Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Monday, 31 October 2011

Takde Tajuk. Buang Masa Sahaja. =p

Assalamualaikum Mr. 2nd Diaries! Lama giler siot aku tak hapdet ini blog.. Sibuk la derr..ngan esaimen berlambak..ni sume gara-gara pegi Varsity Boat aritu.. sume kerja jadi terbengkalai...and start after game kayak aritu, aku memang tak cukup tido langsung. sebab pas game, exam sana sini.. kuiz sinun sinan. hahaha ayat baru. power x? oke x. huhuhu. oke lah. nak cerita apa ek? mood aku kadang-kadang hepi kadang-kadang tak.. duit plak makin tak cukup. gara-gara amik lesen + tak reti berbelanja. mama sendiri bagitau aku ni jenis boros. adoy, kat perlis ni nak boros? boros kat topup bleh la. tapi ntah la. sekarang dah berubah. ada orang suruh aku tukar dari maxis ke celcom. aku malas. hahaha. banyak-banyak henpon or nombor buat apa? henpon yang dolu-dolu pun elok lagi cuma kena format. lebih tepat lagi dia memang mintak beli baru. hahahahaa.

oke peristiwa kat varsity tak banyak. paling tepat, kitorang kalah. kalah yang memang kalah. entah, aku tak faham. ada salah sorang mamat ni memang menyinga la pada pendapat aku. masa training dia memang lembik. aku ingat kenapa la. pastu dia ada gitau aku yang dia bukannya nak sangat masuk game. tapi sebab nak jalan-jalan g putrajaya. umo dah 22. tapi pemikiran still budak-budak. budak-budak pun tau pikir. serius la. kalo sem-sem depan punya game, if dia masuk aku taknak masuk. g mampus la nak jadi ape. i hate him. pastu cakap lengan dia sakit. mungkin tisu terkoyak. time training, nak kayuh lembik. tapi kat putrajaya,masa training, laju giler dia kayuh. sebab? ada ramai perempuan-perempuan kat putrajaya tu.. means aweks universiti lain la. macam taik tak perangai dia? yes. memang mintak dikaki-kaki.

oke subjek pulak? setakat ni hanya subjek autocad je aku tak dapat nak catch up. arghhhh!!! tension kot bila masuk bab 3D. Aku time tu faham. bila nak buat kat umah aku jadi blur. ngan lecturer plak? arggghh ada la sorang lecture ni. sem ni most of subject taken, dia ajar. oke la lagi. tapi entah la. bila ada tak kena ngan cara mengajarnya aku terus teringat lecturer-lecturer poly. lecturer-lecturer poly best. bila kita jumpa personal, dia memang ajar macam kita ni anak dia. memang penuh ilmu di dada. memang bersemangat. so no wonder la pointer aku kat poly sentiasa naik sebab bantuan lecturer-lecturer begini lah buat aku semangat nak belajar. dekat sini aku takde mak angkat taraf lecturer. dulu kat poly, best giler. hahaha. 
*memang best kan bila dapat compare kan orang? dasar tak reti bersyukur. Astaghfirullahalazim..*

oke kawan-kawan plak? so far semua oke. kalau ada yang messy pun lantak lah. aku ikut cakap mama. biarkan. pikir depa ni memang semak. hahaha. best kan ayat mama? mama the best. mama the only in my heart. nobody can replace her. huhuhu...Oke-oke. chow lu. nak tido awal. esok test autocad. doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan?? luv uols. assalamualaikum/..

p/s: dengar lagu syahdu dari sinar fm. hak hak hak!!!!! 

Sunday, 2 October 2011

siapa mereka??

Assalamualaikum. hai stalker & reader semua! haha. menarik kan statement wa? takde hal la beb! wa memang camni. ngeh3.. oke slot arini sebenarnya takde ape2. sambil menunggu team kayak jemput putri, putri lakarkan penulisan ni. oke siapa mereka?

Mereka adalah orang-orang yang pernah putri cerita dalam blog ni. mean orang-orang yang mungkin buat korang pikir putri ni playgirl ke? cakap single.. *sigh jap!*

oke, first of all dia ni Encik PD. Siapa dia? dia ni kawan angah putri. selalu datang umah putri lepak-ING ngan angah & his frens. Putri suka kat dia. hahaha. suka je. takder makna wa teringin gila babeng ngan dia. sebab dia suka orang lain & punyai azam untuk memiliki orang tu. so, wa pasrah jelah beb! hahaha. takde hal la. ramai lagi laki single nak kan wa. *sedapkan hati je! kekekeke*

secondly Bambam. Siapa dia? dia ni ex putri. dah lama tak keep in touch ngan dia and perasan or x dah lama putri tak post pasal dia? sebab dah takde benda nak citer. even masih ada sayang pun ia tetap dalam condition yang sama. over is over. nothing can change it except Allah willing. Rite? so, rasanya takyah citer lebih-lebih la. kang timbul syahdu sedih lak! ahaks!

third, Fahrin Ahmad. Siapa dia? dia ni laki yang menjadi idaman putri. hahaha. korang kenal kan laki ensem ni? hahaha. minat je. kalo jodoh alhamdulillah, kalo tak pun, tak kisah. heheheee