Welcome To Cik Puan Muda In Da Houzzzze!

blog ini dinamakan Mr.2nd Diary sebab ianya disediakan bagi tujuan Putri nak meluahkan perasaan atau menitipkan apa2 yang pernah & sedang Putri baca. So pada sesiapa yang tengok blog ini, dipersilakan untuk komen & pada sesiapa yg tiada blog, boleh komen tapi sign nama anda sebagai anonymous oke? So sesiapa yg terasa ati dengan intipati yang ditulis dlm blog Putri ni,mohon maaf & diminta JANGAN TGK BLOG AKU KALO XSUKA! lagi satu, kalau nak saya jenguk blog kalian, sila tinggalkan link blog, saya xlayan kalau sekadar ajak tapi x tinggalkan ape2..sekian dr pihak atasan Cik Puan Muda in da houzzzzzee....tQ

Monday 2 May 2011

Doa mudah bayar hutang – Al’Imran ayat 26, 27

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

No comments: