Assalamualaikum Mr.2nd Diaries, readers, bloggers and Stalkers...hahaha. mesti ramai yang menyinga bila aku caps lock kan S for stalker tu kan. aku tau ramai suka stalker aku. sebab aku kan kacak. so depa nak jadi kacak, kena stalker aku. ahahahaa. *sangat perasan.*
Oke, apa yang korang faham dengan duit? duit adalah sesuatu untuk dibelanjakan samada dengan jumlah yang banyak atau tidak bergantung kepada bijaknya kita nak belanja duit tersebut. So, for me, aku tak bijak dalam belanja duit. Terutama soal makan dan topup. hahahaha. sebab aku suka topup. kredit ada lagi 2 hengget pun aku nak topup lagi. Sebab aku suka perasan yang aku ni antara terpenting dalam kelas. Hahahaha. Sebabnya apa-apa berita dari lecturer, kawan-kawan aku mesti tanya aku. Apa-apa tanya aku. So, kang tak bagi info, depa marah, pastu aku lak tak sedap hati tak bagi orang info disebabkan kredit yang ciput. kekekeke. So nak taknak memang kena topuplah kan.....
So, bila belajar degree ni, baru aku belajar macamana nak saving duit.. dan belajar bila takde duit, idup berubah jadi apa..so ini yang aku belajar..Oke, ni pengalaman aku sendiri. Aku takde duit, kepala aku serabut. Semua orang aku hambur. Semua jadi serba tak kena. So no wonder if takde duit, ada yang sanggup tikam belakang kawan, sanggup bunuh keluarga dan segala sikap mazmumah lah. Oke now aku belajar taknak marah orang tak tentu pasal, so aku lebih suka tido. Yeah! tido itu nikmat, tido itu juga meletihkan. Roomate aku pun ada pernah tegur aku, kenapa lately aku suka tido. Aku hanya mampu tersenyum dan buat lawak bodo.. Padahal dalam kepala serabut pikir mana nak cari duit.. serabut ngan sape lagi harus aku minta bantuan...sangat kesian kan? oke. aku mintak korang baca jer. Bukan nak suruh korang simpati tahap cipan kat aku. I don't need any sympathy from anybody.. Thanks!
Duit-Duit-Duit....selalu buat orang happy dan selalu jugak buat orang sentiasa dapat maki. Maki dari? dari diri sendiri la. Sebabnya tak pandai nak saving..aku selalu borak dengan adik angkat aku, Si Adnin tu. So ada ayat-ayat dia dah buat aku sedar akan pentingnya saving money nih. Setiap kali dapat PTPTN, dia saving beberapa ribu/ratus dalam akaun ASB..now duit tu dah bercambah ke 4 angka..aku? hurm faham-faham sendiri sudah.. huhuhuhu.. So, kita sebagai manusia punyai pelbagai hasrat iaitu nak kahwin, nak pergi haji/umrah, nak melancong ke beberapa negara and etc.. duit takde, hasrat terkabur.. betul tak? so, ni yang aku belajar..Aku belajar bila mama terpaksa kerja keras untuk bagi duit pada adik-adik yang masih belajar..Bagi korang yang ada sensitiviti dalam berkeluarga, korang akan tau betapa susahnya dan betapa sedihnya tengok orang yang paling kita sayang, berjuang untuk dapatkan duit untuk buat kita rasa selesa tanpa merasa susahnya nak cari duit.. ..
Duit-Duit-Duit....oke, ini perancangan member sekelas yang buat plan nak ke China, insyaAllah dalam tahun depan or final year nanti kot. Aku tak begitu sure. So aku ada lagi 3 semester untuk habiskan degree ni. In 1 semester i have around 2K in my account which is from PTPTN..So, nak pergi China, kena banyak fikir, kena teliti. Pegi sahaja dah cecah dalam RM 1500. Cuba double (pergi balik) dah 3K. Itu baru tiket flight, belum penginapan semuanya..Nak pergi, takkan pergi jer tak beli apa-apa kan? So perkara itu kadang-kadang buat aku terfikir what for PTPTN give us money if dont use it for study not for travelling? Sorry to say, benda ni aku masih dalam was-was lagi untuk pergi. Aku faham di kalangan rakan-rakanku, ada yang masih menerima duit poket dari mak ayah or sape-sape even dah dapat ptptn. But not me. Sometimes my ptptn money use for my family. So, benda ni buat aku berfikir sedalam-dalamnya untuk buat sebarang keputusan...Maafkan aku ya kawan-kawan!
The reason of Money! ..oke, ni mungkin akan dilaksanakan bila bukak cuti raya haji ni...aku mungkin akan buat kerja part time sebab duit poket dah takde.. so, if ada kawan-kawan yang terasa aku selalu mengelak dari bersama anda, maafkan aku.. aku terpaksa pentingkan diri sendiri demi duit..sebab kalau takde duit, amat sukar aku nak belanja diri sendiri..amat sukar aku nak bayar broadband dan amat sukar untuk segalanya..beri aku masa ya..Maafkan atas segala kekhilafan ku...
The reason of Money! ..oke, ni mungkin akan dilaksanakan bila bukak cuti raya haji ni...aku mungkin akan buat kerja part time sebab duit poket dah takde.. so, if ada kawan-kawan yang terasa aku selalu mengelak dari bersama anda, maafkan aku.. aku terpaksa pentingkan diri sendiri demi duit..sebab kalau takde duit, amat sukar aku nak belanja diri sendiri..amat sukar aku nak bayar broadband dan amat sukar untuk segalanya..beri aku masa ya..Maafkan atas segala kekhilafan ku...
p/s: ”Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah”
No comments:
Post a Comment