Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Sunday, 13 November 2011

Surat Buat Aku..

"Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? 

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain. Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga."
"Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!"


p/s: Ya Allah! Bimbinglah aku dalam redhaMu! Sesungguhnya aku amat khilaf untuk hidup di dunia ini..aku menyesal Ya Allah! aku jahil dalam percintaan dunia ini Ya Allah! Bantulah hambaMu ini Ya Allah! =(

Benda Paling Best Bila dah Menangis..

Assalamualaikum..Selamat Pagi warga blogger & reader semua! 

Oke this morning i wanna talk about crying. Did u know what is crying? Yeah, just like me, i am The Princess of Crying. hahaa. muka ganas tapi hati lembut. hahaha. ye, aku suka menangis. aku marah orang pun at last aku mesti menangis. sangat pondan oke! hehehee..Oke, this morning nak talk-talk apa kebaikan setelah menangis. Ada orang cakap perempuan ni suka menangis. sangat gedik. marah sikit nak nangis. terkejut sikit nak nangis. *tapi aku terkejut,aku melatah.. takde nak menangis-menangis derr..*..conclusion is "asyik-asyik nangis. bosanlah!"...itu ex-boifren aku pernah cakap la...dia cakap semak. Tapi korang tau tak apa bestnya lepas nangis ni? lets check it out!


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahim. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.


Sumber : PenPatah


p/s: tingkatkan tangisan. kurangkan ketawa. hanya untuk orang yang mendambakan kebahagiaan hakiki. *peace yaw!*

Thursday, 10 November 2011

TIAP WAKTU TERLUANG


walau dimana daku berada
senyuman mu selalu dimata
setiap ketika waktu yang terluang
wajahmu terbayang
alangkah berat lamunan ini
resah gelisah merangkum diri
inilah bebanan amat menyiksakan
bila berjauhan

kerna hidup tak pernah pasti
keraguan menghantui
dengan segala kemungkinan
tercabar keyakinan
ku disini kau disana
ku disini kau disana
entah bila bersua

semuga dikau akan mengerti
mengapa aku sering begini
tiap perpisahan satu pengalaman
paling menyakitkan

kerna hidup tak pernah pasti
keraguan menghantui
dengan segala kemungkinan
tercabar keyakinan
ku disini kau disana
ku disini kau disana
entah bila bersua

semuga dikau akan mengerti
mengapa aku sering begini
tiap perpisahan satu pengalaman
paling menyakitkan


p/s : oke. now nak bagitau, aku dah jatuh cinta. ♥-♥-

Duit oh Duit!

Assalamualaikum Mr.2nd Diaries, readers, bloggers and Stalkers...hahaha. mesti ramai yang menyinga bila aku caps lock kan S for stalker tu kan. aku tau ramai suka stalker aku. sebab aku kan kacak. so depa nak jadi kacak, kena stalker aku. ahahahaa. *sangat perasan.*


Oke, apa yang korang faham dengan duit? duit adalah sesuatu untuk dibelanjakan samada dengan jumlah yang banyak atau tidak bergantung kepada bijaknya kita nak belanja duit tersebut. So, for me, aku tak bijak dalam belanja duit. Terutama soal makan dan topup. hahahaha. sebab aku suka topup. kredit ada lagi 2 hengget pun aku nak topup lagi. Sebab aku suka perasan yang aku ni antara terpenting dalam kelas. Hahahaha. Sebabnya apa-apa berita dari lecturer, kawan-kawan aku mesti tanya aku. Apa-apa tanya aku. So, kang tak bagi info, depa marah, pastu aku lak tak sedap hati tak bagi orang info disebabkan kredit yang ciput. kekekeke. So nak taknak memang kena topuplah kan.....

So, bila belajar degree ni, baru aku belajar macamana nak saving duit.. dan belajar bila takde duit, idup berubah jadi apa..so ini yang aku belajar..Oke, ni pengalaman aku sendiri. Aku takde duit, kepala aku serabut. Semua orang aku hambur. Semua jadi serba tak kena. So no wonder if takde duit, ada yang sanggup tikam belakang kawan, sanggup bunuh keluarga dan segala sikap mazmumah lah. Oke now aku belajar taknak marah orang tak tentu pasal, so aku lebih suka tido. Yeah! tido itu nikmat, tido itu juga meletihkan. Roomate aku pun ada pernah tegur aku, kenapa lately aku suka tido. Aku hanya mampu tersenyum dan buat lawak bodo.. Padahal dalam kepala serabut pikir mana nak cari duit.. serabut ngan sape lagi harus aku minta bantuan...sangat kesian kan? oke. aku mintak korang baca jer. Bukan nak suruh korang simpati tahap cipan kat aku. I don't need any sympathy from anybody.. Thanks! 

Duit-Duit-Duit....selalu buat orang happy dan selalu jugak buat orang sentiasa dapat maki. Maki dari? dari diri sendiri la. Sebabnya tak pandai nak saving..aku selalu borak dengan adik angkat aku, Si Adnin tu. So ada ayat-ayat dia dah buat aku sedar akan pentingnya saving money nih. Setiap kali dapat PTPTN, dia saving beberapa ribu/ratus dalam akaun ASB..now duit tu dah bercambah ke 4 angka..aku? hurm faham-faham sendiri sudah.. huhuhuhu.. So, kita sebagai manusia punyai pelbagai hasrat iaitu nak kahwin, nak pergi haji/umrah, nak melancong ke beberapa negara and etc.. duit takde, hasrat terkabur.. betul tak? so, ni yang aku belajar..Aku belajar bila mama terpaksa kerja keras untuk bagi duit pada adik-adik yang masih belajar..Bagi korang yang ada sensitiviti dalam berkeluarga, korang akan tau betapa susahnya dan betapa sedihnya tengok orang yang paling kita sayang, berjuang untuk dapatkan duit untuk buat kita rasa selesa tanpa merasa susahnya nak cari duit.. ..

Duit-Duit-Duit....oke, ini perancangan member sekelas yang buat plan nak ke China, insyaAllah dalam tahun depan or final year nanti kot. Aku tak begitu sure. So aku ada lagi 3 semester untuk habiskan degree ni. In 1 semester i have around 2K in my account which is from PTPTN..So, nak pergi China, kena banyak fikir, kena teliti. Pegi sahaja dah cecah dalam RM 1500. Cuba double (pergi balik) dah 3K. Itu baru tiket flight, belum penginapan semuanya..Nak pergi, takkan pergi jer tak beli apa-apa kan? So perkara itu kadang-kadang buat aku terfikir what for PTPTN give us money if dont use it for study not for travelling? Sorry to say, benda ni aku masih dalam was-was lagi untuk pergi. Aku faham di kalangan rakan-rakanku, ada yang masih menerima duit poket dari mak ayah or sape-sape even dah dapat ptptn. But not me. Sometimes my ptptn money use for my family. So, benda ni buat aku berfikir sedalam-dalamnya untuk buat sebarang keputusan...Maafkan aku ya kawan-kawan!

The reason of Money! ..oke, ni mungkin akan dilaksanakan bila bukak cuti raya haji ni...aku mungkin akan buat kerja part time sebab duit poket dah takde.. so, if ada kawan-kawan yang terasa aku selalu mengelak dari bersama anda, maafkan aku.. aku terpaksa pentingkan diri sendiri demi duit..sebab kalau takde duit, amat sukar aku nak belanja diri sendiri..amat sukar aku nak bayar broadband dan amat sukar untuk segalanya..beri aku masa ya..Maafkan atas segala kekhilafan ku...

Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).



p/s: ”Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah”

Wednesday, 9 November 2011

Ulasan - Cinta Dari Kaabah

Assalamualaikum semua readers, haters, bloggers dan terutama Stalkers...huhuhu

Oke what the hell aku post Cinta dari Kaabah ni? korang cer google, then korang tau. Tapi aku bagitau sikit jelah k? ceritanya berkisarkan tentang Haidar dan Umi tidak mempunyai anak walaupun sudah 9 tahun berkahwin. Kemunculan Sabrina telah merubah kehidupan mereka selama-lamanya. Takdir Tuhan untuk manusia semua berbeza. Ada yang memerlukan tetapi tidak dikecapi. Ada yang tak perlu tetapi diberi. Apapun takdir yang ditentukan, semua ada sebabnya. Dan jika tidak ditakdirkan, ada yang lebih baik menanti. 

ni dapat dari google image.
So untuk sape-sape yang pernah tengok drama ni macam aku, mesti korang rasa tercabar giler kan? ini kerana (ceh,guna ayat bm takleh blah..), ada adegan dimana Fazren Rafi dan Fouziah Gous ni berlakon di Tanah Suci macam suami isteri yang sah padahal umum semua mengetahui isteri fazren bukanlah fouziah. So, how dare pengarah dan penerbit filem shoot cerita ni depan Kaabah dengan mereka yang bukan muhrim berpelukan dan berpegang tangan? mana sensitiviti pengarah dan penerbit dalam mengeluarkan cerita sedemikian? aku taknak komen apa-apa pasal scene fahrin or eja kat Malaysia. Sebab itu kat Malaysia. Aku mula-mula tengok cam best giler babeng la kan. Tapi rasa pelik bila kawasan Tanah Arab yang dipenuhi orang-orang Islam dari pelosok dunia tercemar bila dekat kawasan Madinah dan Makkah (ini ayah dan mama aku cakap la. aku tak pernah pegi sana lagi. Depa dah pegi haji, depa tau la kan)...depa berpelukan dan berpegangan tangan macam suami isteri. Konon nak idupkanlah scene kemesraan suami isteri tu. Hello???? kalau haram tetap haram. kat Tanah Suci pulak tu. takde sensitif kat agama sendiri ke? cukup la kau dah buat dosa berlipat ganda kat malaysia ni semata-mata alasannya CARI REZEKI. inilah dikatakan dunia akhir zaman. yang haram dikata "takpe, ini lakonan sahaja. bukan ada apa-apa"..meh aku hentak sape-sape yang berani keluarkan statement macam tu. Kalau haram, haramlah hukumnya. Bukan aku kata, tapi Al-Quran & Hadis dah tertulis macam tu. So, kenapa nak buat drama Islamik yang melibatkan scene di Tanah Suci tak rujuk contohnya macam cerita Nur Kasih? cuba compare kan cerita anda dulu. Ada tak cerita Nur Kasih peluk-peluk di Tanah Suci? so pikir-pikirkan lah kalau sayangkan Islam sebagai agama anda. Terima Kasih.!

p/s: sangat kesal dengan mereka. nak duit punya pasal, sanggup ketepikan agama. Huh!

Fahrin Ahmad again and again...

i luv u so much sayang! hahahhaa 
Assalamualaikum semua. Hahahaha mesti ramai cakap, "bapak poyo kau post gambar fahrin ni sebosar-bosar alam". helo. belom alam lagi. ni baru sebosar-bosar post den. tah. aku tetiba rindu kat fahrin. hahahaha. comel kan gambar ni? dia memang ada ciri-ciri bapa mithali. kalau dia pilih aku,.. Ya Allah, akulah orang paling hepi sekali dalam dunia. *perasan*... hahahaha... oke tatapilah gambar ni ya. sebab aku nak blah. semak jer tengok penyokong-penyokong bola dalam rumah ni bersorak dan masing-masing rasanya macam teringin nak ganti rajagopal. hahahaha.

p/s: i wish i will meet & go out with Fahrin Ahmad soon . InsyaAllah. =p

Saturday, 5 November 2011

Sampah

Assalamualaikum..Hye Mr.2nd Diaries, Readers, Bloggers & Stalkers! 

oke-oke. now i'm oke. bila istikharah, solat sunat dilakukan, aku rasa lega. bila fikir-fikir balik, kesian plak kat kawan aku si joker tu. pasal ex aku tu, aku balun marah kat dia. aku salah kan dia sebab aku tak dapat contact si ex tu pasal hutang aku. walhal masalahnya antara aku dan ex. dan betul jugak kata si joker, halalkan, mungkin aritu rezeki dia dapat makan duit aku. rezeki aku mungkin ditempat lain. haih! hati aku sakit, tapi aku tetap kena terima. ex tu dah buang aku mentah-mentah. hope, bila ada awek-awek dia yang buang dia mentah-mentah, dia akan ingat aku. hahaha. bukan ingat apa. nak suruh menyesal je. jahatkan aku? orang buat jahat ngan aku, aku buat jahat balik. tapi yelah, bila fikir-fikir balik, jatuh maruah aku bila aku plak yang mencari si ex tu pasal hutang dia kat aku. hati aku panas bila orang kurang ajar. tapi from now on, aku rasa tenang sangat bila Allah dah bagi petunjuk.. dan i have to say :-

Aku Tak Layan Sampah!

oke, for me, ex tu sampah la. so kalau dah sampah, kau nak kutip balik buat pe kan? so terima kenyataan. when Over is Over. Biar dia dengan kesayangan dia. Dan aku dengan member-member kamceng aku. hahaha. lebih tepat lagi biar dia dengan hidup dan cara dia, dan aku pulak dengan cara dan hidup aku. Dengan itu hati takkan sakit lagi! Terbaekkkk...

p/s: aku dah sampai rumah. semua pulun suruh aku drive. mentang-mentang dah dapat lesen. meh kita larikkkkkkkkkkkk! =p