Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Thursday 15 November 2012

berdosakah aku?

aku anak mak ayah.
mak: alang, duit cukup tak?
aku: cukup kot. *padahal rasa macam tak cukup.

aku anak mak ayah.
ayah: kau camne belajar? boleh dapat 4.00 tak?
aku: ayah doakan jelah. alang pun tengah berusaha lagi.
ayah: amin. ayah tau anak ayah.
aku: *terdiam. sebab sebak.
ayah: *batuk kecilnya berbunyi.
aku: ayah batuk lagi?
ayah: a'ah, dah nak mati kot. Hahaha.
aku: janganlah. alang tak puas lagi nak bahagiakan ayah.
ayah: alang belajar bagi berjaya, naik pentas, ambik scroll, dah cukup buat ayah bahagia.
aku: *aku tahan airmata.

aku anak mak ayah.
mak: alang, duit cukup tak?
aku: tak, mak boleh masukkan tak?
mak: tengok la kalau ada rezeki sikit masa lagi, mak masukkan. kau jangan susah hati k. fokus belajar tu.
aku: terkelu. sedih. sebak.

aku anak mak ayah.
aku: mak, mak masuk banyak-banyak, mak ada duit ke? kalau takde, alang bank in balik.
mak: takpe, kau guna jer. tau la mak nak cari duit kat mana.
aku: mak....

aku anak mak ayah.
aku: mak, mak ada duit lagi tak? duit alang tinggal sikit.
mak: alang, duit ptptn alang mana?
aku: abih dah mak. banyak nak guna. entah sem nih banyak lak nak gunanya. buku-buku mahal.
mak: takpelah. mak usahakan. *pastu mak diam sekejap.*
aku: mak, takpe kalau mak takde duit, alang try mintak kat angah and along. depa kan abang-abang alang.
mak: kau jangan susahkan deme. deme dah berkeluarga.
aku: pastu?
mak: takpe, alang mogok lapar je.
aku: hahahaha. mak ni. ngarut je.
mak: dah betul. takpelah, kau diam-diam je. esok lusa mak masukkan. jangan berjoli sangat. jangan beli tudung, barang dalam semua. jimat sikit. orang rumah ni semua sakit-sakit belaka. takde yang larat nak drive.
aku: oke takpe,alang try jimat. mak doakan la anak mak yang selalu boros ni.
mak: ye, hari-hari, tak penah lupa.
aku: terdiam dan terima kasih mak!



*then confirm after phone conversation, aku nangis..aku hanya tahu meminta. Tapi kasihan mereka.

"Ya Allah, Kau titipkan rasa kasihMu itu pada ayah dan ibuku.. berikan mereka kesihatan yang baik, luaskan rezeki mereka Ya Rabbi. Bahagiakan hati-hati mereka Ya Allah. Sesungguhnya mereka adalah manusia-manusia yang paling aku sayang. Panjangkan umur mereka. Berkati dan rahmati mereka wahai Tuhan Sekalian Alam.. Amin amin Ya Robb..

mak dan ayah. aku sayangkan mereka. semoga Allah sayang dan redhai mereka juga. Amin!

No comments: