Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Wednesday, 16 November 2011

Petua dan Doa semasa Belajar....


Assalamualaikum readers & bloggers tegar!! 

Oke-oke nak tau apa aku rasa sekarang? SANGAT MALAS! hahahaa. sebab tulang belakang aku sakit. Dunno why its getting hurt and hurt. Apa-apa pun kena kuat semangat. Final exam ada lagi sebulan lebih, test 2 bakal menanti seminggu lebih je lagi. Dan paling utama? assignment dan presentation bakal bertubi-tubi menghempap otak. Oke-oke, lecturer-lecturer aku nak bagi kitorang latih tubi. Sebab teori dalam kelas mungkin tak berapa clear so dengan adanya latihan, teori tu boleh dipraktikkan.. 

Kat sini aku nak story beberapa petua dan doa untuk belajar. Yelah, aku student, dan korang yang readers, bloggers and stalkers ni mesti di kalangan student jugak kan? so, jom try check it out, and JOM PRAKTIK skali oke! 

SEBELUM BELAJAR 
1) Berdoa.
2) Tarik nafas: Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak. Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.
3) Cara duduk: Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik
4) Tentukan tajuk: Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada satu masa.
5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.
6) Tentukan tempoh masa: Berapa lama hendak membaca.

SEMASA BELAJAR
1) Tunjuk dengan jariSeperti mengaji Al-Qur’an.
2) Fahamkan dan bayangkan 
  • Otak akan sentiasa aktif. Contoh: membaca mengenai HAJIDapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah. Seolah-olah berbual dengan jemaah. Menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan.
3) Selang-selikan dengan rehat: 
  • Setiap 30 minit berehat 5 minit.
  • JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio.
  • Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.


Doa Memohon Pertambahan Ilmu
.

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ


Maksudnya : “ Ya Allah berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.


Keterangan & Petua Beramal
Hati tak kusyuk --> Lalai dalam urusan dunia --> Takde kelazatan beribadah --> Doa dipanjatkan takde roh, keazaman dan kekuatan --> Jiwa penuh dengan sifat mazmumah --> Jauh dari keredhaan Allah S.W.T. ------> semua ini faktor kelalaian. Ianya saling berkait antara satu sama lain.

Menurut Ibnul Jauzi , antara taktik yang dirancang oleh iblis ialah menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam bidang tersebut. Sedangkan umat Islam tidak mendapat apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya, kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.

Sumber: Akuislam

p/s: so apa lagi? jom praktikkan! 

No comments: