Assalamualaikum.. Selamat ptg warga blogger, reader dan yang terutama para stalker sekalian! hahaha. aku tau kau dan kau dan kau, eh kau jugak suka stalker blog aku. takpelah. at least boleh tau apa yang tersirat dalam hati aku kan. sebab aku ni pendiam. sebab cuba jaga hati orang, tapi hati aku berduka. ada kau amik tau? sikit pun x. aku sedar tu. aku memang sedar sangat-sangat. by the way, hari ni hari aku agak suram sebab tension tak dapat jawab soalan ethnic relation tadi gara-gara tak baca buku + tido sebab menangis malam tadi.. kau tau sebab apa aku nangis? sebab cinta. cinta yang diberi harapan, pastu kau tinggalkan aku terkapai-kapai dengan akuan yang kau sebenarnya dah ada pilihan hati.. u know the word of BullShit? yeah, bullshit means u. hahaha. sebab apa kau ku pilih sebagai bullshit? sebab kau mem-bullshit-kan perasaan aku semalam.. sangat kurang ajar tindakan kau. dan oleh kerana kekurangan ajar itu, kau ku gelar "The Bullshit Man"...sesuai tak? hahaha..
Aku rasa aku dah macam kelawar. Tido siang sampai ke malam. Pastu bila bangun pagi-pagi aku study. study ker? hahaha study sambil berFB dan mendengar lagu..tapi serius..malam tadi tangisan ku tak dapat dibendung, aku masuk bilik, aku nangis sepuas-puasnya.. pasal jantan, aku nangis? sangat pondan. tapi itulah aku. mudah terpedaya dengan cinta. cinta manusia ni sebenarnya bodoh kan? itu kalau jumpa ngan couple yang tak guna akai la. hahaha.. tapi aku jenis tak suka orang yang suka buat orang lain mengharap. sebab apa yang kau buat tu sangat mengguris perasaan orang lain dan sangat menyingakan bagi aku. kalau aku dapat, memang kau ku hentak..pernah kena hentak? try la buat hal dengan aku. kalau jauh, aku mungkin tahan marah dalam hati and aku mungkin akan nangis.. tapi kalau dekat, memang kau mintak kaki je kalau berperangai macam tu.. itu kalau pada lelaki lah. kalau pada perempuan, aku sound direct atau buat muka..sebab kesian ngan perempuan ni. halus sangat. kang hentak, dah nangis. macam aku. hahahaa.
So now nak single ke? mungkin single. tapi kalau nak berteman tapi mesra pun boleh. kau nak lebih-lebih, dapat backhand dari aku. hahahaa. buat masa ni berkawan boleh la. tapi untuk bercouple/berkahwin..mungkin amik masa. sebab aku pernah kecewa. dan aku takkan benarkan hati aku dilukai lagi oleh lelaki-lelaki BULLSHIT. hahaha. macam best je perkataan tu kan? best pada aku. kome jangan guna. sangat kurang sopan. aku guna bila aku betul-betul marah jer. hahahaa. aku letih nak menangis. letih nak main hati. penat tau. kau apa tau? tau nak nyakitkan hati jer.
okelah korang-korang sekalian. aku dah penat nak taip. jap-jap lagi aku cari idea nak citer perihal lelaki-lelaki durjana yang pernah aku kenal k? Assalamualaikum..
p/s: rindu sangat dengan kak su. bila mau jumpa nih!!!!!
p/s: rindu sangat dengan kak su. bila mau jumpa nih!!!!!
No comments:
Post a Comment