Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Wednesday 29 June 2011

MASUM 2011- Part 1

Assalamualaikum. Hai Everybody! Whoaaaaah! lama Giler saya tak hapdet entry entry yang menarik. hahaha. By the way, after last entry yang saya post tu, saya TERAMAT sibuk dengan training kayak untuk melayakkan diri memasuki sukan MASUM 2011. MASUM tu apa makcik? MASUM tu sayang, ialah Majlis Sukan Universiti Malaysia. Haa. Ini program sukan pertama yang saya attend sejak 2 semester jadi student UniMAP. Haa.. Apa yang best? takde ape yang best sebab muka + tangan + kaki kau jadi macam ayam hangit terbakar! hahaha. nak wat camno? training dari pagi sampai petang and for your information, air laut akan jadi panas bila terdedah pada matahari. bila kita rasa memang tak panas. tapi bila kita main air + time cuaca tengah hangat memukau, memang kulit kau akan legam. pakai la sunblock berlayer-layer. kalau dah nama main kayak, tak itam, tak sah. hahahaha.

Pengalaman? yeah! segala pengalaman ada. terjumpa biawak masa training kayak dalam air. Nak tau? time tu kami diberi peluang untuk cuba lawan antara pemain. huh? ape benda aku cuba bagitau ni? ala, macam kita try race sesama pemain pasukan kita lah! so time tu, saya dan Raihan jer yang mai awal. so kitorang race bersama-sama lah! then masa nak dekat sampai ke penghujung, saya dan raihan cuba pulun time yang diberi oleh coach, and at the same time saya nampak dengan jelas biawak itu sedang melintas antara kami, so saya dengan ketakutan yang ada, pulun la bagi sampai kat coach... tapi Raihan la paling kesian! dia capsize (kayak terbalik) kat tempat biawak tu melintas. saya pulun lagi sebab saya takut sangat. tapi budak-budak lelaki la, Raihan dah la tak tau berenang, dah terkapai-kapai lama, baru depa dengar coach suruh budak laki tolong dia. Kesian kan? but i'm proud of u Raihan! sebab dapat bertahan lama macam tu. Tapi kesian dia. dah la capsize, kena plak pumping sebab coach cakap, race ni kalo capsize kena denda.

Other pengalaman? pengalaman tengok atlit-atlit yang dah lama dalam sukan kayak ni. baru saya tau, sukan kayak ni ada macam-macam jenis. K- Kayak. tirus, sesuai untuk orang yang punggung bersaiz S/M dan ringan tapi bertenaga. TK- Touring Kayak. Sesuai utk punggung bersaiz S/M/L/XL dan bertenaga. Selain tu saya nak perkenalkan jugak sukan Rowing. Rowing ni beramai-ramai, tapi kalau Kayak-drive ke depan, Rowing pulak drive mengundur. Dia ada banyak kategori, ada untuk 4orang( takde conductor), 6orang dan 8 orang ( 6 & 8 ada conductor)...tapi yang pasti sukan ni memerlukan kekuatan tangan dan kaki yang kuat. Sebab tu dicipta Rowing Machine untuk sukan Rowing ni. Memang best sebab sape join Rowing ni peha dan betis mereka amatlah cantik! *tahun depan nak try sukan rowing boleh tak coach? hikhikhik...*

Lastly? Kayak double Lelaki dan Perempuan UniMAP sempat bertahan sampai semiFinal jer. takpelah mungkin kami tak cukup pengalaman + latihan. Tapi maaflah. ini teguran dari saya sebagai kakak yang paling tua dalam atlit-atlit ni ye. Buktikan dulu, baru mintak macam-macam. Sebab akak rasa masa training, semua yang diminta, semua dapat. Tapi coach nak pingat even Gangsa pun takleh nak bagi. Akak terkilan jugak tapi nak wat camne. bukan takdir kita untuk kuasai semua pingat itu. Maaflah ya. Ini teguran. Next game jangan buat macam ni lagi ye. *Peace*

Oke dah-dah la merepek Cik Putri oiii! banyak lagi nak post ni. Hahahaha. Oke, after this entry, saya akan cuba masukkan gambar-gambar sepanjang sukan ni berlangsung oke? Lets go bebeh!


p/s: eh encik PD, awak sekarang banyak loyar buruk ek. takpe2 ada hari wa balas balik.! hahaha..

No comments: