Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ
Showing posts with label perubahan. Show all posts
Showing posts with label perubahan. Show all posts

Saturday, 26 May 2012

Seronok VS Malu

Assalamualaikum semua.. This post could be the shortest or might be the longest. hehe.. First of all, tengok statement sahabat FB saya kat bawah ni.. *eh kejap guna saya kejap guna aku. hahaha, ikut mood okay!* huhuhu.. 

"bangga pernah meniduri ramai wanita? haiwan juga begitu, suka bertukar-tukar pasangan.
bangga kerana direbut ramai lelaki dan mempunyai ramai teman lelaki? barang murah, selalunya begitu." (via syahirul.com, 2012)

so whats my response? terkesima sekejap. ye, aku terkesima sekejap. kenapa? sebab aku rasa macam diri aku seperti statement yang no 2.. "why? i tot u're very kind person!".. suara-suara itu mungkin berkumandang.. kenapa dan mengapa aku mengatakan sedemikian? sebab aku mempunyai ramaiiiiiii kawan lelaki.. kawan oke. kawan. direbut ramai lelaki? ya, pernah. tapi suami orang, balak orang, tunang orang. bukan aku nak. bukan aku paksa. tapi entah, lain orang lain perspektifnya. begitu juga lelaki-lelaki yang pandang aku dan tersuka dekat aku. mungkin aku peramah. mungkin juga aku inginkan perhatian. tapi insyaAllah, aku try slow-slow untuk berubah. yelah, sampai bila nak macam tu? sampai kawin? untunglah kalau ada lelaki sanggup tengok bini dia bersuka ria bergelak ketawa bergurau senda dengan kawan-kawan lelaki.. FYI, wahai LELAKI! jika anda membiarkan isteri-isteri/ anak-anak/ saudara anda bergaul bebas dengan lelaki-lelaki bukan ajnabi, anda dikira DAYUS dan DAYUS itu salah satu langkah ke NERAKA! so sanggupkah aku nak lempar ayah, abang-abang dan adik-adik lelaki aku ke dalam neraka? OF COS NOT! apa kejenis anaklah aku ni sanggup lempar orang yang aku sayang dalam lautan api yang confirm-confirm panas menggelegak tu kan? 

thats why i mean to CHANGE! orang boleh cakap apa sahaja, aku dengar, aku sakit hati, tapi aku cuba pekakkan telinga. sebab? aku dah nekad nak berubah. "eh perempuan, kenapa baru sekarang kau nak berubah? nak berlagak jadi alim? macam kau baik sangat."... ye, sebab aku tak baik, aku nak berubah jadi baik. Alhamdulillah, ada teman-teman sudi membimbing, menegur mana salah silap aku. Aku jugak sekarang mula belajar nak rajin-rajin g usrah. 1st, ke usrah di Masjid Alwi setiap rabu lepas asar. Even jauh, tapi aku rasa seronok.. 

mama pulak pernah pesan, "mana pegi maruah alang bila asik menepek kat rumah keluarga si boifren, tapi si boifren tak pernah nak menepek even jumpa sekejap dengan mama ayah? alang aje yang tunjuk kesungguhan, dia takde pun. siapa lelaki siapa perempuan sekarang? jangan sampai jatuh maruah kita sebagai perempuan lang!"... kata-kata itu masih terngiang-ngiang di cuping telingaku...sungguh, aku tak sangka mama yang keluarkan statement macam tu dekat aku.. mama, i'm sorry coz everyday i'm hurting u.. 

adik pulak pernah mention, "alang, aku kan sebenarnya nak cakap.. kau ni role model aku. tapi bila kau asik terluka, dipermainkan, dikecewakan, aku macam takut nak bercinta dan dicintai. aku takut jadi macam kau. berubahlah lang. berubah."....masih dan terpahat lagi ayat tu masa kami on the way balik kajang naik kereta ayah dari penang. 

so, benda-benda ni masih lagi aku ingat dan takkan aku lupa sampai bila-bila.. Yelah, orang tersayang bagi teguran.. memang terguris tapi cuba fikir sejenak.. betul atau tak? pada aku, ianya betul belaka.. sebab depa takkan tegur macam tu kalau depa tak sayang kat aku.. am i right? hurmmmm

So, aku slow-slow untuk berubah, berubah kerana Allah S.W.T. itu yang aku harapkan.. orang boleh cakap apa sahaja, tapi aku ada mama, ada ayah, ada adik beradik, ada teman-teman yang sudi menegur dan menasihati aku. aku tak perlukan cakap-cakap belakang. sebab bagi aku cakap-cakap belakang tu yang boleh buat aku jadi rapuh. Nyah kau kata-kata sindiran! 

Doakan saya, insyaALLAH, saya juga akan doakan anda semua. Luv uols, Luv Allah dan Rasulullah, Luv My Family, Luv my Sahabat. Mari menjadi hamba Allah!


p/s1: Kan aku dah cakap, confirm panjang punya. Doakan aku nescaya aku juga akan doakan kalian!

p/s2: niqab. insyaAllah. next entry. =)