Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Wednesday 8 June 2011

28/05/2011 - Malam Berinai (JB)

Assalamualaikum.. So, amacam? puas tengok gambar angah nikah? post kali ni berkenaan ngan malam berinai plak.. for your information, malam berinai ni merupakan satu majlis keramaian yang dilaksanakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu / Mamak atau jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing. Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. 


Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui. Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa. 


Bagi masyarakat keturunan Jawa pula, paluan gendang besar menambah meriah sesebuah majlis Berinai Besar. Diiringi lagu-lagu dalam bahasa klasik Jawa yang dinyanyikan oleh orang-orang tua. Di sesetengah tempat, joget lambak turut diadakan bagi menambah meriah sesebuah majlis. Ada juga yang menyediakan kumpulan kugiran menjadi penyeri majlis pada malam tersebut sambil pasangan pengantin bergambar dengan pakaian tradisional pilihan. Kemeriahan seperti ini dapat mengubat kepenatan para tetamu yang sedang bertungkus lumus menyediakan persiapan juadah untuk majlis persandingan pada keesokan harinya.Klik sini untuk maklumat lanjut. So, sila tatapi gambar-gambar yang sempat disnapkan......


rindu si kecik ni..

model family aku..

budak kompang + nasyid dalam family aku..

kamal..daus..ayen

mereka amat chantek kan?

merah menyala oh jantungku!

senyuman colgate...

kakak..achik
So amacam? meriah x? untuk malam, tang pengantin meriah la.. tang yang datang, tukang makan jer..ngeh3

No comments: