Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Wednesday 9 November 2011

Ulasan - Cinta Dari Kaabah

Assalamualaikum semua readers, haters, bloggers dan terutama Stalkers...huhuhu

Oke what the hell aku post Cinta dari Kaabah ni? korang cer google, then korang tau. Tapi aku bagitau sikit jelah k? ceritanya berkisarkan tentang Haidar dan Umi tidak mempunyai anak walaupun sudah 9 tahun berkahwin. Kemunculan Sabrina telah merubah kehidupan mereka selama-lamanya. Takdir Tuhan untuk manusia semua berbeza. Ada yang memerlukan tetapi tidak dikecapi. Ada yang tak perlu tetapi diberi. Apapun takdir yang ditentukan, semua ada sebabnya. Dan jika tidak ditakdirkan, ada yang lebih baik menanti. 

ni dapat dari google image.
So untuk sape-sape yang pernah tengok drama ni macam aku, mesti korang rasa tercabar giler kan? ini kerana (ceh,guna ayat bm takleh blah..), ada adegan dimana Fazren Rafi dan Fouziah Gous ni berlakon di Tanah Suci macam suami isteri yang sah padahal umum semua mengetahui isteri fazren bukanlah fouziah. So, how dare pengarah dan penerbit filem shoot cerita ni depan Kaabah dengan mereka yang bukan muhrim berpelukan dan berpegang tangan? mana sensitiviti pengarah dan penerbit dalam mengeluarkan cerita sedemikian? aku taknak komen apa-apa pasal scene fahrin or eja kat Malaysia. Sebab itu kat Malaysia. Aku mula-mula tengok cam best giler babeng la kan. Tapi rasa pelik bila kawasan Tanah Arab yang dipenuhi orang-orang Islam dari pelosok dunia tercemar bila dekat kawasan Madinah dan Makkah (ini ayah dan mama aku cakap la. aku tak pernah pegi sana lagi. Depa dah pegi haji, depa tau la kan)...depa berpelukan dan berpegangan tangan macam suami isteri. Konon nak idupkanlah scene kemesraan suami isteri tu. Hello???? kalau haram tetap haram. kat Tanah Suci pulak tu. takde sensitif kat agama sendiri ke? cukup la kau dah buat dosa berlipat ganda kat malaysia ni semata-mata alasannya CARI REZEKI. inilah dikatakan dunia akhir zaman. yang haram dikata "takpe, ini lakonan sahaja. bukan ada apa-apa"..meh aku hentak sape-sape yang berani keluarkan statement macam tu. Kalau haram, haramlah hukumnya. Bukan aku kata, tapi Al-Quran & Hadis dah tertulis macam tu. So, kenapa nak buat drama Islamik yang melibatkan scene di Tanah Suci tak rujuk contohnya macam cerita Nur Kasih? cuba compare kan cerita anda dulu. Ada tak cerita Nur Kasih peluk-peluk di Tanah Suci? so pikir-pikirkan lah kalau sayangkan Islam sebagai agama anda. Terima Kasih.!

p/s: sangat kesal dengan mereka. nak duit punya pasal, sanggup ketepikan agama. Huh!

No comments: