Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Monday 12 November 2012

Sahabat dulu, kini dan selamanya..

dari Assalamualaikum pembuka bicara....
dengan langkah kanan kaki terhayun....
menitipkan butir-butir perkenalan...
dari "situ" aku dan kau bertemu...
mendekatkan tali tak bernama..
lantas di simpul dengan nama "Persahabatan"...

kita tidak pernah bersua..
tidak juga "bersama"
kerana kita ibarat burung yang terbang sekawan..
meraikan rasa gembira bersama..
biarpun jauh..
beribu batu...membelah awan..
tapi kita tetap sama. 
seia sekata..

Namun.. 
langit tidak selalu cerah..
mendung juga sering berbayu..
kita terpisah oleh jurang perselisihan..
kurang persefahaman..
tiada toleransi..
lalu jarak tercipta..
kita simpul..
terlerai..
kita samakan..
terbuka lagi..
pengakhirannya...
haluan telah ditentukan..
tanpa pertemuan pertama..
tidak juga wujud pertemuan akhir..

Ku berdoa..
agar kau dan aku sentiasa kuat..
dalam berjuang di bumi Tuhan..
tiada lagi gelak ketawa..
musnah keriangan lepas..
kerana egois melanda..
kita terpisah..
walau dekat..

lantas...
kuhulurkan kata sejuta kemaafan..
lahir dari hati yang selalu alpa..
jiwa yang selalu daif..
minda yang selalu leka..
akan kehadiranmu yang membawa 1000 cerita..
terima kasih Sahabat..
moga bertemu di Syurga.
InsyaAllah.

(puteri, 12112012, 9:57pm)

No comments: