowing boleh tak coach? hikhikhik...*

Lastly? Kayak double Lelaki dan Perempuan UniMAP sempat bertahan sampai semiFinal jer. takpelah mungkin kami tak cukup pengalaman + latihan. Tapi maaflah. ini teguran dari saya sebagai kakak yang paling tua dalam atlit-atlit ni ye. Buktikan dulu, baru mintak macam-macam. Sebab akak rasa masa training, semua yang diminta, semua dapat. Tapi coach nak pingat even Gangsa pun takleh nak bagi. Akak terkilan jugak tapi nak wat camne. bukan takdir kita untuk kuasai semua pingat itu. Maaflah ya. Ini teguran. Next game jangan buat macam ni lagi ye. *Peace*

Oke dah-dah la merepek Cik Putri oiii! banyak lagi nak post ni. Hahahaha. Oke, after this entry, saya akan cuba masukkan gambar-gambar sepanjang sukan ni berlangsung oke? Lets go bebeh!


p/s: eh encik PD, awak sekarang banyak loyar buruk ek. takpe2 ada hari wa balas balik.! hahaha..

Wednesday 8 June 2011

All we do is a mirror of us in the future. Serves me right coz at last i was stumbled on the platform that i built by myself....=(

Saya sangat sedih. Ye sedih. Terima kasih usahaku. Kau telah beri aku kesedaran yang amat-amat-amat tinggi nilainya... membuat aku tersungkur terduduk terkelu seketika..

Oh Tuhan, lipat gandakanlah kesabaran dan ketabahan aku dalam mengharungi kegagalan ini.. Ya Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatan itu.. Ya Allah, ampuni aku dengan setiap perkara lagha yang ku lakukan...

Sesungguhnya Kau lebih Mengetahui dan lebih Memahami perasaan ku tika ini..


(Hawaii VS Hawauu) Five-O

Assalamualaikum.. I thought maybe readers semua pelik ngan tajuk dia kan? hahaha. Actually, ceritanya begini... after attend my bro wedding day.. petang tu jugak kami balik sebab dengar-dengar mama kerja lak.. and plus takut tak dan nak kemas umah untuk persandingan sebelah lelaki pulak.. so pendek cerita, aku-achik-laily-ayen naik kereta kawan angah.. kereta dia ni special sikit sebab dalam kereta dia ada aksesori walkie talkie yang macam dalam citer polis tu, siren polis, lampu liplap-liplap polis tu.. mungkin kereta dia diberi kebenaran untuk memasang aksesori-aksesori yang aku sebutkan tadi.. nak dijadikan cerita, masa kami on the way tu, aku call ayah guna fon achik sebab fon aku abih kredit.. ayah cakap jalan ke Seremban, sesak yang amat-amat-amat teruk.. so ayah cadangkan kat kawan angah tu untuk ikut jalan Senawang.. tapi kat sana pun sesak jugak.. agak teruk tapi taklah teruk mana.. so dengan kuasa veto dan kebenaran yang diberi kepada dia, dia pun menghidupkan lampu, siren, dan walkie talkie berkenaan.. aku dan adik-adik semua kecut.. rasa macam pesalah pun ada.. mana taknya abih semua celah antara kereta dia ngan kereta-kereta lain kat senawang tu dimasuknya.. biasalah..kita sebagai pemandu, perlu mengutamakan kenderaan-kenderaan polis, tentera, bomba, rela, ambulans kan? macam tu jugaklah berlaku malam tu.. memang kecut.. kereta pak uda yang parent aku naik pun sampai lagi lambat dari kitorg.. bukan sebab orang tua yang bawak tapi sebab jem... hahaha memang kelakar... dah la memang lengkap 5 orang : -ayen-daus-aku-achik-laily-...memang cukup la untuk jadi anggota Hawaii Five-O kan? tapi sebab kita duk malaysia, so versinya jadi lain iaitu Hawauu Five-O..hahahaha..

PD 2107

29/05/2011 - Bersanding (JB)

Assalamualaikum... hari yang amat letih sebab gosok baju adik2, tido pun cukup-cukup je & lagi 1, aku & achik tido atas lantai...betapa sakitnya belakang bila bangun esok paginya.. So today hari yang amat meletih dan menyerabut sebab siapkan semua dalam masa tak sampai sehari.. So tataplah gambo-gambo dibawah ye... huhuhu....







p/s: Gudbye JB! next time insyaAllah akan ke sana lagi! Hawai Five-O memulakan perjalanan!

28/05/2011 - Malam Berinai (JB)

Assalamualaikum.. So, amacam? puas tengok gambar angah nikah? post kali ni berkenaan ngan malam berinai plak.. for your information, malam berinai ni merupakan satu majlis keramaian yang dilaksanakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu / Mamak atau jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing. Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. 


Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui. Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa. 


Bagi masyarakat keturunan Jawa pula, paluan gendang besar menambah meriah sesebuah majlis Berinai Besar. Diiringi lagu-lagu dalam bahasa klasik Jawa yang dinyanyikan oleh orang-orang tua. Di sesetengah tempat, joget lambak turut diadakan bagi menambah meriah sesebuah majlis. Ada juga yang menyediakan kumpulan kugiran menjadi penyeri majlis pada malam tersebut sambil pasangan pengantin bergambar dengan pakaian tradisional pilihan. Kemeriahan seperti ini dapat mengubat kepenatan para tetamu yang sedang bertungkus lumus menyediakan persiapan juadah untuk majlis persandingan pada keesokan harinya.Klik sini untuk maklumat lanjut. So, sila tatapi gambar-gambar yang sempat disnapkan......


rindu si kecik ni..

model family aku..

budak kompang + nasyid dalam family aku..

kamal..daus..ayen

mereka amat chantek kan?

merah menyala oh jantungku!

senyuman colgate...

kakak..achik
So amacam? meriah x? untuk malam, tang pengantin meriah la.. tang yang datang, tukang makan jer..ngeh3

28/05/2011 - Nikah (JB)

Assalamualaikum buat semua pembaca yang setia... Maaf lama tak update sebab bahan takde. Eh3 macam buat assignment lak. Tapi itulah kehidupan sebagai seorang pelajar. Time cuti nak buat assignment. Tapi study, assignment pun pandang sebelah mata jer. So, tonite i wanna update about my bro wedding day which is Raja Mohd Norfahmie and Marisa Ilyani at Johor Bharu. Dengan sekali lafaz bercampur peluh-peluh membasahi dahi dan juga badan, dengan gurauan dan teguran dari tok kadi dan pak-pak sedara, akhirnya Kak Marisa sah menjadi tanggungjawab Angah untuk selama-lamanya. InsyaAllah.. kat bawah ni gambar-gambar yang sempat disnap dengan menggunakan henpon kamera aku yang hanya 3.2MP jer.. jadilah daripada takde langsung kan? huhuhu.... So lihatlah wajah-wajah suspend + lega angah sewaktu majlis nikahnya...

sweet niece and sis in law..

my new sis in law..

senyum dlm ketaq!

woman in my life..

selamat pengantin baru angah n kak marisa!
p/s: semoga kalian dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah yang dapat mendoakan kalian nanti...insyaAllah..once again: Selamat Pengantin Baru Angah & Kak Marisa. I'm happy for both of u!