Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum. Nothing much to say. *kita tengok banyak tak banyak oke! =)

Today, 15 November 2012, 1st Muharram 1434H, umat Islam seluruh dunia menyambutnya, meraikan detik itu. Alhamdulillah, masih diberi pinjaman untuk menghirup udara segar. Alhamdulillah, Allah izinkan lagi untuk peluang bertaubat, mencari redhaNYA, manfaat dan sediakan bekalan-bekalan untuk ke "sana". Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tidak ternilai harganya pemberian Allah yang Maha Besar ini..

Sila lihat NIAT dan PERANCANGAN ini... INGATKAN AKU sebab aku mudah lupa. Selalu makan semut ramping kot....gegege.. Please ! dan please! dan pehlis lagi! =)
  • eratkan hubungan kekeluargaan..
  • Ikhlas untuk belajar untuk jadi solehah setiap masa, setiap hari, setiap minit, setiap saat. Semuanya kerana Allah..
  • baca Al-Quran at least sehelai muka untuk sehari. 
  • belajar untuk tutup Aurat.. 
  • cuba diam bila takde benda nak cakap. JANGAN SEKADAR CUBA TAPI BUAT!
  • berhati-hati ketika berkata-kata, bercakap guna otak bukan guna spontan.. 
  • belajar dan belajar dan belajar. REVIEW balik niat masa mula-mula masuk belajar.
  • pakwe? lupakan je dulu. Ada jodoh ada, tak de pun Allah je Maha Mengetahui. 
  • JANGAN MENANGIS. lupakan perkara-perkara lepas terutama yang merosakkan hati. InsyaAllah hati lebih bahagia.
  • moga diberi kesabaran, kekuatan dan ketabahan untuk hadapi masa-masa hadapan.
setakat itu je kot. Kang buat banyak-banyak tak terbuat pulak kang. 1st point- yeah. aku adalah anak yang jarang sekali ada dirumah kerana hijrah mencari ilmu di setiap genap negeri.. aku adalah anak perempuan 1st iaitu anak ke 3 dari 7 beradik yang boleh orang kata kurang kasih sayang sebab jelas terlihat mencari cinta yang tah hape-hape sebab nakkan kasih sayang, padahal kasih sayang keluarga tak pernah nak raih. apetah lagi kasih sayang Allah yang  aku susah sangat nak sedar sebab LEKA. 2nd point- yeah. aku masih cuba sehingga sekarang. aku akui AKU CEMBURU melihat mereka yang mampu berhijrah, mampu menutup aurat dengan sempurna, mampu kuat untuk tolak tohmahan orang, mampu itu mampu ini tapi aku??? alhamdulillah sedikit demi sedikit perubahan yang aku buat walau hati kadang-kadang goyah dek nafsu.. dan insyaAllah berniqab itu niat aku juga. Tapi belum tiba masa. InsyaAllah,doakan aku ya? 3rd,4th,5th - sedang buat. Doakan aku ye? 6th-10th - baru sedar. dan sedang belajar. Doakan k! almaklumlah aku ni pakar menangis. yeah, baca apa-apa yang menyayat hati, aku try taknak nangis but at last mesti bergenang. "Ape punya Ironlady la, benda kecik pun nak nangis." yeah, adnin selalu pesan gitu. Hahaha. 

Oke for this moment again and again, i forgive all of your fault and sins at me. Banyak ke? Entah. Tapi aku harap anda-anda juga ikhlas dan redha untuk memaafkan saya yang banyak dosa, banyak salah silap ni. 

Last but not least, doakan aku ya? InsyaAllah aku pun akan doakan kalian. InsyaAllah.
Bye. Take care. Nak sambung buat report. =)



p/s: awak, saya dah off cerita pasal awak yang melampau tu. bukan saya taknak publish. ada lagi tapi terkesan dalam draft jer. bukan apa, kesian kat awak. kalau orang lain baca mesti maki awak habis-habisan. padahal saya cakap saya doa yang baik-baik untuk awak. maafkan saya ye? saya insan yang selalu lupa pesan awak, selalu lupa teguran awak. maafkan saya. and we'll be frens until jannah biarpun bukan dalam fb. doakan saya ye. Tabarakallah. =)

No comments: