Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Tuesday, 20 November 2012

Busy_Bizi_Sibuk

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua!

Today? not feeling very well.... Too much assignment to be submitted.... Semalam aje 8jam ke kelas...sangat penat sampai nak buat assignment pun tak larat..alih-alih seusai solat isyak tadi, aku sujud then tertido sambil sujud...sangat buruklah perangainya...tapi dek terlalu letih dan penat, itulah jadinya..dah lah kurang tido...then aku terbangun sebab rasa sakit kat lutut and bahagian belakang...aku bangun jer terus kejang dua-dua kaki....haaaa...aku dah lama tak kejang dan bila ianya terjadi semula, aku rasa perit sangat sampai gigit kain telekung sebab nak bagi oke balik kaki tu bukan senang...rasa nak menangis dan menjerit jer.. bila agak-agak dah oke, aku tertido sambil berpakaian telekung dari sujud tadi... HAHAHA! sangat indah..kalau orang luar tengok mesti macam ingat dah mati...mana taknya, dah la tido Qiam...pastu tegak jer.. hahaha..letih punya pasal aku tak heran dah........... ^_~

Aku peliklah, kenapa matematik ni susah sangat nak lekat kat dalam otak aku... bangun tadi, bancuh kopi, konon-konon nak buat assignment matematik...buat soalan jelah...jawapannya takde sebab aku tak reti... hurm....kenapa dan kenapa??? sudahnya selepas dekat 2jam aku ngadap benda yang aku tak reti,aku cuba banyak kali tak dapat, aku tutup buku, ambik kertas test pad, write down draft result untuk experiment soil esok....al-Maklumlah, subjek ni subjek repeat, so dah ada la kelengkapannya macam lab manual semua..lab manual pulak kekal tak berubah-ubah setiap semester... so then, aku salin yang tu jer..dah siap salin, update blog ni kejap...rindu rasanya....

emmm dah la...cukup-cukup-sudah! hehehe...
bosanlah sorang-sorang..
serius....
but after this entry, nak sambung balik buat mathematics...
mana tau dapat jawapan.. ye dop??? =)

selamat malam guys and girls..
semoga lena mu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T.
jaga iman, jaga pertuturan, bataskan sempadan persengketaan..
insyaAllah, semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan untuk diri kita, masyarakat dan seluruh isi alam....
Assalamualaikum.. (',)




p/s: doakan aku dapat buat test rabu nih (21/11/2012), presentation I-Project rabu nih jugak (21/11/2012) dan juga presentation instrument jumaat nih (23/11/2012)... Rindu awok. Sangat-sangat. Hurm....

Thursday, 15 November 2012

berdosakah aku?

aku anak mak ayah.
mak: alang, duit cukup tak?
aku: cukup kot. *padahal rasa macam tak cukup.

aku anak mak ayah.
ayah: kau camne belajar? boleh dapat 4.00 tak?
aku: ayah doakan jelah. alang pun tengah berusaha lagi.
ayah: amin. ayah tau anak ayah.
aku: *terdiam. sebab sebak.
ayah: *batuk kecilnya berbunyi.
aku: ayah batuk lagi?
ayah: a'ah, dah nak mati kot. Hahaha.
aku: janganlah. alang tak puas lagi nak bahagiakan ayah.
ayah: alang belajar bagi berjaya, naik pentas, ambik scroll, dah cukup buat ayah bahagia.
aku: *aku tahan airmata.

aku anak mak ayah.
mak: alang, duit cukup tak?
aku: tak, mak boleh masukkan tak?
mak: tengok la kalau ada rezeki sikit masa lagi, mak masukkan. kau jangan susah hati k. fokus belajar tu.
aku: terkelu. sedih. sebak.

aku anak mak ayah.
aku: mak, mak masuk banyak-banyak, mak ada duit ke? kalau takde, alang bank in balik.
mak: takpe, kau guna jer. tau la mak nak cari duit kat mana.
aku: mak....

aku anak mak ayah.
aku: mak, mak ada duit lagi tak? duit alang tinggal sikit.
mak: alang, duit ptptn alang mana?
aku: abih dah mak. banyak nak guna. entah sem nih banyak lak nak gunanya. buku-buku mahal.
mak: takpelah. mak usahakan. *pastu mak diam sekejap.*
aku: mak, takpe kalau mak takde duit, alang try mintak kat angah and along. depa kan abang-abang alang.
mak: kau jangan susahkan deme. deme dah berkeluarga.
aku: pastu?
mak: takpe, alang mogok lapar je.
aku: hahahaha. mak ni. ngarut je.
mak: dah betul. takpelah, kau diam-diam je. esok lusa mak masukkan. jangan berjoli sangat. jangan beli tudung, barang dalam semua. jimat sikit. orang rumah ni semua sakit-sakit belaka. takde yang larat nak drive.
aku: oke takpe,alang try jimat. mak doakan la anak mak yang selalu boros ni.
mak: ye, hari-hari, tak penah lupa.
aku: terdiam dan terima kasih mak!



*then confirm after phone conversation, aku nangis..aku hanya tahu meminta. Tapi kasihan mereka.

"Ya Allah, Kau titipkan rasa kasihMu itu pada ayah dan ibuku.. berikan mereka kesihatan yang baik, luaskan rezeki mereka Ya Rabbi. Bahagiakan hati-hati mereka Ya Allah. Sesungguhnya mereka adalah manusia-manusia yang paling aku sayang. Panjangkan umur mereka. Berkati dan rahmati mereka wahai Tuhan Sekalian Alam.. Amin amin Ya Robb..

mak dan ayah. aku sayangkan mereka. semoga Allah sayang dan redhai mereka juga. Amin!

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum. Nothing much to say. *kita tengok banyak tak banyak oke! =)

Today, 15 November 2012, 1st Muharram 1434H, umat Islam seluruh dunia menyambutnya, meraikan detik itu. Alhamdulillah, masih diberi pinjaman untuk menghirup udara segar. Alhamdulillah, Allah izinkan lagi untuk peluang bertaubat, mencari redhaNYA, manfaat dan sediakan bekalan-bekalan untuk ke "sana". Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tidak ternilai harganya pemberian Allah yang Maha Besar ini..

Sila lihat NIAT dan PERANCANGAN ini... INGATKAN AKU sebab aku mudah lupa. Selalu makan semut ramping kot....gegege.. Please ! dan please! dan pehlis lagi! =)
  • eratkan hubungan kekeluargaan..
  • Ikhlas untuk belajar untuk jadi solehah setiap masa, setiap hari, setiap minit, setiap saat. Semuanya kerana Allah..
  • baca Al-Quran at least sehelai muka untuk sehari. 
  • belajar untuk tutup Aurat.. 
  • cuba diam bila takde benda nak cakap. JANGAN SEKADAR CUBA TAPI BUAT!
  • berhati-hati ketika berkata-kata, bercakap guna otak bukan guna spontan.. 
  • belajar dan belajar dan belajar. REVIEW balik niat masa mula-mula masuk belajar.
  • pakwe? lupakan je dulu. Ada jodoh ada, tak de pun Allah je Maha Mengetahui. 
  • JANGAN MENANGIS. lupakan perkara-perkara lepas terutama yang merosakkan hati. InsyaAllah hati lebih bahagia.
  • moga diberi kesabaran, kekuatan dan ketabahan untuk hadapi masa-masa hadapan.
setakat itu je kot. Kang buat banyak-banyak tak terbuat pulak kang. 1st point- yeah. aku adalah anak yang jarang sekali ada dirumah kerana hijrah mencari ilmu di setiap genap negeri.. aku adalah anak perempuan 1st iaitu anak ke 3 dari 7 beradik yang boleh orang kata kurang kasih sayang sebab jelas terlihat mencari cinta yang tah hape-hape sebab nakkan kasih sayang, padahal kasih sayang keluarga tak pernah nak raih. apetah lagi kasih sayang Allah yang  aku susah sangat nak sedar sebab LEKA. 2nd point- yeah. aku masih cuba sehingga sekarang. aku akui AKU CEMBURU melihat mereka yang mampu berhijrah, mampu menutup aurat dengan sempurna, mampu kuat untuk tolak tohmahan orang, mampu itu mampu ini tapi aku??? alhamdulillah sedikit demi sedikit perubahan yang aku buat walau hati kadang-kadang goyah dek nafsu.. dan insyaAllah berniqab itu niat aku juga. Tapi belum tiba masa. InsyaAllah,doakan aku ya? 3rd,4th,5th - sedang buat. Doakan aku ye? 6th-10th - baru sedar. dan sedang belajar. Doakan k! almaklumlah aku ni pakar menangis. yeah, baca apa-apa yang menyayat hati, aku try taknak nangis but at last mesti bergenang. "Ape punya Ironlady la, benda kecik pun nak nangis." yeah, adnin selalu pesan gitu. Hahaha. 

Oke for this moment again and again, i forgive all of your fault and sins at me. Banyak ke? Entah. Tapi aku harap anda-anda juga ikhlas dan redha untuk memaafkan saya yang banyak dosa, banyak salah silap ni. 

Last but not least, doakan aku ya? InsyaAllah aku pun akan doakan kalian. InsyaAllah.
Bye. Take care. Nak sambung buat report. =)



p/s: awak, saya dah off cerita pasal awak yang melampau tu. bukan saya taknak publish. ada lagi tapi terkesan dalam draft jer. bukan apa, kesian kat awak. kalau orang lain baca mesti maki awak habis-habisan. padahal saya cakap saya doa yang baik-baik untuk awak. maafkan saya ye? saya insan yang selalu lupa pesan awak, selalu lupa teguran awak. maafkan saya. and we'll be frens until jannah biarpun bukan dalam fb. doakan saya ye. Tabarakallah. =)

Tuesday, 13 November 2012

........andai masa boleh diundur......

Quotes VS Kuota.. ngehngehngeh!

"I'm selfish, impatient, and a little insecure.. I make mistakes, I'm out of control and at times hard to handle.. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.."
- Marilyn Monroe-





#eh! macam sama jer... tapi as hell tu taklah kan.. kejam bebenor...  =) 

SeMeStEr Lima (5)

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Pagi ni bangun awal, start enjin kereta ain supaya tak berhabuk biar tuannya meninggalkan amanah itu kepada ku sepanjang ketiadaannya di bumi Perlis. Then basuh baju--untuk nih, aku rasa pagi ni aku terlebih rajin.. Sebabnya kelaziman aku mesti basuh baju guna mesin..tapi disebabkan aku tak suka tunggu turn lama-lama plus budak-budak sini kalau basuh baju macam 2 bulan tak basuh, banyak turn tapi dia sorang, so aku basuh guna tangan...puas hati jugak sebenarnya basuh guna tangan nih..selain dari jimat, kita tau sebersih mana kita basuh..kalau mesin, kita tak nampak..ye dop? hehe..berpagi-pagian tengok facebook, tengok blog.. macam la keje takde kan! Oke fine, ni baru mukaddimah. huhuhu..

Alhamdulillah, aku dah masuk tahun 3, semester 5..iaitu semester yang aku kira agak mencabar even subjek tak banyak..tapi course aku nih (Kejuruteraan Biosistem) memerlukan kami masuk lab beberapa kali untuk melakukan ujikaji, untuk membuat hipotesis, merangka model supaya sistem pengairan, sumber tanah, terjamin dan selamat digunakan..*macam la itu jer aku belajar kan!* 

Semester nih aku kira, aku banyak keluar duit..beli buku, bayar minyak (tumpang orang ke tempat yang bas tersedia taknak pegi. Sadis!)dan ada lagi untuk print, photostat segala..sebab printer aku rosak...tak berkesempatan lagi untuk pegi jumpa doctor dia...semester nih jugak terjadi perlambakan mini project yang kadangkala aku pelik kenapa banyak sangat...musykil-musykil..*sambil geleng-geleng kepala*

Semester nih jugak semester sakit..sakit kerana orang bukan buatan orang..entah..pelik...orang lain boleh happy warak wirik ke hulu ke heliaq berjimba-jimba, tapi aku pulak kena sakit sebab mereka..such a ridiculous tapi itulah yang sebenarnya...

Also, this semester i have broke some people's heart.. Maybe, sebab kita tak sedar..syok gelak-gelak tapi at the same time kita dah lukakan hati kawan-kawan kita..Moga Allah ampunkan aku dan Allah lembutkan hati mereka-mereka yang kusakiti untuk memaafkan aku.. Ameen.. =')

Anyway, today is Dewali, and i wish all my readers who are Hindus, Happy Dewali... and in this week also Islam will celebrate Awal Muharram which a new year in Islam Calendar...dan aku berazam, tiada lagi kesedihan lepas....cukuplah luka yang aku dapat berkali-kali...cukup sudah aku bersabar beberapa kali..aku takkan berpaling ke belakang lagi...biar ianya menjadi kenangan yang paling manis dalam hidup aku...tahun baru ini juga akan ku kutip teguran-teguran lepas bagi mematangkan diri untuk kemajuan diri sendiri dan masyarakat yang lain.. InsyaAllah. Doakan aku ye? 

oke rasanya cukup kot setakat nih.. ops! another 1month more, final exam menjelang;..doakan aku..nescaya aku pun akan doakan kalian... ini pun cuti tak balik....bajet katenyer... =) cuti-cuti pun kena siapkan segala lab report, segala report, prepare presentation...macam tak cuti....hehehe
Oke dah-dah-dah-dah! ini la akibatnya, mengomel sorang-sorang....tak sodar-sodar dah panjang melilit...hehehe.. Doakan aku kuat, tabah, sabar dalam menghadapi hari-hari mendatang...insyaAllah aku pun akan doakan kalian juga bahgia, gembira, sihat, dan mampu untuk mengumpul bekalan untuk ke "sana"... InsyaAllah, sama-samalah kita memanjatkan rasa kasih cinta sayang kita pada kekasih kita yang sejati iaitu Yang Maha Esa...TabarakAllah..

Jaga iman, jaga pertuturan, bataskan sempadan persengketaan.
InsyaAllah, hanya redha Allah yang dicari...syurga Jannah yang dinanti...
kurangkan bergantung kepada manusia, lebihkan kebergantungan kepada Sang Pencipta..
InsyaAllah, kasih yang kita rasa...
Salam sayang....



p/s> untuk reader "itu", aku tau kau baca. Terpulang bagaimana kau nak menilai diri aku.. siapalah aku untuk menilai kau kerna aku sendiri tidak terkira banyaknya dosa, aku sendiri tidaklah sempurna mana--sentiasa berfikiran -ve, mazmumah jer banyak..Moga Allah ampunkan aku, moga Allah redhai kau. InsyaAllah..walau jauh, aku tetap doakan kau...uhibbukafillah! =)

Monday, 12 November 2012

Sahabat dulu, kini dan selamanya..

dari Assalamualaikum pembuka bicara....
dengan langkah kanan kaki terhayun....
menitipkan butir-butir perkenalan...
dari "situ" aku dan kau bertemu...
mendekatkan tali tak bernama..
lantas di simpul dengan nama "Persahabatan"...

kita tidak pernah bersua..
tidak juga "bersama"
kerana kita ibarat burung yang terbang sekawan..
meraikan rasa gembira bersama..
biarpun jauh..
beribu batu...membelah awan..
tapi kita tetap sama. 
seia sekata..

Namun.. 
langit tidak selalu cerah..
mendung juga sering berbayu..
kita terpisah oleh jurang perselisihan..
kurang persefahaman..
tiada toleransi..
lalu jarak tercipta..
kita simpul..
terlerai..
kita samakan..
terbuka lagi..
pengakhirannya...
haluan telah ditentukan..
tanpa pertemuan pertama..
tidak juga wujud pertemuan akhir..

Ku berdoa..
agar kau dan aku sentiasa kuat..
dalam berjuang di bumi Tuhan..
tiada lagi gelak ketawa..
musnah keriangan lepas..
kerana egois melanda..
kita terpisah..
walau dekat..

lantas...
kuhulurkan kata sejuta kemaafan..
lahir dari hati yang selalu alpa..
jiwa yang selalu daif..
minda yang selalu leka..
akan kehadiranmu yang membawa 1000 cerita..
terima kasih Sahabat..
moga bertemu di Syurga.
InsyaAllah.

(puteri, 12112012, 9:57pm)