Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Wednesday, 18 May 2011

Day 6 - 10 items you can't live without.

Assalamualaikum.. banyak hari dah terlepas. takdan nak update blog ni. so tadi buat sajak. now kita continue dengan 10 items you can't live without.. oke what kind of items that i can't live without? lets scroll bebeh!


1- HANDPHONE
yes,this is my phone and only available for maxis no.. penting wo.. wa kan pengusaha syarikat kambing..kambing-kambing pun nak gayut ngan tuan dia jugak...ngeh3
2- WALLET
banyak bende nak letak woo...lesen, ic, DUIT if ade la..hehehehe
3 - SMALL NOTE BOOK & PEN
untuk catatkan benda ape nak beli supaya tak lari dari tujuan keluar. bijak tak saya? oke tak berapa. ngee~~
4- TUDUNG
haruslah! menutup aurat itu wajib dalam islam.
5- SUNGLASS & SOLUTION FOR CONTACT LENS
penting untuk elak dari cahaya terlalu panas dan mata yang terlalu kering..

6- PIN TUDUNG EXTRA
pegi mana-mana mesti tercicir satu dua brooch..so yang extra boleh digunakan!
7- LAPPY dan BROADBAND CELCOM
harus untuk mengisi masa lapang..
8- AIR MINERAL
harus sebab air mineral mempunyai banyak zat pengembalian tenaga!
9- CINCIN PUSAKA
cincin ni kalau hilang, mau aku menangis sepuas-puasnya.. cincin ni jugak ramai terpedaya ingat aku dah nikah.. hahaha
10- CERMIN MATA
harus sebab takde dia, aku buta untuk sementara!

p/s : last but not least, benda-benda di atas adalah amat penting bagiku.. kalau tidak, macam nyawa boleh melayang wo!

Tuesday, 17 May 2011

nyawa-nyawa..
beri darah ia nadi..
tapi kadang-kadang nyawa juga mengkhianati mereka..
menghiriskan hati mereka..
tapi nadi tetap setia..
mengikut arahan tak tentu masa..

hai nyawa-nyawa..
tak sedarkah mereka amat menyintai kamu?
tak celikkah atas kasih dan sayang diberi?
nadi geleng-geleng..
tapi tidak diketahui tanda setuju atau tidak...
badan mengikut rentak..
muzik datang bertimpa-timpa..
menghilangkan resah dalam hati..

ek eleh nyawa-nyawa..
jangan terlalu gah dengan kasih dikurnia..
mereka bersabar akan keegoan itu..
mereka bersedih akan lakunya itu..
hati tertanya-tanya..
mengapa nyawa tegar buat mereka begitu..

alahai nyawa-nyawa..
kasihani mereka, nyawa..
mereka tidak bersalah..
hanya menumpang dalam dunia pinjaman...

Saturday, 14 May 2011

Day 5 - 10 wishes.

Assalamualaikum.. Maaflah lama tidak menghapdet segala aktiviti ku disini... i'm busy with my brother's wedding preparation.. actually, putri pening nak mencari almari yang boleh memuatkan baju2 yang agak messy dalam rumah ni..cadangnya nak hadkan barang2 yang ada dalam rumah ni tapi entah la...huhu.. oke lah. Tanpa membuang masa lagi, moleklah kiranya kita sambung semula dengan 10things. So, what my 10 wishes? let's scroll bebeh!

-I wish.......to celebrate my birthday this 2011 with my family, my beloved step sis & bro, my beloved fren sebab semester depan birthday putri jatuh time putri kat perlis.. confirm takleh balik..so harap sangat depa2 ni boleh datang perlis...hehehehe

-I wish......to finish my study until PHD..insyaAllah.. bukan penyakit hasad dengki ye..hehehe

-I wish......to get married when i'm 28years old..paling lewat pun 33tahun..hahahhaa

-I wish......i could buy bmw 7series and Lamborghini before i'm getting 40years old.. hahaha

-I wish......i could finish my loan payment before i marry with somebody or before i die...

-I wish......i could buy any kondominium by living with 3 DARA in my siblings including me.. hahaha..

-I wish......i could have camera D3000,camera Lumix yang latest, ipad, iphone4...senang cakap semua gadget yang terbaik dalam dunia ni la... hahaha

-I wish......i will married to a guy who can accept me and could guide me to the way that blessed by Allah...

-I wish......i could repay jasa2 my mom and dad who have sacrificed everything for me since i was baby until now before i die..

-I wish......i could blow my last breathe on the bosom of my mom and the location in Mecca...insyaAllah..

p/s: Wish je oke.. kita hanya mampu merancang, Allah Yang Maha Menentukan...

Thursday, 12 May 2011

Day 4: 10 things you want to say to one person

Assalamualaikum.. hey2 PERSON! i have 10 things that i want to say to you! Lets Scroll bebeh! hehehee ^_^

1. Awak Busuk.
- yes. awak busuk. Bubuh la banyak mana perfume kat badan, sapulah berapa kepal lapisan untuk deodoran, awak tetap busuk bagi saya. hahaha.

2. Awak Comel.
- walaupun awak selalu perasan yang awak comel, tapi cam biasa saya akan katakan "unta padang pasir pun lagi hensem dari awak"..hahahaa

3. Awak Berwawasan.
- ye. camne awak matang sekalipun, awak tetap berwawasan. walaupun awak tau kak zura tetap setia menunggu awak. ngeh3

4. Awak Peneman saya di kala saya happy atau sedih.
- yes. that word i really meant it. awak terbaik, sahabat terbaik penah saya ada. satu-satunya peneman dikala tangisan saya tak dapat dibendung lagi.

5. Awak insan yang takkan saya lupakan sampai bila2.
- InsyaAllah. Kalau saya lupa, awak debik je saya. Hehehe..

6. Awak Pak Lawak Saya.
- kalau suruh awak pegi masuk audition Maharaja Lawak, dah sure2 awak layak & dah sure2 awak paling banyak undi sebab? saya adik awak. ngeh3

7. Awak Jejaka yang saya Rasa Paling Kemas.
- macam taste saya jugak, saya suka lelaki yang kemas. Awak adalah ciri2nya. 

8. Awak, saya penah sekejap TERsuka kat Awak.
- jangan MARAH! sebab nak wat camane. dah terminat. tapi awal2 awak dah mention awak dah de somebody. So saya avoid perasaan tu sebab saya hanya sayang awak sebagai abang je. Really, as my true brother. ^_^

9. Awak, bila nak dating ngan saya?
- Entah. lame bebenor nak nunggu masa free awak tu. Sok nak keje plak. haiyaa!!

10- Awak The BEST. Eh jap, THE BEST EVER brother i ever had!
- akui lah sebab awak adalah salah satu wayar dalam badan ni yang berfungsi untuk memberi nyawa pada saya.. 

So nak kenal sape dia? He is my step-brother (abg angkat) named Musa Faizah

Wednesday, 11 May 2011

Hatiku kini gembira!

Assalamualaikum...
sape nak tau???
putri dah baik dengan kawan baik putri!! 
Alhamdulillah! seronok sangat bila dah berbaik!!
Betul kata orang! percintaan kalau putus, tak berapa nak rasa sangat tapi kalau persahabatan putus, rasa macam ilang satu tangan! hahahaha... 
thanks Mr.A coz forgive me.. 
hopefully Allah will blessing our friendship.. 
thanks a lot Ya Allah! 


Monday, 9 May 2011

Water Filter by Arezzo

 Assalamualaikum..hye Mr.2nd Diaries &  readers semua! Arini nak buat promotion sikit sebab saya amat memerlukan duit untuk kegunaan semasa cuti semester ni... barang yang nak dijual ni adalah seperti berikut :-



harga RM 2500. Harga & Cara Pembayaran boleh dirunding. FYI, arezzo merupakan syarikat yang mengeluarkan barang2 keperluan rumah yang dibuat daripada Jerman. Sila comment untuk tempahan/ pertanyaan lanjut. TQ.

Sunday, 8 May 2011

Day 3: 10 things you hate

Assalamualaikum everybody! Mulakan harimu dengan doa dan taqwa.. hehee.. Oke, maafkan ku kerna tidak menghapdet untuk 10 things ni.. idup agak busy sekarang tambah2 lagi angah putri nak kawin.. so banyak tak siap lagi. Oke hari ni kita sambung dengan 10 things you hate. lets check it out!

1- Keadaan yang bersepah.
- yer. sape suka keadaan yang bersepah dan berselerak? sila makan kaki saiz 9. hahaha. btw, itulah putri. tak suka keadaan yang putri cakap tu. kalau tak putri akan membebel, putri akan kemas balik dan kalau rasa nak marah, akan susun barang2 yang bersepah tu dalam keadaan bunyi yang kuat macam susun pinggan,basuh pinggan, sambil mulut kumat kamit membebel sorang2 pastu letak pinggan kuat2. hahaha. triller tak?oke tak. sori. hahaha.

2- Mulut longkang.
- tau mulut longkang? mulut longkang ni ialah salah satu species manusia yang bermulut tempayan, tak reti simpan rahsia, bila orang bagi nasihat dia buat dek pastu g citer kat orang lain apa yang kita nasihat tu then citer keburukan kita.. longkang kan busuk, kotor, macam mulut2 species ni jugak la.. dan mereka amat dahagakan sedas tempekan kaki saiz 9. hahaha.

3- Marah.
- kenapa? sebab putri jenis yang sukar nak control kemarahan. kadang2 putri nak marah pun, putri marah je. tapi putri marah mesti bersebab, takkan ade sebab kalau marah tiba2 melainkan time uhuk2. hahaha. btw, ada kawan, yang selalu nasihat putri untuk kawal kemarahan ini dengan lafaz Astaghfirullahalazim & dia suruh putri jerit kalau rasa nak marah. bukan jerit kat orang tapi jerit kat pantai atau amik bantal, tekup mulut dan jerit. senang kan? hehehehe.

4- Suara besar + kuat.
- ini yang paling putri tak suka. suara putri sejak azali memang tak leh control volume. bila ter"slow" sikit, orang takkan dengar. bila terkuat sikit, orang cakap putri marah depa. FYI, putri bekas komander krs sekolah dulu + polibriged kat poly dulu..so jangan marah atau pandang negatif bila suara putri jadi kuat. gelak kuat tu kadang2 la bergantung kepada jenis lawak yang diberi. hahaha.

5- Lambat.
- oke ni salah satu peel putri yang tak dapat nak ubah. fyi, i'm punctual person. i boleh tunggu orang sampai setengah jam je. lebih dari tu i blah terus. kalau nak marah, marahlah. sebab i tunggu lama, minum pun dah sampai 2-3 cawan, baca paper pun dah 6x selak tapi tak datang jugak. pulak kalau dah datang lambat tak reti nak mention kat mana masa on the way. susah sangat ke? bersedialah kalau mai lambat, saya bantai dengan buat muka + bebel. ye saya ratu bebel, ade aku kisah? wa bebel bertempat & bersebab la nok!

6- Bau rokok.
- oke, macam poyo la pulak kan?actually boleh je nak merokok depan putri. tapi asap tu tolonglah halakan tempat lain sebab putri pening dengan asap. dan saya amat alergi dengan asap sebab boleh buat kulit saya gatal2. so, alert sikit ye encik2 dan puan2 yang merokok!

7- Migrain.
- ye. saya ada migrain. dan saya paling tak suka bila esok ade benda penting tapi saya harus utamakan makan ubat migrain then tido. sebab kalau tak tido mesti bertambah sakit. huh!

8- Pengotor.
- ye. sape suka pengotor kan? hahaha. kot pun nak jadi pengotor, bior beragak la der.. jangan duk umah dah berbulan2, berak pun sanggup kat jamban yang kotor. euuww oh peh-lis la masyarakat begini.. camne leh hadap dengan idup gitu? aiyoo?? kurang english + independent education! hahahaha.. sila belajar jadi orang sikit. jangan nak hadap mak ayah je tolong buat..

9- Anjing.
- yeah! anjing chumel2 je saya layan oke! hahaha takdelah... actually putri fobia kena kejar anjing masa keje kat titiwangsa dulu.. baju tu tak dan sampai sehari, dah berpeluh sebab men kejar2 ngan anjing cirit tu. oh peh-lis! akak2 sila jangan lalu kawasan itu ya, bukan sebab anjing je bahkan takut ada kamera2 henpon yang canggih duk merakam aksi hakak2 semua berlari dengan muka yang sungguh sedih! hahaa...

10- Topup.
- oke, fyi ye readers, saya ni dalam kelas idak le penting mana tapi yang peliks nya bila ada info, semua nak saya yang sebarkan eventhough benda tu lecturer yang suruh mereka2 ini sebarkan. macamlah aku ni ade no fon semua orang kan? oke, pastu time tu plak topup abih.. oh memang berangin then bila lambat dapat berita gue jugak yang dimarahkan.. adilkah? lu pikir la sendiri! hahaha

p/s: oke abih sudaah...nanti kita sambung pulak dengan day 4: 10 things you want to say to one person. Tungguuuuuuuu

emm yummy!

7 May 2011, Subang Bestari - Suatu majlis makan2 telah diadakan dirumah pakcu & makcu di Subang Bestari.. dapat juga putri melihat pengantin baru yang baru balik honeymoon di Bali.. oh so sweet! menu malam ni ialah mee kari + nasi putih berlauk: - sambal jering (paling sedap!), sup sayur, ikan masin, ikan goreng, tempoyak! perghh memang menjilat jari! hahaha asalnya putri nak makan mee je tapi jering dan tempoyak sedap sangat, so amik nasi putih sikit, jering and ikan masin + tempoyak..perghhh ketat perut den! abih diet aku... hahaha takpe,sekali sekala selepas ngikat perut kan? hahaha ikat perut ke? adalah...hahaha... oke, kat bawah ni sesi bergambar ngan anak2 buah yang makin bosar mkin comel.. wa geram!



p/s: ade lagi gambarnya tapi semuanya tidak menutup aurat...segan nak tunjuk.. next time hapdet lagi k! ^_^

Saturday, 7 May 2011

Website Value

Assalamualaikum.. Hye Mr.2nd Diaries! huhuhu... currently baru putri tau boleh check our website ranking kat mana... cuba klik JUTAAN.. hahaha..tapi kesian sebab blog putri currently has unknown rank... so kena banyak belajar nak buat blog ni + tambah ramai follower or readers untuk dapat banyak value.. huhuhu.. amat jeles dengan blog adik putri yang currently in malaysia rank + value dia 3k lagi tinggi dari putri.. harus untuk belajar lebih ni..wakakaka

Day 2: 10 things you love

Assalamualaikum.. hye Readers sejati! muahahaha...malam ni kita sambung lagi pasal 10 things tu..Sorry putri dah lama & tak dan nak pikir pasal 'assignment' buatan sendiri ni..hehehe..oke sila scroll ke bawah tentang 10 things i love. Lets check it out!

1- My family.
-orang akan cakap "owh! kepoyosan berlaku!" suka ati la.. Yep! i luv my family.. becoz they was my soul, my everything in dis world. .nak double triple lagi? 
I love Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W., Para Sahabat Nabi Muhammad, Mama, Mama, Mama, Ayah, My Siblings, My frens & everybody yang kenal putri ^_^..korang hade? yang ado! hahaha.

2- My money.
- bukan materialistik tapi itulah putri. Duit bagi putri adalah segalanya sebab dengan adanya duit, putri boleh abihkan untuk bayar loan KPTM & PTPTN..tapi sekarang macam susah jer sebab duit macam air..nak kutip balik air2 tu makan masa..putri ni kadang2 jenis boros...bukan pada pakaian tapi pada makan sebab putri suka makan! hehehee

3- My clothes & tudung.
- putri ni bukan jenis kaya.. dan putri bukan jenis yang ade masa nak bershopping2 bagai.. so putri suka beli on9 terutama baju + tudung sebab mudah.. adik2 putri pun pakai tudung2 on9 yang putri beli.. so, benda2 macam tu putri tak banyak koleksi.. kalau betul2 nak pakai pun, mesti time tu panjang + untuk majlis yang penting2  jer.. sebab selalu pakaian putri simple, tshirt + jeans + sandal/selipar + tudung instant (kasi sarung je..takyah nak pin2)..hehehe

4- My handphone.
- orang akan cakap,"nape kau sayang sangat ngan henpon ko 2?dah la berselotape2..." ..ade aku pernah kisah henpon korang? haaa..so hopefully soalan korang dan terjawab dengan soalan aku tadi. Hahaha gila kejam! btw, putri ada 3 biji henpon iaitu Nokia 3360, Nokia ape tah..tak ingat modelnya & last Sony Ericson P1i...tapi dua henpon nokia tu tak guna pun sebab bateri problem..now pakai sony untuk no maxis je..celcom pun kadang2 je on...hehehe

5- My kasut.
- kenapa? sebab putri jarang ade kasut bertutup. so bila ade,memang saya benar2 hargainya sampai koyak tapak pun saya tampal plaster..bila orang tanya,kata itu style.. hahahaha.

6- All things yang beli dengan gaji sendiri.
- dulu masa keje, putri la orang paling jimat sekali. so bila dapat gaji, beli apa2 yang boleh reward balik kepenatan bekerja..so bila ade benda2 yang dah beli tu, memang saya hargai sangat..nak guna pun takut2 sebab takut rosak la ape la.. sadis kan?itu lah putri. wakakakaa

7- Someone.
- siapakah dia? entah. wujud ke? dia adalah bakal suami putri. kalau boleh putri nak sayang dia. tapi tak kenal pun siapa dia. entahkan wujud entahkan tidak. huhuhu

8- Lappy.
- apakah lappy?laptop la. hahaha. yep! kat dalam ni pas banyak kali format, versi pun jadi lain2. so now pas format dengan encik sopi, semua ada: -photoshop,picasa,autocad,photosnap,burn cd,smua adalah! hehehe..seronok.. sebab boleh explore+blaja autocad balik supaya sem depan takyah nak bersusah2 nak paham autocad ni. huhuhuhu....

9- Gambar2 moment terbaik!
- yes. gambar2 yang dimaksudkan ialah gambar2 dengan orang yang putri sayang & pernah putri sayang. pernah putri sayang? yep. arwah kawan2 + ex2 dulu.. macam playgirl kan? playgirl ke kalau selalu dikecewakan? oh no! kamu silap kalau menyangka aku adalah playgirl sebab aku bukan playgirl tapi sikapku yang mudah mesra dengan orang. Haahaha.

10- My spectacles.
- yeah! ini benar. spectacles yang putri pakai ni pun dekat setahun lebih. yang berganti every 6 month adalah cermin jer. jimat kan? haruslah. huhuhu

p/s: oke tamat sudah untuk day 2: 10 things you love. Esok kita sambung lagi dengan day 3: 10 things you hate. lets check it out for tomolo occay? nite3!

Thursday, 5 May 2011

Tamatlah Sudah....

Assalamualaikum...Hye Mr.2nd Diaries! btw, nak bagitau yang today was my last day at perlis! jumpa perlis lagi 4bulan...insyaAllah kalau umur panjang la..hehehe.. tapi sedih! sebab berakhirnya kat sini mencapai mood yang tak berapa nak elok...perut sakit..duit takde..jawab exam tadi pun tah hape2..ape nak jadi la ngan aku ni.... aku rasa pointer macam tak chantek je semester ni..seriously...rasa macam tertekan sangat...=(

btw, now aku kat kfc sementara tunggu bus jam 9.30mlm ni...doakan aku selamat sampai kat kajang ye. rindu heart2 dirumah.. a lot..
muka takleh blah..selenge jer..hahaha..kat kfc ni...kfc,bapak aku yang punya..hahahaa

Tuesday, 3 May 2011

Kembali Pulang

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

Tangga2 ke pintu Bahagia..


Mana silapnya arah yang aku jejaki 
Yang ku temu hanya pintu sepi 
Dalam keriuhan ku rasakan kekosongan 
Jiwaku dahaga kasih sayang

Masih tak bertemu yang kucari dulu 
Hati masih berlabuh 
Dalam langkah perjalanan terkeliru 
Hilangnya arah tuju

Sungguh lama terpisah pandangan 
Sejak detik akhir pertemuan 
Jauh meninggalkan dirimu dan diriku 
Terpisah bersama waktu

Sejauh mana sekalipun aku berlari 
Ingatan padamu menghantui 
Aku tak mengerti dan tidak ku mampu lagi 
Menahan gelora hati ini

Ingin ku kembali ke jalan yang dulu 
Aku rindu padamu 
Moga dibukakan semua pintu-pintu 
Untuk ku bersamamu

Ingin aku mendaki semula 
Tangga-tangga ke pintu bahagia 
Mencari cahaya cinta yang sebenarnya 
Antara aku dan dia

Monday, 2 May 2011

Mek Kuasa 2..hehehee..

mek putri & mek as.
...frenz 4eva...
semoga Allah kekalkan persahabatan kita dunia akhirat..
i luv u syg! 

Doa mudah bayar hutang – Al’Imran ayat 26, 27

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

Doa buat mengubati perasaan duka atau stress

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي


Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.


Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .


credit : Doa ubat stress.

Day 1- 10 things about Me

Assalamualaikum...bertemu lagi di canvas Cik Puan Muda...hahaa..so taknak taip meraban2, mau mention something...tadi baca blog adik putri, dia ada post pasal ini. Then putri rasa daripada meraban benda yang tah hape2, baik tulis benda ni.. so untuk 1st day ni, we post about 10 things about me..lets check it out! =)

1. Nama.
:: Nama putri yang sebetulnya Raja Puteri Safiah Bt Raja Muhaiyatdin. ni ikut ic tau. ngeh3.. time tadika, orang panggil putri, piah..sebab tadika tu dekat ngan umah and mostly jiran2 panggil piah je sebab ikut panggilan yang family putri panggil... masuk darjah 1 sampai form 5, kawan2 and cikgu2 semua panggil raja. Maybe sebab nama puteri panjang + takde lagi time tu nama student yang ade title raja kecuali budak india. hahaha.. Pastu masuk poli time amik sijil, raja tu still dikekalkan until praktikal, saje gedik suruh staf Risda panggil puteri sampai la lekat until now.. itu orang yang tak berapa nak kenal,panggil la putri.. kalau dikalangan family panggil alang @ piah je.. kawan2 ikutlah... ada raja,ada puteri,ada safiah..lengkap. hahaha. tapi panggilan saya dengan Mek As ni mek je..putri pun rasa macam putri ni dah jadi orang kelantan, asik mek2 je.. hahahaa..

2. Umur.
:: takyah cakap la.. sebab kat facebook badge kat page putri ni pun terang2 dah gtau umur putri 24tahun...kat ngan attribute pun dah mention cuma dia kira sebelum tiba bufday putri la.. ape?nak kena gtau jugak ek? oke2..putri lahir pada 7 Disember 1987 di hospital kuala lumpur pada jam 1pagi.. jangan lupa tau! putri nak hadiah..  kekekeke...

3. Study.
:: currently i'm study at Universiti Malaysia Perlis a.k.a Universiti Merata Perlis atau nama singkatannya UniMAP.. kenapa putri kata u ni merata perlis ye? sebab kalo readers semua mai perlis, dari arau sana, memang dah nampak ofis unimap, pastu lalu ulu pauh,nampak dah sebelah kanan kampus tetap yang tengah dalam construction, p la mana2 area kat dalam perlis ni, sure punya jumpa ofis unimap.. hahaha.. tapi fyi, putri tak berapa nak hepy belajar kat sini.. yelah, dulu belajar kt politeknik kota bharu amik mecha agriculture engineering, compare ngan sini memang jauh beza.. belajar sendiri tu oke lagi.. tapi tang tanya lecturer tu putri agak menghanginkan la.. semua lecturer sini oke kecuali yang sorang ni.. sem ni aje banyak story pasal dia.. bukan putri je bengang, mostly budak2 ex-diploma pun bengang.. takpelah, biar ianya jadi sempadan untuk kita bercerita ye? hehehe

4. Boyfriend, boipren, bf.
:: oke, mostly memang ramai nak bertanya kan? oke, currently i'm single and available.. tak percaya? betullah.. tak tipu.. last couple raya cina tahun ni je.. then until now single.. pada pendapat putri, better single dulu la.. sebab letih tau couple putus couple putus.. macam takde kesudahan..umo macam putri ni elok kawin je.. so nak tunggu putri kawin? sabo ye.. putri ni dari kecik sampai sekarang ni kawan lelaki paling ramai dari kawan perempuan..maybe sebab tu jugak la characteristic putri ni agak kasar tak macam perempuan2 ayu di luar sana..tapi kasar2 ada lembutnya..dont judge the book by its cover oke! 

5. Sukan.
:: men masak2. hahaha itu masa keciklah! hehehe..actually putri ni kalau boleh semua sukan nak masuk tapi apakan dayo, den ni badannyo bosar..hehhehe.. oke,dari kecik putri join bola jaring pastu stop masa darjah 6 sebab tak tahan kena marah ngan cikgu sebab asik gerak kaki je. pastu putri beralih pulak ke aktiviti kawad kaki.. eh jap2 kawad kaki dikira sukan ke? sukan la jugak kan sebab ade exercise untuk badan. hehehe..and setiap kali sukan, putri takkan lepaskan untuk masuk dalam acara lontar peluru, lempar cakera & rejam lembing.. setakat ni lontar peluru je penah menang. yang lain,sekadar masuk jer. ahahaa. then beralih pulak ke basketball. I luv this sport so much! sebab dulu kat sekolah, training ngan budak2 cina and 1 of the chinese student to putri admire..wah! hehehe..masuk sekolah teknik, join hockey lak..tapi tak sempat nak abih belajar sebab nak dekat spm. 

6. Royal Family.
:: bangga ke? nak kata bangga tu taklah. tapi bolehlah. biasa je. maybe sebab kami adik beradik dah diajar untuk idup susah. so, nak kata senang sangat tu taklah tapi biasa je. actually it was my dad punya family name la. alang-alang jadi anak dia, kenalah ade title jugak. oh! boleh ke gitu? ntah. sila tanya pada yang pakar. muahahaa..

7. Bahasa.
:: putri boleh bertutur dalam beberapa loghat bahasa. tapi paling orang selalu dengar bahasa perak la. terikut2 cikgu kat sekolah membebel, bertutur dalam bahasa perak pior, so putri pun cakap macam tu jugaklah. 2ndly, bahasa kelantan..ni kalo jumpa and cakap ngan orang kelantan, mesti loghat jadi kelantan siam..hahaha..masa belajar kat sana pun orang ingat putri orang kelantan. depa cakap dari muka putri macam orang kelantan. hahahahaa..3rd plak bahasa utara..yang ni sebab mostly kawan2 putri orang utara, so bila cakap ngan depa, bahasa tu otomatik akan bertukar ke utara.. 4th,bahasa sabah..ni tak berapa sangatlah.. sebab kalo cakap bunyinya macam bahasa indon.. ahahaha.. 5th, bahasa sarawak..ni boleh la sikit2 sebab praktikal dulu dengan budak sarawak.. 6th, bahasa minang a.k.a bahasa nogori sombilan! hehehe..ni maybe duk kajang, mostly orang2 situ orang nogori..kawan2 pun ada orang nogori, so terikut2 jugak lah cuma tak berapa nak fasih..

8. Henpon.
:: henpon ni actually putri tak berapa nak alert sangatlah. sebab start pakai pas abih spm.. hp nokia 3310..tapi pakai 2 simkad, satu digi, satu celcom..masuk poly,time otw balik kajang, nak tukar sim digi, sim nya ilang..pastu tetap je pakai no celcom until praktikal, baru tukar sim maxis until now.. putri ni sebenarnya tak penah ade hp beli ngan duit sendiri sebab selalu kalau ayah beli, dia tak reti pakai, dia tolak kat putri.. mudah kan? hahaha.. nak membazir buat pe.. tujuan nak call and mesej je..tapi last 2 years, putri keje kat PNMB, dapat gaji, terus tanya kawan kat johor, hp P1i ade lagi tak? sebab hp tu dah takde kat malaysia. so kawan putri cakap ade, area singapore, kebetulan kawan putri keje kat area pasir gudang, so barang keluar masuk tu dia yang arrange, so dapatlah harga murah untuk putri miliki hp ni..until now la putri pakai even dah selotape2 kan...hehehe..

9. Adventure.
:: putri suka benda yang nature. dari sekolah sampai masuk u, putri memang aktif dengan aktiviti2 panjat gunung, berkayak, camping.. tapi putri ni paling tak suka aktiviti memancing.. sangat memboringkan.. sebab putri bukannya jenis yang sabar sangat...hehehe

10. Tersayang.
:: putri rapat ngan mama putri. seriously memang rapat. apa2 citer, dia mesti citer ngan putri..sebab tu time clash ngan bf, putri tak segan citer kat dia becoz dia macam kakak, macam advisor putri sebab putri pun perempuan sulung, takde kakak, so memang rapat ngan mama lah. tapi sian mama, kadang2 putri sakitkan ati dia..maafkan alang ye mama! alang sayang mama sangat2 dunia dan akhirat! kalau boleh, biarlah sakit mama, alang yang tanggung! tak sanggup rasanya tengok mama susah payah besarkan kitorg adik beradik.. thanks a lot mama! 

p/s: finally abih jugak 10 thing ni..jenuh la nak pikir benda ape la nak buh kan? and the last thing, i miss my family..super dupper miss..tak sabar nak balik khamis ni.. huhuhu...