Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh for all my readers, stalkers and especially for my only FRIEND in this world, Mr. 2nd Diaries..
*****
16 mei yang lepas, telah berlepaslah kelas aku iaitu 2nd year of Biosystems Engineering ke Putrajaya. Actually, ini lawatan under subject Hydrology and Water Resources yang diambil semester nih. Tapi aku and 7 student ex-diploma dah ambik masa sem 2.. so disebabkan atas nama 1 kelas, so kena + wajib untuk join sekali. So kitorang bertolak dalam kul 6pm dari Wang Ulu.. Ceh! dalam tentatif cakap kul 5 nak blah, tapi alih-alih kul 6 gak.. tau tak barang aku banyak. Mujur ade si chinese's twin tolong angkatkan sikit.. nak harapkan bebudak umah yang lain? aishh nak mintak tolong pun payah. Siap nak ade upah lagi.. huhuhu. so dipendekkan citer, kul 2 a.m jugak sampai.. cadangnya nak suruh mama ayah amik kotak buku tu kat putrajaya, tapi tau jelah orang tua... mana nak nampak memalam buta.. oke disebabkan itu, aku mintak tolong kawan aku merangkap kawan angah iaitu encik Firdaus JPAM untuk tolong amik barang-barang aku. Eh jap! nak tau ape benda yang buat aku risau sangat malam tu? storage box aku ilang.. serius aku letak paling awal dalam bonet bas, tapi camno boleh ilang? abih semua orang jadi suspek aku. aku dah macam pegawai polis duk siasat mana box aku tu.. sampai mandi pun macam tak rasa mandi sebab kepala duk ligat pikir mana box tu...
*****
17mei yang lepas, telah berlepaslah kami-kami ini ke MARDI Serdang. Ok, tentatif untuk hari ni ialah seharian dari pagi ke petang di MARDI. oke first of all, pasal masa, aku memang tak puas hati. konon-konon si ketua cakap kul 7 mesti dah ada kat bas. tapi aku, kak qis, fara, dayah, ain, ecah dah terpacak berpeluh-peluh depan bas, sorang pun takde. ape kehenye tu? haaa. pastu bergerak g cafe, tengok ramai bebenor group chinese + ex-matric g cafe, nak makan la konon.. laki pun tak turun lagi, so kita makan dulu, kul 8 baru bertolak. Tapi mulut-mulut cimpanzi memekak. Sape yang lambat ek? huhuhu. next trip, biar kitorang conquer. kau tengok macamana keje orang perempuan + matang. jangan pandai nak condemn je!
Oke berbalik pada cerita MARDI, 1st of all, p kat unit mekanisasi dan automasi. kat pusat ni depa explain pasal mardi, pasal unit ni and apa projek-projek yang depa dah + tengah buat. so, banyak la persoalan-persoalannya dan seperti biasa, aku bercadang untuk buat latihan industri kat mardi sebab banyak alatan + pengetahuan untuk aku kutip even LI nanti 3 bulan jer. Huhuhu encik tu ensem. Hahahaha. Tapi dah kawin, reject teros. hahaha. Lepas minum pagi around 10am, ada ceramah lagi pasal unit ni dan benda-benda yang kitorang boleh belajar yang takde dalam syllabus biosistem. meaning, kitorang tak belajar pasal nak bajak macamana, nak tanam macamana, nak design mesin tu macamana sebab kitorang belajar pasal air, tanah, kitaran hidrologi, dan sistem-sistem pertanian BUKAN sistem-sistem mekanikal yang melibatkan pertanian. hope korang paham ape aku cuba cakap. after slot 2 tu, kitorang dibawa ke bengkel-bengkel mekanisasi yang mana menempatkan pelbagai alatan pertanian macam bajak, traktor, alat kupas buah kelapa, alat itu ini.. macam-macamlah! hehehe tapi semestinya yang design and create tu memang otak dia bergeliga. aku sendiri pun tak dapat nak pikir sejauh yang depa pikir.. huhuhu.
Oke, after lunch + solat Zohor, kitorang dibawa ke ladang-ladang. 1st kat ladang yang menempatkan greenhouse-greenhouse yang telah diadaptasi, direkabentuk oleh lecturer-lecturer aku yang ex-staf Mardi. Besar giler. ada 2 orang Fasilitator, dia bagitau greenhouse ni ada macam-macam jenis. sekarang depa tengah buat research untuk tanaman cili dalam greenhouse. nak masuk dalam research greenhouse ni kemain cerewetnya. tak pernah aku masuk greenhouse kena bukak kasut + tak boleh sentuh everything. Ok takpe, kita kena faham kenapa dia buat rules macam tu.. 1st, sebab kena bukak kasut ialah, mungkin apa yang kita pijak tu mengandungi parasit-parasit yang halus giler dimana kebarangkalian untuk masuk ke dalam medium tanaman adalah tinggi. So, logik tak? for me, it is logic. 2nd, sebab tak boleh sentuh everything ialah mungkin dari tangan kita mengandungi bakteria yang bisa untuk merosakkan tanaman. kita tak tau sebab bakteria ni banyak jenis dan FYI, ianya sangat halus, hanya dengan microscope je boleh nampak that kind of bacteria. so agak bagus tak? for me, it is truly deeply good. FYI again, nak masuk greenhouse ni selain dari kena bukak kasut + takleh sentuh apa-apa, masuk tempat bukak kasut tu pun ada kipas. Untuk apa? yela, mana kita tau,kita kat luar, tak tau bakteria celah mana yang melekat kat baju kita, so dengan adanya kipas angin ni, dia akan menerbangkan semula bakteria-bakteria pemusnah itu keluar dari pintu greenhouse.. so amacam? hehe. kat sini jugak aku dapat tau orang yang duk jaga pokok-pokok ni jumlah pendapatan bersih dia untuk sebulan adalah RM 25K. So kau bayangkan, yang jaga greenhouse sebesar ni sorang je dan dia mampu raih 25K in 1 month. So sape kata farmer takleh kaya? that is y i'm taking agriculture coz i luv to hear + to earn my own money in my own efforts. 2nd kat ladang buah-buahan. Best, luas. Pastu disaji pulak dengan buah-buahan fresh. Perghhhhh! jilat jari beb!
ade bran? haha. kat mardi, aku makan banyak. rosak diet. sebab makanan dia sedap-sedap. free lak tu. so aku bedal jelah. hahahahahaha. Aku nak LI kat MARDI. This is my 1st choice. #note#
malamnya pulak, ke I-City Shah Alam.. oke sini bila tengok pokok-pokok bercahaya, for me dia biasa jer. orang lain aku tak tau ape pandangan kome. tapi pada aku ianya terlalu biasa. cuma jumlah pokoknya banyak berbanding pokok kat negeri-negeri lain. Ada, cuma tak banyak. Kat sini aku rasa rimas sebab kena ikut bontot orang.. budak tu nak aku jaga hati dia, tapi komplen MasyaAllah! sabar jelah. Letih aje yang dapat, seronok haram jadah ade. Naik giant wheel, alahai.... macam !@##$$% jer. korang faham jelah kan? haa... membazir rm10 aku.. rm10 boleh beli makan tau?? tapi sebab siangnya dah terlalu banyak aku makan, so malamnya aku cadang taknak makan, nak rehat perut.. cadangnya nak masuk snow walk, tapi duit ciput, takde. so ingat nak menikmati suasana cahaya-cahaya malam kat I-City nih.. datang sorang budak nih, anggap aku kakak, so kena la bertolak ansur dan bertimbang rasa.. ni tak, pentingkan diri sendiri. oke, thats was my fault coz i'm too difficult to said "NO"... but keep saying,"OKE, TAKPE, I TAK KISAH"... macam hape jer... last-last aku yang penat... adoyai.. balik apartment, letih gila.. terus tertido..
*****
18mei yang lepas. paginya ke JPS or Jabatan Pengairan dan Saliran. HQ dia terletak di jalan ampang, KL. disebabkan kelewatan lagi, so terpaksa meredah jem. cam biasa, si Ketua nak berlagak, marah-marah orang, tapi dia and his gang lambat, takpe plak? huh! oke. done with them, now continue with the story. so dekat sini dia briefing serba sedikit. apa yang dapat aku rumuskan dekat sini, kitorang dapat tau macamana banjir tu depa detect. macamana kadar air hujan tu depa estimate. yela, kitorang kat UniMAP belajar dalam kelas je, tidak dipraktikkan secara terus menerus. So, dengan adanya pengetahuan ini, maka aku rasa berbesar hati untuk p LI kat sini. huhuhu. after minum petang, kitorang dibahagi pada 2 group. so aku dalam 1st group, p la kat site, tengok segala macam alat-alat pengukur air dan hujan. perghhh inovatif giler! berteknologi tinggi! sebab ape, after g site ni, kitorang masuk dalam bilik gerakan yang mana dalam bilik ni terletaknya segala sistem- map+kamera rakaman yang menempatkan kawasan-kawasan diseluruh lembah kelang terutama di kawasan sungai.. ada kawasan sungai dia tunjuk, aku agak itu sungai gombak. terus teringat adnin. tapi adnin ada teringat aku? wallahuallam. bilik gerakan ni sangat berteknologi sebab skrin dia besar, panjang dan boleh menempatkan segala aktiviti dari 10 komputer yang berlainan data. kau bayangkan betapa canggihnya skrin itu? hahahaa. Oke, this JPS will be my 2nd choice for chosen places for LI. hehehe. #note#
petangnye pulak, ke FRIM or Forestry Research Institute of Malaysia.. dah la bas mai lambat nak fetch kitorang kat JPS, nak cari benda nak lunch pulak. disebabkan itu jugak, kitorang lambat sampai ke JPS. janji kul 2.30, sampai sana kul 3.30.. kau bayangkan?? haa. lambat giler. tolak lunch dulu, briefing sume. kul 4 lebih baru start jungle tracking. tapi serius, pegi jungle tracking tu, diberitahu pulak dengan info-info pasal semua pokok, so membuatkan aku lebih mencintai alam sekitar. dekat situ jugak aku dapat info yang mana ada fenomena "Crown Shyness" pokok Kapur atau daun pokok tak bersentuhan yang 1st and only at FRIM. hanya boleh didapati di FRIM sahaja. Hebatkan? ye, memang hebat ciptaan Allah S.W.T.. Mencipta manusia yang cintakan alam sekitar. Oke FRIM will be my 3rd Choice untuk LI. #note#
|
this is what we called "Crown Shyness" pokok kapur |
malamnya ada BBQ khas dari Prof Dr Mahammud iaitu lecturer subject hidrologi nih.. sedap.. tapi kitorang dah terlewat, sampai sana pun dah 8 lebih.. tak mandi pun.. basuh-basuh muka, bakar-bakar ayam, makan sama-sama. pelik, budak tu macam taknak lepaskan aku.. arghhh! stress gila.. tapi sebab makan jer, oke fine.. aku pulak tak tau kenapa terlebih peramah. hahahah. sampai anak ngan menantu prof pun dah tertukar aku buat.. malu giler! hahaha. tapi anak dia tu macam muka 1 of my Fb's fren named Fayruzz. hurm biarlah.. bukan dia, sebab fayruzz now kat borneo.. mana mungkin dia ada kat semenanjung.. so sementelah kul 9.30, abih la program BBQ nih yang diakhiri dengan nyanyian oleh bufday girl, Rohani.. hehehe sedap suara dia.. sampai apartment, aku lepak-lepak jap.. call mama ayah untuk ensure boleh balik or tak, tapi depa taknak amik.. sedih woo... uhuhhuu... so duk apartment, lepak-lepak kat katil konon nak baring jer, terus tertido sampai pagi dengan baju bau asap bbq.. hahaha.
*****
19mei yang semalam. huhu! hari yang amat-amat mencabar.. check out dari apartment kul 9.30.. blah dari putrajaya kul 9.45.. sampai KLCC kul 11 @ 12 lebih.. aku tak sure.. pastu kena jalan cepat g pusat konvensyen yang ada I-Tex menempatkan student UniMAP present and bertanding projek-projek depa.. kitorang dapat gold tapi gold untuk ape taktau sebab banyak orang dapat gold.. untuk kategori ape tah.. sekali lagi aku terpaksa ikut bontot budak tu.. aiyaaa!! memang dia ni suka mencabar keimanan aku kot. adoyai! sepanjang dalam i-Tex, aku cakap dia langsung taknak dengar.. pastu aku cakap, before g makan, aku nak solat dulu. dia yang hindu, dia leh plak cakap kalau aku g solat, dia tinggal sorang-sorang, dia nak shopping tapi aku taknak shopping.. dah aku takde duit, takkan nak shopping jugak.. bila cakap banyak kali, taknak dengar.. takut sangat tinggal sorang-sorang.. relax jer sudah. hormat la sikit waktu solat aku even kau bukan islam.. aiyoo! last-last dia call classmate yang lain agama, tanya kat mana, then aku hantar dia kat kinokuniya tempat classmate tu ada pastu aku tinggalkan dia.. masa on the way nak g kinokuniya tu, ya ampun, sape ikut sape sebenarnya.. dia nak aku yang jaga dia, pimpin dia sebab dia tak biasa dengan kawasan tu. hello?? be matured la.. kau nak ikut aku, kau kena follow aku, bukan aku follow kau. oke fine, kata-kata itu hanya tersemat dalam hati, aku malas nak bertekak kat tempat aku sendiri even aku jarang-jarang g KLCC tu. lepas tinggalkan dia, aku blah, cari haluan aku sendiri which is ke surau before g makan. sorang-sorang aku cari surau sebabnya aku lupa sebab dah lama takgi.. mujur mulut ni ringan nak tanya orang, kalau tak, sampai ke sudah tak jumpa surau.. after that g food court makan sorang-sorang, ikut bontot aku sendiri.. bebas giler. tapi before that, terserempak dengan budak tu, konon nak tunggu aku sekali makan, ni bila terjumpa siap makan dah, siap ada air take away kat tangan lagi. so now, who r selfish? macam haram. then pas boring giler jalan sorang-sorang, aku g tasik belakang klcc. tengok gelagat orang sambil baca buku cerpen tarbiah, MATAHARI... berkenalan dengan orang-orang yang baru jumpa, terserempak dengan pemuzik jalanan.. budak muzik tu tak lekang senyuman dia.. bagus-bagus..
dijanjikan kul 3 berkumpul semula tapi Fatin selaku exco aktiviti cakap bus tengah repair dan mungkin lewat untuk dia sampai klcc.. nak tau apa rosak kat bas tu? aircond dia tak berfungsi. dan kitorang ada 2 options di mana 1st kitorang naik je bas tu balik perlis selama 8jam tanpa aircond @ 2nd kitorang naik bas express tapi belanja sendiri tanpa claim apa-apa. Aku cuba call and discuss ngan mama.. sampai hampir bertegang uratlah.. sebab emosi aku pun dibawa sekali dalam discussion tu.. ayah suruh balik kajang.. arghhh dah la jauh klcc ngan kajang.. naik tren, ohhh tak sanggup aku nak redah jalan panjang nak ke tren tu... penat sangat-sangat.. ayah offer nak hantar balik, tapi aku tolak sebab 1st- aku penat sangat-sangat, taknak redah tren.. 2nd- taknak susahkan ayah even mama mereka cerita dimana dan-dan tu jugak ada urusan kat ipoh.. alahai! hahaha. mama, nak tipu, bukan ngan alang mama.. hehe.. btw, "Mama, Ayah, alang mintak maaf sebab terkasar bahasa. Alang keliru + runsing + serabut ngan masalah ni..Ampunkan alang."
lastly we're decide untuk naik je bas biarpun kena redah kepanasan selama 8jam tanpa aircond.. 1st, berhenti kat rawang, sebab ain tak larat sangat, pening katanya, dia suruh sepupu dia ambik.. kedua, sebab shahida ada athma. memang tak larat, aku tengok pun dah berjurai-jurai air mata dia.. so dia suruh abang dia mai ambik.. lepak situ, aku basuh muka bagi ilang panas.. then dalam kul 11 lebih, benti kat RnR Sg Perak.. whoaaaa! pegi toilet, tanggal tudung, basahkan rambut+muka+leher.. pening sangat-sangat... tak cukup oksigen kan.. haa kau bayangkan kitorang survive without oxygen in about 6-8hours journey to Perlis.. sampai hostel kul 2.30am. balik hostel, kemas barang, mandi then sampai now aku tak dapat tido.. aiyoo!
Ini merupakan pengalaman paling mencabar yang takleh aku lupakan sepanjang idup aku.. sejak bergelar mahasiswi UniMAP, ini pertama kali berlaku dalam idup aku.. dan memang takkan aku lupakan memori ni even dah grad nanti... uwaa!!
*****
oke abih dah story untuk lawatan 3hari 2 malam + 1 malam mencabar aku dan kawan-kawan sekelas. InsyaAllah ada cerita-cerita menarik, akan dikongsi bersama. InsyaAllah. Then bye everybody! Assalamualaikum. =)